ISTIWA ADZAM MALAYSIA (Cara Semakan Arah Kiblat)

ISTIWA ADZAM MALAYSIA (Cara Semakan Arah Kiblat)

ISTIWA ADZAM ARAH KIBLAT

Setiap tahun umat Islam boleh menyemak sendiri arah kiblat ketika fenomena Istiwa Adzam, iaitu kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah dan membolehkan anda melakukan pemeriksaan ukur arah kiblat dengan lebih tepat. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat semakan, semoga membantu.

 

APA ITU ISTIWA ADZAM

Istiwa Adzam adalah satu fenomena di mana matahari transit (Istiwa) atau berada di atas Kaabah yang berlaku dua (2) kali setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Ketika fenomena ini, semua bayarang yang terhasil daripada satu objek tegak, menghala ke arah matahari adalah bersamaan dengan arah kiblat.

Keadaan ini membolehkan orang ramai di negara ini membuat semakan arah kiblat yang tepat di lokasi masing-masing mengikut masa yang ditetapkan. Tarikh dan masa yang dinyatakan adalah Waktu Piawai Malaysia (WPM) seragam di seluruh negara sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

 

TARIKH & WAKTU ISTIWA ADZAM MALAYSIA 2023

Bagi tahun 2023 peristiwa Istiwa Adzam ini akan berlaku pada dua (2) tarikh dan masa seperti berikut:

  • 28 Mei 2023 jam 5:18 PM
  • 16 Julai 2023 jam 5:26 PM.

NOTA: Jika tahun lompat, maka fenomena tersebut jatuh pada tarikh 29 Mei dan 17 Julai.

 

CARA SEMAK ARAH KIBLAT KETIKA ISTIWA ADZAM

Untuk semakan yang tepat seharusnya semasa berlakunya Istiwa’ A’dzam (kedudukan matahari tepat di atas Kaabah). Pada 28 Mei 2023 (jam 5.16 petang) matahari akan berada hampir tepat di atas bangunan Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Berikut adalah merupakan cara semakan arah kiblat iaitu:

  1. Sediakan bahan yang diperlukan seperti:
    • Kayu lurus (sebaiknya yang ada tapak@boleh berdiri tegak).
    • Masking Tape.
    • Pen Marker.
  2. Pastikan Waktu yang tepat berdasarkan waktu standard Malaysia (semak jam Waktu Standard SIRIM atau telefon 1051).
  3. Pacakkan kayu lurus tegak tersebut (90 darjah) di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang). Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan arah kiblat
  4. Pastikan hari tidak mendung/hujan.
  5. Pada tepat jam 5.16 petang, tandakan garis bayang yang terhasil. Gunakan pen marker atau lekatkan masking tape lurus mengikut bayang2 untuk tulis/tandakan arah kiblat
  6. Bayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di arah bertentangan.
  7. Selesai tanda arah kiblat yang tepat.

NOTA: Garisan daripada bayang matahari tersebut akan terus menunjukkan ke arah Kaabah dan ianya merupakan arah kiblat yang tepat.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Istiwa Adzam bagi semakan arah kiblat, anda boleh melayari facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment