CARA DAFTAR i-SINAR KWSP(PENGELUARAN DUIT EPF AKAUN 1)
Pencarum EPF kini boleh keluarkan RM500 setiap bulan. Ikuti cara daftar i-SINAR KWSP untuk mohon keluar duit EPF secara online menggunakan i-Akaun.
Pengeluaran KWSP Akaun 1 ini di bawah jenis pengeluaran i-SINAR.
Ahli KWSP boleh membuat semakan penyata KWSP terlebih dahulu untuk mengetahui baki amaun yang ada dalam Akaun 1 yang boleh dikeluarkan.
APA ITU i-SINAR KWSP?
Pengeluaran Akaun 1 di bawah i-SINAR KWSP boleh dibuat permohonan mulai Disember 2020.
Bagi memudahkan rakyat untuk membuat permohonan tanpa berurusan di kaunter KWSP,permohonan boleh dibuat melalui online.
Amaun yang layak dikeluarkan hanyalah RM500 setiap bulan, untuk tempoh 12 bulan. Namun ia bergantung kepada syarat pengeluaran akaun 1 yang akan diumukan pada 18 November 2020.
Bayaran akan dibuat bermula bulan Januari 2021.
SYARAT & JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR AKAUN 1 KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baharu sahaja mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar
CARA DAFTAR i-SINAR KWSP & BUAT PENGELUARAN
Berikut adalah CONTOH untuk mohon keluar duit KWSP menggunakan i-Akaun atau PORTAL i-SINAR secara online:
- Untuk menggunakan kemudahan KWSP secara online,pastikan anda sudah daftar i-Akaun KWSP
- Sila login ke i-Akaun KWSP menggunakan ID Pengguna dan kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik pada menu Pengeluaran di bahagian atas portal i-Akaun
- Sekarang anda berada di dalam bahagian e-Pengeluaran
- Sila Klik pada butang Permohonan Baru
- Pilih Jenis Pengeluaran i-SINAR
- Akan keluar beberapa pesanan mengenai NOTA PENTING PERMOHONAN e-PENGELUARAN.
- Setela selesai baca dan faham, klik OK
- Klik Seterusnya
Anda terlupa nombor ahli KWSP? bagaimanakah cara CHECK NO AHLI KWSP GUNA NOMBOR IC?
MAKLUMAT PENGELUARAN
Antara CONTOH maklumat pengeluaran i-SINAR seperti berikut :
Jenis Pengeluaran,Amaun Dimohon,Butiran Akaun Bank,Nama Bank,Nombor Akauin Simpanan / Semasa
PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP
Sila buat semakan maklumat pengeluaran seperti Nama,No Pengenalan Diri,Alamat Surat Menyurat,Telefon Bimbit,E-mel, Maklumat Pengeluaran
PERAKUAN /PENGESAHAN
- Tanda pada “Saya dengan ini mengesahkan bahasa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Perakuan Terma dan Syarat”
- Sekiranya semua maklumat sudah disemak dan diperakui betul, klik Permohonan TAC. Sila masukan nombor TAC
- Klik HANTAR (permohonan pengeluaran i-SINAR KWSP selesai)
PENGELUARAN DUIT KWSP i-SINAR MELALUI PORTAL i-SINAR KWSP
Biasanya KWSP akan lancarkan portal khas untuk membantu ahli membuat pengeluaran duit KWSP secara online bagi ahli yang tidak mempunyai i-AKAUN KWSP.
Kami akan kemaskini cara pengeluaran duit KWSP i-SINAR melalui portal i-SINAR seteleh dimaklumkan oleh KWSP.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenari pengeluaran Akaun 1 KWSP, boleh menghubungi talian bantuan seperti berikut:
Telefon: 03-8922 6000
Facebook KWSP: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Laman Portal Rasmi KWSP
Tags: #APA ITU i-SINAR KWSP? #CARA DAFTAR i-SINAR KWSP #CARA DAFTAR i-SINAR KWSP & BUAT PENGELUARAN #CARA DAFTAR i-SINAR KWSP(PENGELUARAN DUIT EPF AKAUN 1) #PENGELUARAN DUIT KWSP i-SINAR MELALUI PORTAL i-SINAR KWSP #PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP
Muhammad jufairus bin matliki2 tahun ago
Sye ingin megeluarkan kwsp akaun 1 ..sebab sye telah kehilangan kerja baru2 ini..
mohd hafizal mohd nur2 tahun ago
sy ingin mengeluarkan kwsp
kerana ingin menampung perbelanjaan
keluarga sy.
alinawati bt alias2 tahun ago
saya ingin mengeluarkan akan 1 kwsp.kerana saya tiada perkejaan sekarang ni
Mohd assa bin nonoi2 tahun ago
Saya ingin keluarkan akaun 1.dan saya telah kehilangan keja baru baru ini
Sukardih bin saudih2 tahun ago
Saya ingin mengeluarkan kwsp akaun 1 sebab saya kehilangan kerja
Sukardih bin saudih2 tahun ago
Saya ingin keluar kan akaun 1 kwsp kerana saya kehilangan kerja musim covid
ROSLAN BIN MUDIN2 tahun ago
Saya memelurkan duit kerana kerja saya tidak menetu
Huzaimi bin mat hassan2 tahun ago
saya x ada kje
Roslin binti abd gafar2 tahun ago
Sya nak kluar kan duit kwsp akaun 1 sebab sya tidak bekerja
Krisnavehni k. Kanasan2 tahun ago
Sy dalam mc.. Takda keje… Sy nk kluar duit keep akaun 1..
Azman bin idris2 tahun ago
Saya mahu keluar duit kwsp acc 1 sebab kehilangan perkerjaan..boss suruh berhenti tapi xbgi surat berhenti..nk claim pun xboleh.sekarang dah tak kerja 3 bulan.anak 4 kecil2 lagi ..harap ehsan org..tolong kawan buat kerja ada lah duit sikit untuk bagi ank2 min.
Norshafizah binti abdullah2 tahun ago
Saya ingin kluarkan duit kwsp akaun 1 sbb nk beli barang dapur dan bayar duit umah sewa gaji kita bukan byk sgt nk tanggung belanja anak lg tinggal seorang keje tak mampu tanggung satu kluarga
Muhammad hafiz bin ramli2 tahun ago
Saya memerlukan kwsp akaun 1 untuk menampung keluarga sy…🙏🙏
Mohd+Shahrul+anuar+bin+marchikin2 tahun ago
SALAM SAYA INGIN KELUAR KAN KWSP AKAUN 1,SEBAB SAYA MEMERLUKAN UNTUK PERNIAGA SAYA..SEJAK COVID INI PERNIAGAAN SAYA MELOSOTT TERUK..
Prema a/p ambalagam2 tahun ago
Says pun Nak kuluar kwsp saya pun tk krj
Anak3 umur 12 10 8
Lagi dia 3
Hambran bin urut2 tahun ago
Setuju
HAMBRAN BIN URUT2 tahun ago
Akaun 1
HAMBRAN BIN URUT2 tahun ago
Setuju
Termizi Bin Shaori2 tahun ago
Ingin menampung perbelanjaan keluarga
Termizi Bin Shaori2 tahun ago
Keperluan perbelanjaan keluarga
thenmoly ramasamy2 tahun ago
how do i rejister
Hasnul2 tahun ago
Camne nk kemaskini ni telefon..sbb daftar ni lama..no lama dan x pakai..info2
Dg siti fatimahNoor binti daud2 tahun ago
Saya x kerja, membantu suami kewangan keluarga
Mohamad shahriman bin rosli2 tahun ago
Adakah saya layak mohon..
MUHAMMAD+BIN+ASBOLLAH2 tahun ago
SAYA MUHAMMAD BIN ASBOLLAH
SAYA INGIN MENGELUARKAN EPF AKAUN 1 OLEH KERNA SAYA DIBUANG KERJA OLEH MAJIKAN,,,,DAN SAYA MENGELUARKAN AKAUN 1 ATAS SABAB
UNTUK BELANJA MAKAN DAN MINUM ANAK DAN ISTRI SAYA,,BAGIMASA PKPB SEKARANG SAYA BELUM DAPAT MENCARI KERJA..TERIMA KASIH
Mohd.Kamal Ismail2 tahun ago
Asalamualaikum warahmatullah..
Solat penegak keadilan….saya¹nk keluarkan akaun 1 saya…puas saya menelaah ….harap bagi …
Azizul haqiki Ho nam2 tahun ago
Macammana nak daftar borang on line pengluaran akaun 1