CARA BELI BOOKING TIKET ETS & KTM INTERCITY (Check Diskaun Terkini)

CARA BELI BOOKING TIKET ETS & KTM INTERCITY (Check Diskaun Terkini)

TIKET ETS KTM INTERCITY

Sekiranya anda pelanggan ETS & KTM INTERCITY, semestinya anda ingin mengetahui cara booking dan beli tiket secara online menerusi website KITS dan Aplikasi KTB. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU KITS

KTMB Integrated Ticketing System (KITS) adalah sistem tiket baharu yang diperkenalkan oleh KTMB untuk pembelian tiket bagi perkhidmatan tren ETS, KTM Antarabandar dan KTM Komuter (Utara).

 

CARA DAFTAR KITS

Berikut ialah cara daftar KITS secara online :

  1. Layari laman web: https://www.ktmb.com.my atau buka apliksi KTMB Mobile (Android / IOS)
  2. Pilih pada KITS Ticketing Log In / Register.
  3. Pilih Login / Sign Up. Tekan Sign up now.
  4. Masukkan emel dan sahkan emel anda,
  5. Masukkan kata laluan dan sahkan kata laluan.
  6. Masukkan butiran peribadi anda.
  7. Klik pada kota terma dan syarat yang dinyatakan.
  8. Tekan sign up.
  9. Emel pengesahan dari KTM akan dihantar kepada anda.
  10. Buka emel yang telah dihantar untuk mengaktifkan akaun.
  11. Setelah itu, akaun anda telahpun diaktifkan dan anda boleh log masuk melalui portal KTMB atau melalui aplikasi KTMB Mobile.
  12. Pendaftaran selesai, anda kini boleh menikmati kemudahan pembelian tiket secara atas talian yang disediakan oleh KTM.

 

CARA BELI BOOKING TIKET ETS & KTM INTERCITY

Pembelian tiket boleh dilakukan menerusi kaedah berikut:

  1. Layari laman web https://www.ktmb.com.my/ atau aplikasi KTMB
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pilih tarikh perjalanan dan destinasi.
  4. Pilih tempat duduk yang diinginkan.
  5. Masukkan kod promo yang diberikan.
  6. Buat pembayaran untuk mendapatkan tiket perjalanan.

 

PROMOSI TERKINI TIKET ETS KTM INTERCITY

Sempena Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE 2.0), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan kerjasama Tourism Malaysia telah menawarkan diskaun sebanyak RM15 menerusi Syoknya Naik Keretapi 2.0.

  1. Untuk mendapatkan diskaun ini sebanyak RM15, anda boleh menggunakan kod promo yang disediakan selepas membuat pendaftaran sebelum membuat pembayaran tiket.
  2. Kod promo: CUTIKERETAPI2
  3. Promosi yang ditawarkan ini adalah bagi tarikh perjalanan 29 April 2022 sehingga 30 November 2022.
  4. Syarat kelayakan bagi mendapatkan diskaun menggunakan kod promo ini adalah seperti berikut:
    • Warganegara Malaysia sahaja.
    • Mendaftar dan mempunyai Passenger Name Record (PNR) dalam KTMB Intergrated Ticketing System (KITS)
    • Pembelian tiket mestilah melalui transaksi berikut:
      • Atas talian (Online)
      • Mesin Layan Diri Tiket (TVM)
      • Kaunter tiket
    • Pembelian tiket adalah bagi perkhidmatan ETS dan KTM Intercity sahaja tidak termasuk Shuttle Timuran, Shuttle Tebrau, KTM Komuter, dan KTM Komuter Utara.
    • Pembelian tiket adalah bagi dewasa dan kanak-kanak sahaja.
    • Tidak layak untuk pembelian bagi semua tiket konsesi.
    • Hanya tertakluk atas tambang penuh satu tiket (pergi dan balik) bersamaan atau melebihi RM16.
    • Layak menebus 1 kali sahaja kod promo bagi kempen ini dengan memasukkan kod promo sebelum membuat pembayaran:
      • Pembelian tiket bagi perjalanan sehala dalam 1 transaksi; atau
      • Pembelian tike bagi perjalanan 2 hala yang dibuat dalam 1 transaksi.
    • Kod promo tertaktuk kepada first come, first serve.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Tiket ETS KTM Intercity beserta diskaun terkini, silalayari laman web KITS di pautan https://www.ktmb.com.my/

Leave a Comment