CARA AKTIFKAN KAD DEBIT(Maybank BSN Bank Islam CIMB PUBLIC BANK)

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT(Maybank BSN Bank Islam CIMB PUBLIC BANK)

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT(Maybank BSN Bank Islam CIMB PUBLIC BANK)

 

Pada era serba canggih sekarang, nampaknya untuk memulakan perniagaan internet hanya dari rumah kini semakin mudah. Sekarang, TIADA ALASAN lagi yang kita tak ada kad kredit kerana dengan adanya kad debit amat memudahkan kita melakukan transaksi di harian samada online atau pembayaran tanpa tunai

 

Tetapi bagaimana cara nak aktifkan kad debit anda? Baca artikel ini, di sini kami tunjukan cara aktif kad debit abnk anda dengan cara mudah

 

APAKAH ITU KAD DEBIT

 

Untuk pengatahuan anda, Kad debit ini adalah kad pembayaran bank, yang direka bentuk untuk pembayaran tanpa tunai bagi barangan dan perkhidmatan, serta untuk pengeluaran tunai dalam peranti khusus.

 

Konsep kad debit adalah pihak bank tidak akan memberikan had kredit kerana dana diambil secara terus dari akaun simpanan anda setiap kali anda menggunakan kad debit. Oleh itu, semua pembelian dan pembayaran anda tidak akan melebihi baki yang terdapat di dalam akaun bank anda.

 

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT MAYBANK

 

Sebelum anda aktifkan Kad Debit Maybank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking Maybank anda. Terdapat 2 langkah cara aktifkan Kad Debit anda:

  1. Menggunakan Maybank2U
  • Buka maybank2u.com.my
  • Login akaun anda.
  • Pilih menu Settings > Cards
  • Pilih Overseas Debit Card Activation dan tukar ke Enable
  • Seterusnya, sila tentukan tarikh aktif untuk kad Maybank Anda. Had masa maksimum kad debit Anda aktif bagi fungsi transaksi online atau luar negara ini adalah setahun.
  • Klik butang
  • Sila klik pada Request for TAC untuk mendapatkan kod pengesahan dan masukkan kod TAC tersebut lalu tekan Confirm.
  • Sekarang kad Debit ATM Maybank Anda sudah aktif.

 

  1. Hubungi Bank
  • Hubungi nombor 1-300-88-66-88.
  • Tekan 0 untuk disambungkan pada operator Maybank.
  • Beritahu Anda mahu mengaktifkan perkhidmatan Kad debit.
  • Operator akan melakukan pengesahan identiti Anda seperti, nombor debit card Anda, nama Anda seperti dalam IC/kad pengenalan, nombor IC Anda, nombor akaun maybank dan no telefon yang didaftarkan dengan maybank.
  • Seterusnya operator akan membaca terma dan syarat, pastikan Anda bersetuju dengan terma dan syarat tersebut.
  • Sekarang kad Debit ATM Maybank Anda sudah aktif..

Bagaimanakah cara untuk dapatkan semula nombor akaun bank jika terlupa?

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT BSN

Sebelum anda aktifkan Kad Debit BSN, anda harus daftarkan dahuklu Online Banking BSN anda. Terdapat 2 langkah cara aktifkan Kad Debit anda:

  1. Perbankan Internet myBSN
  • Log masuk ke myBSN: https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  • Pilih “Manage Account” dan klik “Debit Card”.
  • Pilih “Update Overseas Transaction Status”, pilih “Debit Card” dan klik “Next”.
  • Pilih “Permanently Activated” atau “Temporary Activated” atau “Deactivated”.
  • Masukkan tarikh efektif, “Start/End date” & klik “Next”.
  • Klik “Request TAC” (TAC anda akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan BSN)
  • Masukkan TAC dan klik “Next”.
  • Sekarang kad Debit BSN Anda sudah aktif..

 

  1. ATM BSN
  • Masukkan Kad Debit BSN Visa anda
  • Pilih “TUKAR PIN / LAIN-LAIN”
  • Pilih “PENYELENGGARAAN”
  • Pilih “TRANSAKSI LUAR NEGARA”
  • Pilih “PENGAKTIFAN SEMENTARA” atau “PENGAKTIFAN KEKAL”
  • Selesai

 

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT BANK ISLAM

 

Sebelum anda aktifkan Kad Debit Bank Islam, anda harus daftarkan dahulu Online Banking Bank Islam anda. Terdapat 2 langkah cara aktifkan Kad Debit anda:

 

  1. Perbankan Internet Bank Islam
  • Layari https://cif.bankislam.com.my/CNP
  • Masukkan BUTIRAN MAKLUMAT pada borang yang dipaparkan.
  • Pada bahagian I WISH TO ACTIVE, sila pilih Online Transaction (transaksi online) / Overseas Transaction (transaksi luar negara) atau Both (kedua-dua sekali).
  • Klik atau tandakan √ pada kotak Please Tick If You Want To Specify The Expiry Date sekiranya Anda ingin menyatakan tamat tempoh transaksi.
  • Sekiranya Anda tidak klik pada kotak tamat tempoh, perkhidmatan bagi online dan overseas transaction akan diaktifkan sehingga tamat tempoh kad debit Anda.
  • Activation Start, pilih tarikh mula pengaktifan kad debit Anda.
  • Activation End, pilih tarikh akhir pengaktifan kad debit Anda.
  • Taip semula Captcha/gambar pada ruangan Word Verification.
  • Baca syarat dan terma lalu klik pada tick pada ruangan
  • Klik butang Submit, selesai

 

  1. Hubungi bank
  • Hubungi Nombor: 03-26 900 900.
  • Cakap kepada pegawai bank bahawa Anda ingin aktifkan kad debit Bank Islam.
  • Sila ikuti arahan pegawai bank, kebiasaannya pegawai bank akan bertanya beberapa soalan seperti no kad pengenalan, no kad ATM atau lainnya bagi tujuan pengesahan.
  • Selepas itu pegawai bank akan aktifkan kad debit Bank Islam Anda.

 

 

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BANK

 

Sebelum anda aktifkan Kad Debit CIMB Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking CIMB Bank anda. Terdapat 2 langkah cara aktifkan Kad Debit anda:

 

  1. Perbankan Internet CIMB Bank
  • Layari web rasmi CIMB: https://www.cimbclicks.com.my/
  • Masukkan User ID dan Password.
  • Pada bahagian Settings klik Services.
  • Pilih Overseas Spending & Withdrawal.
  • Sila tekan link pada nombor card number.
  • Sila tukar status Deactivated menjadi Temporary status untuk pengaktifan kad.
  • Sila pilih tarikh temporary pengaktifan kad yang Anda ingin.
  • klik Request TAC. Kemudian tekan Submit

 

  1. ATM CIMB
  • Masukkan kad ATM dan PIN.
  • Pilih Menu Perkhidmatan ATM Luar Negara
  • Sila ikuti petunjuk pada skrin yang akan beritahu langkah demi langkah.

 

AKTIFKAN KAD DEBIT PUBLIC BANK

 

Sebelum anda aktifkan Kad Debit Public Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking Public Bank anda. Terdapat 2 langkah cara aktifkan Kad Debit anda:

  1. Perbankan Internet Public Bank
  • Log masuk ke PbeBank: www.pbebank.com
  • Pilih “Profil Maintanance”.
  • Pilih “Manage Card Profil”
  • Pilih “Opt Out / In for card –Not-Present and Overseas Retail Transaction”
  • Selesai

 

  1. ATM Public Bank
  • Masukkan Kad Debit Public Bank anda
  • Pilih “Other Services”
  • Pilih “Card Profil”
  • Pilih “Opt Out / In for card –Not-Present and Overseas Retail Transaction”
  • Selesai

 

SOALAN LAZIM

 

Bilakah saya boleh mula menggunakan Kad Debit?

Untuk transaksi runcit dan online (internet), kad tersebut boleh digunakan

sebaik sahaja ianya diaktifkan oleh pihak Bank anda

 

Apakah fungsi kad debit?

Dengan kad debit pihak bank tidak akan memberikan anda had kredit. Oleh itu,dana diambil secara terus daripada akaun bank anda setiap kali anda menggunakan kad debit anda, dan ini bermakna, Semua pembelian menggunakan kad debit anda tidak akan melebihi baki yang terdapat di dalam akaun bank anda.

 

Adakah had Maksimum Kad debit?

Had maksimum pengeluaran wang akan kurang daripada wang yang terletak di akaun simpanan bank. Jadi hadnya adalah berdasarkan baki akaun bank anda.

 

Tags: #CARA AKTIFKAN KAD DEBIT AFFIN BANK #CARA AKTIFKAN KAD DEBIT AGROBANK #CARA AKTIFKAN KAD DEBIT AMBANK #CARA AKTIFKAN KAD DEBIT BANK ISLAM #CARA AKTIFKAN KAD DEBIT BANK MUAMALAT #CARA AKTIFKAN KAD DEBIT BSN #CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB #CARA AKTIFKAN KAD DEBIT MAYBANK #CARA AKTIFKAN KAD DEBIT PUBLIC BANK #CARA AKTIFKAN KAD DEBIT RHB BANK

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "CARA AKTIFKAN KAD DEBIT(Maybank BSN Bank Islam CIMB PUBLIC BANK)"