CARA DAFTAR SAMA-SAMA LOKAL (Register Online & App Maybank QRPayBiz)

CARA DAFTAR SAMA-SAMA LOKAL (Register Online & App Maybank QRPayBiz)

CARA DAFTAR SAMA-SAMA LOKAL (Register Online & App Maybank QRPayBiz)

Seperti yang kita sedia maklum, Kementerian Kewangan telah menganjurkan kempen Go e-Commerce dan Shop Malaysia Online (SMO) bertujuan membantu para pengusaha di Malaysia untuk lebih berdaya saing mengharungi pandemik COVID-19 dan seterusnya. Tidak terketinggalan platform Sama-Sama Lokal iaitu satu-satunya platform yang dikendalikan institusi perbankan Maybank.

Jadi, izinkan kami untuk menunjuk cara daftar Sama-sama lokal bagi peniaga yang ingin memulakan perniagaan diplatform ini.

 

APA ITU SAMA-SAMA LOKAL MAYBANK

Sama-Sama Lokal adalah platform yang direka khusus untuk menyokong peniaga tempatan yang terkesan akibat pandemik tanpa sebarang caj pendaftaran, tiada yuran penggunaan platform  dan komisyen 100 peratus terus kepada peniaga.

Bukan itu sahaja, Sama-sama Lokal Maybank turut menawarkan kemudahan kepada peniaga dan pelanggan melalui Scan & Pay yang dibawakan oleh MAE by Maybank2u yang menawarkan pulangan tunai setiap hari sehingga RM5 apabila anda Scan & Pay menggunakan aplikasi MAE di lebih 250,000 kedai yang mengambil bahagian di seluruh negara.

 

CARA DAFTAR SAMA-SAMA LOKAL MAYBANK

Jadi, kepada PKS yang berminat, anda boleh mendaftar Sama-sama Lokal hanya dengan aplikasi Maybank QRPayBiz. Ikuti langkah berikut :

  1. Pastikan anda sudah mempunyai aplikasi Maybank QRPayBiz dan mendafar QRPay. Jika belum, berikuat adalah cara daftar QRPay :
  • Buka aplikasi QRPayBizz dan klik pada butang register.
  • Masukkan butiran yang dikehendaki seperti no MyKad dan Tarikh lahir dan tekan butang NEXT
  • Jika selesai, Login melalui aplikasi QRPayBiz dan pilih Manager, masukkan username dan kata laluan anda.
  1. Setelah login, pada bahagian menu pilihan sebelah kiri, pilih Sama-Sama Lokal
  2. Jika anda adalah penguna Akaun Semasa Maybank atau MAE buat sambungan akaun ke QRPayBiz .
  3. Jika MAE atau Akaun Semasa Maybank anda telah disambung ke QRPayBiz tekan butang Sing up untuk mendaftar.
  4. Maklumat diperlukan adalah :
  • Nama Peniagaan
  • Penerangan mengenai perniagaan anda
  • Kategori Perniagaan
  • Nombor MyKad
  • No telefon Pemilik
  • Alamat Perniagaan
  1. Tick pada kotak I HEREBY CONFIRM THAT I HAVE READ, UNDERSTAND AND ACCEPT THE TERMS AND CONDITIONS CONTAINED IN THE MAYBANK GROUP’S PRIVACY NOTICE.
  2. Jika anda membuat pendaftaran secara online, klik sahaja pautan yan kami sediakan ini SAMA-SAMA LOKAL by MAYBANK
  3. Isikan maklumat seperti yang diminta diatas.
  4. Jawab soalan berikut :
  • Are you a Maybank QRPay merchant? Yes/No
  • Do you have a Maybank Current Account or MAE E-Wallet? Yes/No
  1. Anda akan dihubungi dalam masa 7 hari setelah permohonan dibuat melalui emel.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SAMA-SAMA LOCAL

 Adakah saya dikenakan bayaran menggunakan Sama-Sama Lokal?

  • Kepada peniaga, anda tidak dikenakan cas untuk menggunakan platform Sama-Sama lokal dan mendapat 100% komisen terus kepada anda.

 Bolehkah saya menyertai Sama-Sama Lokal jika perniagaan saya adalah Pre-Order?

  • Untuk tujuan itu, sila pastikan anda meletakkan mesej Pre-Order pada business Description anda bagi mengelakkan kekeliruan pelanggan. Maybank Sama-Sama Lokal akan membuat kemaskini untuk penyertaan peniaga Pre-Order.

Saya ingin mengetahui FAQ lebih lanjut mengenai Sama-Sama Lokal, dimanakah saya boleh dapatkan?

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut mengenai insiatif Maybank Sama-Sama Lokal, layari laman web Maybank2u dan ikuti FacebookInstagram dan Twitter Maybank untuk kemaskini terkini.

 

Artikel lain :

CARA DAFTAR JDMas MERCHANT(REGISTER LOGIN jdmas.my)
CARA DAFTAR FOOD MARKET HUB(REGISTER LOGIN foodmarkethub.com)
CARA DAFTAR iBELI (REGISTER LOGIN ibeli.com)

 

Leave a Comment