
CARA DAFTAR mySALAM M40
PENGENALAN mySALAM
mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
KATEGORI mySALAM
1) B40
Skim my Salam Insuran Malaysia adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.8 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun, serta pasangan mereka.
2) M40
Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun kini boleh mendaftar skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam) bermula hari ini hingga 31 Mac depan.
CARA DAFTAR mySALAM M40
Pendaftaran bermula 11 Februari 2020 sehingga 31 Mac 2020.
1. Layari Portal mySALAM
2. Lengkapkan maklumat berikut :
- kad pengenalan
- Nama seperti di dalam kad pengenalan
- Telefon Bimbit
- Emel
- Alamat
- Poskod
- Jantina
- Status Perkahwinan
3. Kemudian muat naik dokumen sokongan iaitu salinan kad pengenalan
4.Tandakan PENGISYTIHARAN DAN PERSETUJUAN
5. Tekan butang Hantar
Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS selepas 30 Mac 2020. Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Bagi penerima bukan BSH, sila klik pautan “Bukan Penerima BSH” di laman utama untuk daftar. Anda juga boleh semak kelayakan di kiosk-kiosk mySalam yang terdekat.
Bagi B40, kerajaan baru sahja melancarkan perluasan bagi Skim mySalam kepada golongan M40 selepas kira-kira 4.3 juta rakyat daripada golongan B40 mendapat manfaatnya.
Selepas tarikh itu semua penerima yang layak akan dimaklumkan dan boleh mula mengemukakan tuntutan masing-masing.
“Perlindungan takaful Skim mySalam meliputi 45 jenis penyakit kritikal dan kemasukan hospital hingga 14 hari setahun termasuk pesakit novel coronavirus yang akan menerima manfaat hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari,” katanya.
MAKLUMAT BERKAITAN mySALAM DALAM BELANJAWAN 2020.
- Bermula 1 Januari 2020, kerajaan memutuskan bagi memperluas skim mySalam menerusi peningkatan had umur daripada 55 kepada 65 tahun untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) serta pasangan mereka.
- Penerima BSH individu bujang dan individu orang kurang upaya (OKU) juga layak menerima perlindungan terhadap 45 penyakit kritikal termasuk polio daripada 36 sebelumnya.
- Tuntutan penyakit kritikal bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah sebanyak RM8,000 dan akan diberikan secara sekali beri manakala bagi golongan M40 atau bukan penerima BSH, mereka akan menerima faedah penyakit kritikal sebanyak RM4,000 (sekali beri).
Skim mySalam akan memberi manfaat kepada lapan juta orang pada tahun 2020.
macam mana daftar m40
I wan unable to register due to your mysalam since last month until today.
What’s problem?
I try to register mysalam since march until now, unable to register.now ended. What’s problem?
Macam mana nak daftar untuk bantuan mysalam
Sebelum ni saya ad daftar mysalam m40. Macamana nak check atau nak daftar baru.
cara tuntut bsh fasa 3
mcm mna nk daftar mysalam m40
Dah try to register mysalam tapi Tak bulih
All get now