METMALAYSIA (Semak Ramalan Cuaca Radar Warning MyCuaca)

METMALAYSIA (Semak Ramalan Cuaca Radar Warning MyCuaca)

METMALAYSIA

Sekiranya anda ingin membuat semakan ramalan cuaca terkini, sudah semestinya anda ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan cara membuat semakan melalui Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi aplikasi MyCuaca, semoga membantu.

 

APA ITU MyCUACA METMALAYSIA

myCuaca telah dilancarkan pada 23 Mac 2015 dan merupakan aplikasi mudah alih MET Malaysia yang berperanan sebagai platform penyampaian maklumat dan amaran kepada orang awam. Tujuan utama pembangunan aplikasi mudah alih ini adalah untuk menyebarkan maklumat kritikal meliputi ramalan cuaca harian, maklumat dan amaran cuaca, kejadian gempa bumi dan tsunami.

 

MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI MyCUACA METMALAYSIA

Berikut adalah merupakan antara maklumat yang boleh diperolehi dalam aplikasi ini meliputi:

  • Maklumat dan amaran cuaca
  • Ramalan cuaca harian
  • Imej gema radar bagi cuaca semasa dan imej satelit terkini
  • Gempa bumi dan tsunami.

 

MUAT TURUN APLIKASI MyCUACA METMALAYSIA

Anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma dengan mengklik salah satu pautan di bawah:

NOTA: Anda dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi ini melalui sumber yang sah bagi mengelakkan peranti anda digodam oleh penjenayah siber.

 

PERKHIDMATAN TERSEDIA MyCUACA METMALAYSIA

Berikut adalah merupakan antara perkhdimatan yang tersedia menerusi Met Malaysia iaitu:

  1. Ramalan
    • Cuaca Utama
    • Cuaca Laut
    • Cuaca Interaktif
    • Cuaca Penerbangan
    • Nowcasting
    • Kriteria Amaran
  2. Pencerapan
    • Permukaan
    • Radar
    • Satelit
    • Sains Atmosfera
  3. Iklim
    • Sistem FDRS
    • Kemarau
    • Meteorologi Pertanian
    • Ramalan Bermusim
    • Laporan Ringkasan

 

CARA SEMAK RAMALAN CUACA MyCUACA METMALAYSIA

Kepada anda yang ingin membuat semakan ramalan cuaca, berikut adalah merupakan caranya:

  • Layari website rasmi Met Malaysia di pautan https://www.met.gov.my/ atau buka aplikasi MyCuaca
  • Pelbagai info terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Anda boleh dapatkan maklumat yang sahih melalui laman web ini dengan klik ramalan.
  • Kemudian pilih antara ramalan cuaca yang anda ingin ketahui
  • Paparan akan menunjukkan ramalan cuaca.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai ramalan cuaca MetMalaysia, anda boleh melayari pautan berikut:

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment