CARA CLAIM INSURANS KERETA(Jika Berlaku Kemalangan)

CARA CLAIM INSURANS KERETA (Jika Berlaku Kemalangan)

 

CARA CLAIM INSURANS KERETA

Kemalangan jalan raya boleh berlaku disebabkan oleh faktor-faktor seperti terbabas, masuk laluan bertentangan, kecuaian, mengekori kenderaan terlalu rapat dan sebagainya merupakan antara faktor yang biasa berlaku. Oleh itu pentingnya setipa kenderaan mempuyai insurans supaya kos baik pulih dapat ditanggung oleh insurans yang anda ambil.Tapi bagaimana cara utuk proses claim insurans kenderaan? Disini kami kongsikan cara claim insurans kereta kenderaan anda, semoga membantu.

 

JENIS TUNTUTAN INSURANS

 

Sekirayan berlaku kemalangan, terdapat dua jenis tuntutan insurans yang anda boleh lakukan (bengantung pada situasi kemalangan) iaitu

 

Tuntutan Kerosakan Sendiri (First Party)

Sekiranya anda membuat tuntutan kerosakan sendiri apabila menggunakan perlindungan komprehensif. Berikut adalah penerangannya:

  1. Perkara yang Boleh Dituntut
    1. Kemalangan berpunca daripada kesalahan anda, buat tuntutan Kerosakan Sendiri;
    2. Kemalangan BUKAN berpunca daripada kesalahan anda, buat tuntutan Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock (bukan tuntutan pihak ketiga).
  2. Manfaat Membuat Tututan Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock
    1. Tuntutan insurans dapat diselesaikan dengan lebih cepat;
    2. Anda tidak akan hilang kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (No Discount Claim, NCD);
    3. Anda boleh menuntut ekses* dan loss of use daripada syarikat insurans pihak lain.
    4. Ekses – Amaun yang anda perlu bayar sama ada kemalangan berpunca daripada kesalahan anda atau tidak, syarikat insurans akan membayar baki tuntutan selebihnya.
  3. Dokumen diperlukan:
    1. Borang tuntutan yang lengkap;
    2. Salinan asal laporan polis, kad pengenalan dan lesen memandu (pemandu dan pemegang polisi) dan sijil pemilikan kenderaan;
    3. Gambar kejadian kemalangan dan kerosakan pada kenderaan;
    4. Dokumen polis yang menyatakan pihak yang dikompaun bagi kesalahan jalan raya.

 

Tuntutan Kerosakan Pihak Ketiga (Third Party)

Anda juga boleh membuat tuntutan pihak ketiga jika anda tidak bersalah dalam kemalangan itu dan diskaun (NCD) tiada tuntutan anda tidak akan terjejas langsung. Berikut adalah penerangannya:

  1. Perkara yang Boleh Dituntut
    1. Kerosakan pada kereta atau harta anda akibat kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pihak lain;
    2. Kerugian kewangan yang lain seperti ekses, loss of uses.
  2. Dokumen yang diperlukan:
    1. Salinan asal laporan polis, kad pengenalan dan lesen memandu (pemandu dan pemegang polisi) dan sijil pemilikan kenderaan;
    2. Laporan adjuster;
    3. Bil kos pembaikan kereta anda;
    4. Gambar kejadian kemalangan dan kerosakan pada kenderaan;
    5. Dokumen polis yang menyatakan pihak yang dikompaun bagi kesalahan jalan raya.

 

CARA CLAIM INSURANS KERETA (KENDERAAN KEMALANGAN)

 

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, berikut adalah cara claim insurans kereta kenderaan anda:

  1. Dapatkan keputusan kes, gambar kemalangan dan lakaran rajah di balai polis yang anda buat laporan. Tuntutan insurans bagi kos baik pulih kerosakan kereta anda memerlukan tiga benda tersebut.
  2. Tuntutan hendaklah dibuat secepat mungkin kepada pihak insurans. Sekiranya anda terlewat membuat tuntutan, anda boleh menulis surat kepada pihak insurans atas sebab-sebab kelewatan membuat tuntutan kerosakan kereta.
  3. Dalam masa 7 hari, laporan mestilah dilakukan untuk membuat tuntutan, anda hendaklah memberikan bukti semasa membuat report dan sekiranya anda tercedera, mestilah dirawat di hospital dalam masa 30 hari setelah kemalangan berlaku.
  4. Kereta anda perlulah dihantar ke bengkel panel insuran anda atau pusat baik pulih rasmi untuk dibaiki dengan kadar segera. Jikalau anda memiliki kereta Proton, maka hantarlah ke pusat baik pulih Proton, begitu juga dengan perodua, Honda atau kereta lain. Ini bagi memastikan spare parts yang digunakan adalah asli dengan model kereta anda. Selain itu, proses tuntutan insuran dapat dipercepatkan dan baik pulih kereta anda boleh dilakukan dengan baik apabila anda menghantar pembaikan ke service centre.
  5. Dokumen-dokumen seperti salinan kad pengenalan, covernote insurans, salinan lesen memandu, laporan polis, salinan geran, gambar rajah kemalangan, lakaran kemalangan dari balai polis mestilah disiapkan semasa membuat tuntutan kepada syarikat insurans.

 

SOALAN LAZIM

 

Apa itu Knock-for-Knock?

Own Damage Knock-for-Knock atau OD KFK ialah kaedah tuntutan insurans daripada pihak ketiga melalui syarikat insurans sendiri. Dalam erti kata lain, kita menuntut bayaran daripada syarikat insurans sendiri dan pihak insurans akan menuntut semula daripada syarikat insurans pihak ketiga.

 

Apa yang perlu dilakukan jika kereta saya dicuri atau kemalangan?

Anda perlu melaporkan insiden kecurian atau kemalangan kepada polis dengan segera atau dalam tempoh 24 jam. Kemudian, hubungi syarikat insurans anda untuk maklumat dan tindakan lanjut.

 

Apakah Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)?

NCD atau No Claim Discount merujuk kepada skim ganjaran untuk pemegang polisi sekiranya tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh polisi untuk tahun semasa. Kadar NCD ditentukan mengikut kelas kenderaan iaitu antara 25 hingga 55 peratus untuk kenderaan persendirian dan 15 hingga 25 peratus untuk motosikal dan kenderaan komersial.

 

Baca Artikel Lain :

CERMIN KERETA PECAH RETAK:CARA CLAIM INSURANS(Tukar Cermin Baru)

Leave a Comment