CHECK CCRIS BNM ONLINE(Semak eccris.bnm.gov.my)

CHECK CCRIS BNM ONLINE(Semak eccris.bnm.gov.my)

eccris.bnm.gov.my

Sekiranya anda ingin melakukan sebarang pembelian besar seperti rumah atau kereta. Selalunya dalam keadaan biasa, laporan CCRIS boleh dimohon di Bank Negara Malaysia. Kini, anda membuat semakan CCRIS secara online tanpa hadir ke Bank Negara Malaysia.Bagaimana cara untuk check CCRIS BNM Online eccris.bnm.gov.my? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU CCRIS

CCRIS adalah ringkasan kepada Central Credit Reference Information System. Ia sangat berguna bagi memastikan anda mendapat kelulusan dalam permohonan pinjaman anda. Dengan ini, CCRIS memainkan peranan yang penting dalam memastikan permohonan pinjaman anda diluluskan.

 

APA ITU eCCRIS

eCCRIS merupakan sistem yang dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia. Tujuan sistem ini adalah untuk mengeluarkan laporan kredit individu. Laporan ini boleh digunakan apabila anda ingin melakukan sebarang permohonan pinjaman. Pada asasnya, CCRIS adalah pangkalan data yang menyimpan semua rekod permohonan anda dan memberikan gambaran data kewangan anda.

Maklumat dalam laporan kredit adalah penting dan digunakan untuk membantu institusi kewangan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berhubung dengan permohonan kredit. Laporan kredit juga digunakan untuk menilai kepercayaan kredit (creditworthiness) peminjam sedia ada semasa membuat kajian semula kredit secara berkala.

Oleh itu, adalah penting bahawa maklumat yang terdapat dalam laporan kredit adalah terkini dan tepat.

 

MANFAAT  CCRIS

Biro Kredit memainkan peranan penting dalam pengurusan risiko kredit bank dan untuk menggalakkan budaya kredit yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini diakui sebagai komponen utama infrastruktur sistem kewangan yang mantap.

Pelabur-pelabur antarabangsa juga semakin mengambil kira kewujudan sistem pengurusan risiko yang berkesan dan kukuh dalam sesebuah ekonomi ketika membuat keputusan pelaburan. Ini menjelaskan mengapa semakin banyak negara membangun turut menubuhkan biro kredit.

 

Kewujudan Biro Kredit memudahkan institusi kewangan untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi serta bertanggungjawab dan tepat pada masanya. Maklumat yang diperoleh daripada Biro Kredit juga membantu institusi kewangan mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah lain seperti kes-kes penipuan.

 

CONTOH HUTANG TERKAIT CCRIS

Berikut adalah senarai contoh hutang yang mungkin dimasukkan ke dalam laporan CCRIS anda.

  • Hutang PTPTN
  • Pembiayaan pinjaman peribadi bank
  • Pinjaman Rumah/Kedai dan sebagainya
  • Kad Kredit
  • Pembiayaan perniagaan dari bank
  • Pembiayaan untuk kenderaan/kereta dan sebagainya

 

CARA BUAT SEMAKAN CCRIS ONLINE GUNA eCCRIS

Untuk membuat semakan CCRIS secara online pastikan anda mendaftar sebagai pengguna eCCRIS terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan cara semakan menggunakan sistem eCCRIS:

  1. Dapatkan laporan kredit semasa di https://eccris.bnm.gov.my
  2. Pilih profil peminjam atau maklumat akaun pinjaman yang berkaitan;
  3. Menyediakan butiran terperinci mengenai perkara yang dipertikaikan dan lampirkan dokumen sokongan yang berkaitan; dan
  4. Mengemukakan permohonan semakan dan ia akan secara automatik diarahkan kepada institusi kewangan yang mengambil bahagian atau Bank Negara Malaysia.

Nota: Dalam laporan akan tunjukkan maklumat penting2 sepertin tunggakan.Kalau semua ‘0’, bagus dan cantik la tu. Kalau banyak nombor lain 1,2,3,4,5 maksudnya ada tunggakan. Boleh semak lanjut dengan institusi tersebut untuk pengesahan.

 

CARA MEMOHON LAPORAN CCRIS TANPA HADIR KE BANK NEGARA

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memohon laporan CCRIS tanpa hadir ke Bank Negara:

  1. Muat turun Borang Permohonan di https://eccris.bnm.gov.my
  2. Lengkapkan Borang Permohonan dan sediakan semua dokumen termasuk:
    • 1 salinan MyKad (depan dan belakang) atau
    • 1 salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia)
    • 2 dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)
  3. Hantar semua borang lengkap beserta semua dokumen melalui webform: https://telelink.bnm.gov.my
  4. Akhir sekali boleh muat turun laporan CCRIS masing-masing.

 

CARA SEMAKAN CCRIS SECARA MANUAL eccris.bnm.gov.my

Bagi yang tidak mahu membuat semakan CCRIS online, anda juga boleh melakukannya secara manual melalui cara berikut:

  1. ,Kios
    • Hadir ke Kios CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM atau cawangan AKPK.
    • Pastikan anda membawa MyKad anda dan laporan kredit akan dicetak kepada anda pada masa itu juga.
  2. Memohon di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM
    • Hadir ke CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM.
    • Pastikan anda membawa Mykad beserta apa-apa dokumen sokongan lain yang boleh mengesahkan identiti anda seperti lesen memandu atau passport (sekiranya bukan rakyat Malaysia).
    • Laporan kredit akan diberikan kepada anda pada masa itu juga.
  3. Memohon melalui surat
    • Sekiranya anda memohon laporan kredit CCRIS menerusi surat, anda boleh memohonnya dengan melengkapi dan menghantar dokumen berikut :
      • Borang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR); https://www.bnm.gov.my/index.php?rp=ccrisform
      • Borang Pengisytiharan Pinjaman;
      • Salinan MyKad anda yang jelas (depan dan belakang); dan
      • Mana-mana dua dokumen berikut (dengan nama dan alamat anda jelas tertera pada setiap dokumen):
        • Bil air;
        • Bil elektrik;
        • Bil telefon;
        • Penyata akaun bank;
        • Penyata kad kredit; atau
        • Penyata KWSP.
    • Sila pos, faks, atau e-mel borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia di:
      • Alamat: Bank Negara Malaysia, Peti Surat 10922,50929 Kuala Lumpur
      • Faksimile: +603 2174 1515
      • E-mel: [email protected]

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN eccris.bnm.gov.my

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh merujuk di laman rasmi atau hubungi info di bawah

  • Hubungi: 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717 (luar negara), (Waktu operasi mulai 9:00 pagi – 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.)
  • E-mel: [email protected]
  • Website: https://eccris.bnm.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

CTOS :DAFTAR LOGIN & SEMAKAN LAPORAN KREDIT ONLINE(Sebelum Buat Loan Bank)

1 thought on “CHECK CCRIS BNM ONLINE(Semak eccris.bnm.gov.my)”

Leave a Comment