CARA DAN TARIKH TUNTUT BPN DI KAUNTER BSN B40
Jika anda penerima Bantuan Prihatin Nasional yang lulus permohonan tetapi gagal dikreditkan ke akaun, maka ini cara dan tarikh tuntutan BPN di Kaunter BSN bagi kategori B40. Bagaimanakah caranya?
Anda hanya perlu membuat semakan nombor siri/baucer di laman web rasmi BPN. Setelah anda mempunyai nombor siri/baucer BPN membolehkan anda menerima PEMBAYARAN TUNAI BPN DI BSN mulai 17 April 2020. Manakala bagi penerima M40 pula, anda perlu mengemaskini ezHASiL di laman web rasmi LHDN untuk dikreditkan ke akaun bank.
ANDA PERLU KELUARKAN WANG ASB? Bermula 20 April 2020 ASB BENARKAN PENGELUARAN WANG SECARA DALAM TALIAN
APA ITU NOMBOR SIRI/BAUCER BPN?
NOMBOR SIRI/BAUCER BPN ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Prihatin Nasional tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif untuk keluarkan wang bantuan tersebut. Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BPN untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.
CARA DAN TARIKH TUNTUT BPN DI KAUNTER BSN B40
CARA DAPATKAN NO SIRI /NO BAUCER BPN
Jika anda GAGAL KREDIT BPN. Anda diminta untuk buat Semakan Bayaran di https://bpn.hasil.gov.my/. Anda perlu melihat kepada bahagian No. Baucar untuk melihat No. Siri yang akan diberikan oleh LHDN.
Jika masih kosong. Anda diminta untuk bersabar. Dan sentiasa membuat semakan dari masa ke semasa.Jika sudah dapat No. Siri tersebut.
BACA : KENAPA WAKIL ATAU WARIS BERDAFTAR TIDAK DAPAT TUNAIKAN BPN DI BANK BSN?
DI MANA PERLU TUNTUT /TUNAIKAN NO.SIRI /NO BAUCER BPN
Anda boleh tunaikan NO.SIRI /NO BAUCER BPN tersebut di kaunter Bank Simpanan Nasional yang berhampiran dengan kawasan anda.
SENARAI BSN TERPILIH BEROPERASI HUJUNG MINGGU BAGI PEMBAYARAN BPN
TARIKH TUNTUT /PENUNAIAN BPN DI KAUNTER BSN
Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran dan penunaian boleh dibuat di Kaunter BSN mulai 17 April 2020.
TARIKH AKHIR TUNTUT / PENUNAIAN BPN DI KAUNTER BSN
Penerima perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.
ADAKAH BOLEH WAKIL TUNTUT /MENERIMA BPN DI BSN?
Bagi penerima yang tidak dapat hadir atau meninggal dunia wakil atau waris anda perlu sertakan beberapa dokumen yang diperlukan semasa mewakilkan penerima bagi penunaian Bantuan Prihatin Nasional. Antaranya iaitu :
- Sijil kematian (asal atau salinan) penerima
- Kad pengenalan asal atau salinan penerima
- Kad pengenalan asal wakil
- Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan wakil /waris
Tags: #ADAKAH BOLEH WAKIL TUNTUT /MENERIMA BPN DI BSN? #CARA DAN TARIKH TUNTUT BPN DI KAUNTER BSN B40 #CARA DAPATKAN NO SIRI /NO BAUCER BPN #DI MANA PERLU TUNTUT /TUNAIKAN NO.SIRI /NO BAUCER BPN #DOKUMEN YANG PERLU DI BAWA WARIS PENERIMA BPN #NOMBOR SIRI/BAUCER BPN #TARIKH AKHIR TUNTUT / PENUNAIAN BPN DI KAUNTER BSN #TARIKH TUNTUT /PENUNAIAN BPN DI KAUNTER BSN
azizol11 months ago
salam sy blom dpat bantuan bpn… lg pun akaun lma dh xgna… ini nmbr akaun baru sya 7624575265 cimb..
Chin yoon fah10 months ago
Pergi bsn tarikh 28:4:2020
Ng Fu Swee10 months ago
Saya tak beberapa faham tentang BPN ini. Saya dan isteri adalah pencarum LHDNM. Kedua-dua kami menerima pesanan ringkas SMS mengatakan yang BPN diluluskan. Selepas beberapa hari lagi, isteri menerima bantuan tersebut manakala saya tidak. Persoalannya, 1 keluarga hanya 1 penerima sahaja ataupun kedua-dua kita pun boleh terima BPN ini. Sekiranya saya tidak berhak menerimanya, kenapa pihak LHDNM menghantar pesanan SMS mengatakan yang saya LULUS menerima?
Sila mohon beri pencerahan sedikit. Terima Kasih.
Zulkarna’in bin Rahmat10 months ago
Maaf nak bertanya semakkan Status bpn saya lulus.
Semakkan jugak saya sudah terima no siri boucer. Tapi bila saya nak tunaikan DI kuanter bsn tak boleh Kerana nama saya belum ada dalam sistem. Agak sebulan jugak saya berulang alik ke bsn Tapi masih tak boleh tunaikan. Mohon macam mana saya boleh tunaikan boucer ke tunaikan
KekandaMemey10 months ago
encik,apa kategori bpn encik ? encik lulus drpd awal atau permohonan baru/rayuan
Lysa10 months ago
No siri baucer fasa 1 sama dgn no siri baucer fasa 2 tak? Ataupun perlu tunggu no baucer yg baru untuk fasa 2? Sbb fasa 1 saya guna baucer
mohammad saifullah9 months ago
nk tnye sye da dpt no voucer tpo g bsn check die kte lom ade..sye permohonan bharu gagal kedit..bujang mcm mne ea
Sumathi4 months ago
Salam Encik ,emak saya tinggal di Singapura tidak dapat balik lagi ,bolehkah saya tuntut bpn fasa1,2 emak punya? no siri baucar ada
mohammad saifullah9 months ago
sye punya kategori lulus tpi da dpt no baucer pon xade lagi counter bnk ckp..sye gagal kedit mcm mne nk tunai kn no baucer tu
Isan5 months ago
Saya mahu tahu bpn 2.0 sudah di laksana tetapi saya belum menuntut voucher bpn 1.0 kerana kesibukan kerja.. boleh ka saya menuntut voucher 1.0 kembali
saya sudah mempunyai no .siri dari fasa 1 dan 2
Sumathi4 months ago
Salam Encik ,emak saya tinggal di Singapura tidak dapat balik lagi ,bolehkah saya tuntut bpn fasa1,2 emak punya? no siri baucar ada
suryadeey bin Arabin2 weeks ago
dari tahun 2014 sehingga 2018 saya tak perna menerima bayaran bsh boleh ke saya tuntut kesumua nya….