CARA CHECK BPN 2.0
Bagaimanakah CARA CHECK BPN 2.0?Jika saya pernah terima bantuan sebelum ini, adakah perlu daftar semula? Jika saya pengguna baru, adakah perlu buat permohonan baru BPN 2.0?
BILAKAH TARIKH CHECK BPN 2.0?
Tarikh check BPN 2.0 adalah sama dengan tarikh permohonan baru iaitu pada hari Khamis, 15 Oktober 2020. Ini adalah seperti yang dimaklumkan oleh LHDN dalam Soalan Lazim.
Bilakah TARIKH PEMBAYARAN TUNAI BPN 2.0 DI BSN bagi yang status pembayaran gagal kredit?
JENIS SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0
A)PERMOHONAN LAMA(Penerima BPN 1.0)
- Semakan Status Kelulusan BPN
- Semakan Status Pembayaran BPN
- Berjaya Kredit
- Gagal Kredit
Info terbaru tentang TARIKH BPN 2.0 DIKREDITKAN BERMULA 26 OKTOBER 2020
B)PERMOHONAN BARU BPN 2.0 (Tidak pernah mohon BPN 1.0)
*Tidak boleh terus check BPN 2.0. Perlu daftar dan mohon dahulu.
- Semakan Status Penerimaan Permohonan BPN
- Semakan Status Kelulusan BPN
- Semakan Status Pembayaran BPN (Jika Lulus)
- Berjaya Kredit
- Gagal Kredit
- Semakan Status Rayuan BPN (Jika Tidak Lulus)
PENJELASAN TENTANG SEMAKAN BPN 2.0
Hanya pemohon lama boleh check Bantuan Prihatin Nasional? Untuk makluman, hanya pemohon BPN 1.0 sahaja yang boleh check BPN 2.0.Kenapa?
PEMOHON LAMA
ALASAN : Ini kerana pemohon BPN 1.0 boleh terus login Log Masuk dengan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang pernah didaftarkan sebelum ini. Apa yang anda perlu buat hanya kemaskini BPN 2.0 nanti apabila sudah dibuka.
PEMOHON BARU
ALASAN : Berbeza dengan pemohon baru. Anda perlu membuat pendaftaran BPN 2.0 untuk Log Masuk dan permohonan baru BPN 2.0 terlebih dahulu.
Nak tahu cara TUKAR STATUS PERKAHWINAN BPN 2.0? Bujang kepada Berkahwin atau Berkahwin kepada bujang
Nak lebih jelas tentang CONTOH SITUASI PERLU/TIDAK PERLU BUAT KEMASKINI PERMOHONAN MANUAL BPN 2.0
CARA CHECK BPN 2.0 MELALUI PORTAL
Berikut ialah cara untuk membuat semakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0:
- Layari laman Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran untuk login BPN 2.0 di sini: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Akan keluar Captcha
- Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha
- Klik butang Semak untuk teruskan proses CARA CHECH BPN 2.0
- Akan keluar paparan:
- Nama
- No MyKad
- Status Permohonan
- Info Tambahan
- Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain iaitu:
- Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Untuk mengetahui samada duit BPN sudah masuk atau belum, pastikan status Kredit anda adalah Berjaya Kredit
- Ingin diingatkan sekali lagi, ini adalah untuk pemohon yang lulus BPN 2.0 sahaja.
- Bermakna, duit sudah masuk ke akaun pemohon BPN yang layak secara automatik BSH tanpa buat permohonan.
- Jika permohonan anda LULUS tetapi belum bertukar status Berjaya Kredit, ini bermaksud duit BPN belum lagi masuk.
- Jika permohonan anda LULUS tetapi mempunyai status Gagal Kredit, ini bermaksud duit BPN cuba dimasukkan ke dalam akaun bank yang diberi. Walau bagaimanapun, akaun bank tersebut mungkin tidak aktif atau tidak wujud kerana tersilap isi. Anda perlu hubungi pihak LHDN untuk ambil duit bantuan secara tunai.
- Jika sudah check BPN 2.0 tapi masih belum ada apa-apa status terbaru, harap bersabar.
Bagaimana jika BPN 2.0 anda tidak lulus?Bagaimanakah CARA BUAT RAYUAN BPN 2.0?
CARA CHECK BPN 2.0 MELALUI AKAUN BANK
Kalau portal BPN terlalu sibuk dan tak boleh masuk untuk CARA CHECK BPN 2.0, kami sarankan anda terus semak baki duit akaun bank.
BERITA BAIK! Boleh buat SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 BERMULA 16 NOVEMBER
Sila buat semakan pembayaran BPN 2.0 melalui bank. Mudah sahaja, kalau sudah bertambah jumlah baki dalam akaun, itu bermakna duit Bantuan Prihatin Nasional 2.0 sudah masuk.
Jika pembayaran BPN 2.0 anda dalam kategori GAGAL KREDIT BPN 2.0,maka anda perlu menerima bayaran BPN 2.0 di Bank Simpanan Nasional(BSN) berhampiran dengan anda.
Sebelum buat penunaian duit BPN 2.0,anda perlulah buat semakan no vaucher bayaran tunai BPN 2.0,berikut adalah CARA SEMAK VAUCHER BAYARAN TUNAI BPN 2.0
Tags: #CARA CHECK BPN 2.0 #PENJELASAN TENTANG SEMAKAN BPN 2.0
Mohd Zani Zakaria6 months ago
GIRO BSN Pendengaran oku 0350141000003537
Hasliza6 months ago
Kalau bpn pertama dia dpt,tiba2 check ke2 knpa xde
Noraini Ismail6 months ago
Dulu dapat now xdpt gagal sebab LHDN kata suami pegarah syarikat .Ye betul pengarah syarikat.so g apply gerak perihatin pu n gagal sebab syarikat dormant. so nak buat cm ne lagi.. In the 1st place dr rekod lhdn bole tau company dormant atau tak..kan susahkab rakyat jugak..
Muhammad Zakaria6 months ago
Mula
19 hari bulan ni duit masuk ka…
MOHD HAFIZ HAFIZ BIN ABDULLAJ6 months ago
Chek akaun bank duit bpn 2.0 dh masok akaun belum????
Norzilawati Payang6 months ago
Kenapa saya punya BPN 1.0 tak masuk ya
Paramanadham supramaniam6 months ago
Saya langsung semua BPN 1.0 -2.0 Tak masuk