CARA BUKA AKAUN & MOHON PINJAMAN CIMB SECARA ONLINE

CARA BUKA AKAUN & MOHON PINJAMAN CIMB SECARA ONLINE

CARA BUKA AKAUN & MOHON PINJAMAN CIMB SECARA ONLINE

CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB) memperkenalkan penyelesaian digital pertama kepada pelanggan iaitu proses pembukaan akaun individu serta Biz Financing Portal untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kini, individu yang berminat untuk membuka akaun CIMB,boleh membuka akaun individu serta Biz Financing Portal untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara online atau atas talian sahaja.

Penyelesaian tanpa kertas disasarkan untuk menjadikan tawaran perbankan CIMB lebih mudah diakses, selamat di samping menyediakan kemudahan dengan memanfaatkan keupayaan digital bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.

Berdasarkan kenyataan Ketua Pegawai Strategi dan Reka Bentuk CIMB Group, Gurdip Singh Sidhu, berkata pengenalan inisiatif digital itu berlandaskan normal baharu dalam sistem perbankan dan pembayaran hari ini.

Katanya, inisiatif itu selaras dengan dua teras utama CIMB iaitu Forward23 membabitkan pelanggan, teknologi dan data dengan sasaran untuk mendigitalkan dan menjadikan penawaran produk dan proses lebih mudah.

Pendigitalan proses perbankan kami juga memberi penekanan kepada prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan sosial bagi melindungi pelanggan dan pekerja kami menerusi pengurangan keperluan interaksi fizikal.

CARA BUKA AKAUN CIMB ONLINE

Menerusi kemudahan baharu itu, pelanggan individu kini boleh mengemukakan permohonan untuk membuka akaun semasa atau simpanan menerusi proses dalam talian kepada cawangan.

CARA BUKA AKAUN & MOHON PINJAMAN CIMB SECARA ONLINE

CARA BUKA AKAUN CIMB INDIVIDU/PKS ONLINE

1.Pelanggan boleh mengisi e-borang pembukaan akaun di laman web CIMB untuk memulakan proses.

2.Selepas diserahkan, pelanggan boleh menggunakan kaunter yang dikhaskan membuka e-akaun yang tersedia di semua cawangan bagi menyelesaikan langkah terakhir permohonan mereka termasuk Know-Your-Customer (KYC).

Penyelesaian ini sudah dilancarkan di semua cawangan di seluruh negara dan sejak itu ia dapat mengurangkan masa pembukaan akaun sehingga 50 peratus.

CARA MOHON PINJAMAN CIMB UNTUK PKS SECARA ONLINE

Untuk pelanggan PKS pula, usahawan boleh mengemukakan permohonan pinjaman secara dalam talian menerusi Biz Financing Portal CIMB.

Portal berkenaan akan membolehkan pelanggan memuat naik dokumen dan menghantar permohonan secara dalam talian sepenuhnya, sekali gus tidak memerlukan mereka ke cawangan.

TARIKH MULA BUKA AKAUN CIMB ONLINE

Portal berkenaan dilancarkan pada 13 Julai lalu dan pelanggan kini boleh menggunakan portal berkenaan untuk membuat permohonan.

Baca tentang CARA TERMINATE ASB LOAN CIMB

Tags: #CARA BUKA AKAUN & MOHON PINJAMAN CIMB SECARA ONLINE #CARA BUKA AKAUN CIMB INDIVIDU/PKS ONLINE #CARA BUKA AKAUN CIMB ONLINE #CARA MOHON PINJAMAN CIMB UNTUK PKS SECARA ONLINE

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE Permohonan Geran Khas Prihatin untuk perniagaan
    CARA YANG BETUL MEMBUANG TOPENG MUKA
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA YANG BETUL MEMBUANG TOPENG MUKA Jika anda menggunakan topeng mulut dan

    Leave a reply "CARA BUKA AKAUN & MOHON PINJAMAN CIMB SECARA ONLINE"