CARA BATAL/TAMATKAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

CARA BATAL/TAMATKAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

CARA BATALTAMATKAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

 

Ramai yang ingin mengetahui tentang CARA BATAL/TAMATKAN  PENGELUARAN I-LESTARI KWSP. Kita sedia maklum bahawa RM500 sebulan daripada pengeluaran i-Lestari ini sangat berguna kepada ahli untuk menampung kos sara hidup harian.

Namun demikian, bagi ahli yang sudah stabil dan status kewangan ahli telah kembali pulih, ahli mungkin ini batalkan pengeluaran i-LESTARI.

Ramai yang ada jadual pembayaran i-Lestari ini, namun tidak tahu bagaimanakah CARA MEMBACA JADUAL TARIKH PEMBAYARAN i-LESTARI KWSP? Jadi kami akan kongsikan kepada anda ilmu yang sangat berguna ini.

Sebelum membuat urusan BATAL/TAMATKAN  PENGELUARAN I-LESTARI,ahli boleh buat semakan baki akaun 2 KWSP terlebih dahulu

Baca CARA MEMBACA JADUAL TARIKH PEMBAYARAN i-LESTARI KWSP

SEMAKAN BAKI AKAUN 2 KWSP

SEMAKAN MELALUI i-AKAUN KWSP

Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang membuat pengeluaran i-Lestari melalui i-Akaun.

1.Pastikan anda mempunyai i-Akaun untuk log masuk menggunakan id dan password.

2.Lihat di bahagian ‘Withrawal’, anda boleh tahu sama ada pengeluaran i-Lestari telah dikreditkan pada ‘payment date’.

SEMAKAN MELALUI PORTAL i-LESTARI KWSP

Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang menggunakan portal i-Lestari/i-Akaun/emel/ pos. Bagi anda yang guna sistem i-Lestari Online pula boleh disemak di portal tersebut dan akan dipaparkan tarikh bayaran anda.

SEMAKAN MELALUI SMS PIHAK KWSP

Bagi anda yang telah dikreditkan ke akaun bank akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada PIHAK KWSP

CARA PEMBATALAN/PENAMATAN  PENGELUARAN I-LESTARI

Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Lestari terdahulu tidak akan dipaparkan.

Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Lestari terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses pembatalan pengeluaran.

Bayaran bulanan berulang akan terhenti dengan pembatalan Pengeluaran i-Lestari ini.

Sekiranya kaedah bayaran semasa adalah Arahan Bayaran, pembatalan pengeluaran boleh dibuat di kaunter KWSP melalui Janji Temu Online.

Permohonan semula melalui i-Lestari Online hanya boleh dibuat pada hari berikutnya selepas pembatalan dilakukan.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK URUSAN PEMBATALAN PENGELUARAN i-LESTARI

1.Klik disini https://secure.kwsp.gov.my/member/ilestari/cancellationOnline?0

2.Baca note penting terlebih dahulu dan tekan butang ok

3.Sila isi butiran yang diperlukan kemudian tekan butang SEMAK

4.Klik pengesahan pembatalan pengeluaran i-Lestari

5.Klik butang BATAL

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk keterangan lanjut tentang i-Lestari KWSP, sila layari ke laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-i-lestari.

4 thoughts on “CARA BATAL/TAMATKAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP”

  1. Dah buat ikut cara2 pembatalan pengeluaran but still keluar gak …so mcm Mana nak buat pembatalan pengeluaran KWSP …kene g kaunter kwsp ke…

    Balas

Leave a Comment