BSN MIKRO/I PEMERKASA NITA 2022(Pembiayaan Loan Bank)

BSN MIKRO/I PEMERKASA NITA 2022(Pembiayaan Loan Bank)

BSN MIKRO

Kepada usahawan perlukan modal memulihkan kembali perniagaan yang terjejas, anda boleh membuat pinjaman BSN Mikro/i Pemerkasa Nita. DI sini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU BSN MIKRO/i PEMERKASA NITA

BSN Mikro/i PEMERKASA-NITA ialah satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang menawarkan kemudahan pembiayaan/ pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro

 

SYARAT KELAYAKAN BSN MIKRO/i PEMERKASA NITA

Untuk membuat pinjaman, seharusnya menepati syarat yang telah ditetapkan iaitu:

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh usahawan wanita, iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan wanita dan di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19;
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia;
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF); dan
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan bagi membuat permohonan pembiayaan ini:

  1. Borang Permohonan BSN Micro/i PEMERKASA BELIA
  2. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah;
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/Rakan Kongsi/semua Pengarah/Pemegang Saham/Penjamin (jika berkenaan);
  4. Penyata Akaun Bank untuk tiga bulan terkini;
  5. Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

 

CARA PERMOHONAN BSN MIKRO/i PEMERKASA NITA

Sekiranya anda berkleyakan untuk membuat pembiayaan ini, berikut adalah merupakan cara permohonan:

Permohona Secara Online

  1. Layari pautan Portal Micro Financing BSN: https://www.bsncheckin.com.my/MF/
  2. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Pilihan Negeri Pemprosesan
    • Pilihan Cawangan Pemprosesan
    • Jenis Entiti
    • Nombor SSM Baru
  3. Tick pada I’M Not Robot dan klik Continue
  4. Kemudian lengkapkan segala maklumat diperlukan seperti:
    • Maklumat Pembiayaan
    • Butiran Syarikat / Perniagaan
    • Butiran Pemohon Dan Rakan-Rakan Perniagaan Dan Penjamin
    • Kemudahan Perbankan Dengan Institusi Kewangan Lain
    • Pengakuan
  5. Setelah lengkap semuanya, klik hantar.

Permohonan Secara Manual.

  1. Muat turun borang Permohonan BSN Micro/i PEMERKASA BELIA
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Hantar borang tersebut bersama dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan di mana- mana cawangan Bank Simpanan Nasionan (BSN) berhampiran anda.

 

MALUMAT LANJUT

Untuk malkumat lanjut mengenai pinjaman BSN Micro, anda bolehmerujuk Bajet 2022 di pautan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/pemerkasa-bsnnita.html

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN DAN PERMOHONAN SKIM KREDIT MIKRO BSN(Check Kelulusan)

 

23 thoughts on “BSN MIKRO/I PEMERKASA NITA 2022(Pembiayaan Loan Bank)”

  1. Lbih 2 bln dh apply… 3 mggu lps ada bsn call ckp permohonan dlm proses.. Lps tu xde sbrg berita shingga skrang.. Ada yg dh dpt/ lulus ke?

    Balas
  2. Saya pnh Tanya melalui call, pihak bank kata tunggu bank call atau melalui surat,
    Lulus atau tidak akan dapat call Dan surat.

    Balas

Leave a Comment