CARA BUAT RAYUAN BSH 2020

CARA BUAT RAYUAN BSH 2020

CARA BUAT RAYUAN BSH 2020

Berdasarkan siaran media rasmi dari Kementerian Kewangan Malaysia di Facebook, mana-mana pemohon yang telah memohon Bantuan Sara Hidup sebelum ini, anda boleh semak BSH Fasa 3 bermula pada 24 Julai 2020.

Bagaimana jika anda BSH 2020 gagal?Jika anda gagal, anda boleh buat rayuan BSH 2020

Kepada usahawan rakyta SABAH, boleh mohon BANTUAN GERAN MIKRO DAN COTTAGE RM1000

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 FASA 3

Jika anda gagal, atau mendapat status Tidak Lulus, anda hanya dibenarkan untuk buat rayuan BSH bermula 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020.

Sila pastikan anda membuat permohonan rayuan ini dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Selepas tempoh tersebut, tiada lagi rayuan Bantuan Sara Hidup dibenarkan.

Baca tentang CARA KEMASKINI PERMOHONAN BSH 2020

CARA BUAT RAYUAN BSH 2020

RAYUAN BSH FASA 3 2020 ONLINE

Berikut ialah cara untuk buat rayuan BSH bujang secara online. Cara ini terpakai untuk pemohon yang berada dalam kategori bujang dan juga berkahwin.

  • Layari laman web rasmi atau portal LHDN di sini: https://bsh.hasil.gov.my
  • Anda akan berada di laman utama Bantuan Prihatin Nasional
  • Klik butang Rayuan
  • Sila ambil maklum, butang Rayuan hanya akan ada pada tarikh yang ditetapkan sahaja. Ini bermakna, anda tidak akan nampak butang ini sebelum tarikh rayuan dibuka dan selepas tamat tempoh rayuan.
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda yang mempunyai 12 digit
  • Tidak perlu masukkan “-” atau sempang
  • Contohnya, jika nombor MyKad anda ialah 901010-10-5555, hanya perlu masukkan 901010105555 sahaja
  • Selepas itu, tekan butang Carian
  • Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha
  • Pastikan masukkan nombor, huruf besar atau huruf kecil seperti yang tertera
  • Seterusnya, tekan butang Carian.
  • Tunggu sebentar sementara sistem mencari maklumat tentang semakan BSH
  • Ikuti langkah seterusnya untuk membuat permohonan rayuan BSH 2020
  • Sila kemaskini BSH jika ada apa-apa perubahan. Pastikan semua maklumat dalam sistem BSH adalah yang terkini.

Bagaimana agaknya cara pembayaran BSH bagi pemohon yang tiada akaun/gagal kredit/ bankrap/muflis.Ini CARA PEMBAYARAN BSH 2020

RAYUAN BSH FASA 3 2020 LHDN

Bagi pemohon yang tidak mempunyai Internet yang laju di rumah, kami sarankan anda hadirkan diri ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Kepada anak-anak negeri Sarawak yang telah melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) digalakkan memohon Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) RM1000/RM1500 menerusi Yayasan Sarawak.

Jika anda mendapat status Tidak Lulus, tetapi tidak disertakan dengan Kod Tidak Lulus seperti yang dinyatakan di bawah, anda juga dinasihatkan untuk hadir ke cawangan LHDN yang berdekatan.

Nak buat rayuan BSH? Pastikan DOKUMEN RAYUAN BSH 2020 lengkap dan berkaitan

Sebelum hadir, sila pastikan anda membawa dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan MyKad sendiri
  • Salinan MyKad pasangan
  • Penyata gaji terkini
  • Surat status perkahwinan
  • Sila isi borang rayuan BSH yang boleh didapati di sana nanti.

PUNCA BSH 2020 GAGAL

Anda boleh semak punca BSH 2020 gagal dengan semak KOD TIDAK LULUS BSH

Berikut ialah antara beberapa senarai Kod Tidak Lulus yang mungkin anda terima.

Baca tentang CARA TUNTUT SKK BSH 2020 RM1000

Kod Tidak Lulus 05

Semakan rekod agensi menunjukkan pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM4,000

Kod Tidak Lulus 06

Semakan rekod agensi menunjukkan pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM4,000 termasuk Perniagaan

Kod Tidak Lulus 07

Pemohon / Pasangan memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian

Kod Tidak Lulus 08

Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

Kod Tidak Lulus 09

Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

Kod Tidak Lulus 30

Status Perkahwinan perlu pengesahan

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN BSH 2020

Buat masa ini, hanya anda perlu buat rayuan sahaja terlebih dahulu. Kami akan kemaskini ruangan ini jika tarikh keputusan rayuan BSH dimaklumkan oleh Kerajaan.

Baca tentang CARA BUAT SEMAKAN BSH 2020 bagi mengetahui secara jelas status permohonan

Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengumumkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) keseluruhan nasional adalah sebanyak RM2,208 sebulan,jika anda layak,boleh mohon ekasih 2020

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan berkenaan rayuan BSH kali ini, sila hubungi talian hotline Bantuan Sara Hidup 1-800-88-2747

Tags: #CARA BUAT RAYUAN BSH 2020 #KOD TIDAK LULUS BSH #PUNCA BSH 2020 GAGAL #RAYUAN BSH FASA 3 2020 LHDN #RAYUAN BSH FASA 3 2020 ONLINE #SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN BSH 2020

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    RUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN  Program Rumah Mesra Rakyat(RMR)
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    GERAN RISDA RM20,000 : CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGERAN RISDA RM20,000 : CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET) APA
    1. author

      Muhammad shah bin idris9 months ago

      saya tidak dapat brim1 Malaysia fasa 3 adakah saya layak mendapatkan brim1 fasa 3 ini

      Reply
    2. author

      Nur emylia binti Ramli9 months ago

      Saya tidak dapat bsh fasa 3 adakah saya layak dapat

      Reply
    3. author

      Norhazimah binti hamzah9 months ago

      Mohon rayuan bpn

      Reply
    4. author

      Bryan Billy oyo9 months ago

      Mohon rayuan bpn sebab status kawin tak bersama

      Reply
    5. author

      AMIRUL HAKIM BIN AZHAR9 months ago

      Rayuan

      Reply
    6. author

      Mallorey fredy camillus9 months ago

      hi saya baru update status p kahwin. sebab baru berkahwin lepas tu saya punya status masih dalam proses macam mana tu yah??

      Reply
    7. author

      Norismah Idris9 months ago

      Yang baru daftar perkahwinan bole mohon pendaftaran baru tak??

      Reply
    8. author

      Zulhaimie bin suhaimi9 months ago

      Macamana nak buat rayauan bsh bujang atau memohon

      Reply
    9. author

      jusilin nasir9 months ago

      jumla kelayakan asas saya rm500 sahaja sedangkan pendapatan saya dan suami bawa rm2000. boleh buat rayuan kah?

      Reply
    10. author

      Nurhafizah9 months ago

      Saya dapat rm500 saja bujang sepatutnya rm800 boleh buat rayuan kh

      Reply
    11. author

      ROHAIZAD B. LATIP9 months ago

      Sy hanya mendpt Rm 500 pd fasa 1 namun adkh sy layak utk membuat rayuan bsh 2020 sekaligus bagi melayakkan sy utk mendpt fasa 2 dan fasa 3. Status sy adlh bujang Berpendapatan Rm 1- Rm 2000

      Reply
    12. author

      Heliew corneleus dorothy9 months ago

      My application is on status- dalam proses..what is my chances? Thk u

      Reply
    13. author

      Akash9 months ago

      Sy dapat 220 ringgit fasa 3 sedangkan Saya pekerja gaji bawa 2k….isteri sy surirumah…..kenapa pegawai lhdn tidak meneliti pendapatan seseorang ketua rumah…..dulu ok shj sekarang banyak masalah….sy berharap kerajaan baru mengambil serious benda ini….agar semua mendapat bantuan dengan betul dan tepat….

      Reply
    14. author

      Raqewnee Ak Nambi9 months ago

      Fasa 1 dengan fasa 2 dapat masuk dlm ekaun bank. Kenapa fasa tiga tak dapat masuk dlm ekaun bank. Lepas tu mesti isteri dia orang suruh datang. Kan dlm tu ada nama saya juga.

      Reply
    15. author

      Muhammad farouk harris bin rozahar9 months ago

      Fasa 1 saya tak dapat… Fasa ke 2 dapat… Fasa ke 3 tak dapat lagi…

      Reply
    16. author

      Amir nordin b mohmed lana9 months ago

      Saya dikatakan dah lulus,tapi akaun saya tetap kosong

      Reply
    17. author

      Muhammad nur hakim b Hakim9 months ago

      Rayuan bsh sy gagal

      Reply
    18. author

      ROBERT ANDIN9 months ago

      Saya ada isteri..tetapi lama x tinggal bersama..cerai pun belum sah lagi..tapi saya ada seorang ank hasil perkahwin pertama..masa br1m dlu dpt saya terima..sekarang bsh 1,2 dan 3 tak dapat,sebab atas nma isteri perkahwin kdua..ada ke saya layak menerima bsh 2020

      Reply
    19. author

      Masood Mohd Yusof9 months ago

      Saya dimaklumkan telah lulus
      Wang tak masuk lagi….masih dalam process mengkredit ke akaun sudah hampir 5 hari

      Reply
    20. author

      AbgJeng9 months ago

      Saya gaji Kurang 3k knp update melebihi 4k

      Reply
    21. author

      Khairrul bin Othman8 months ago

      Saya gaji baru RM 1690 dpt 500 saje

      Reply
    22. author

      mohd hafifi izwan maula latip7 months ago

      kenpa sya tk lulus sara hidup sedang kn bantuan nasional lulus sra hidup baru pernah gagal pelik

      Reply

    Leave a reply "CARA BUAT RAYUAN BSH 2020"