CARA AMBIL GAMBAR PASSPORT (Berapa Photo Size & Background Putih)

CARA AMBIL GAMBAR PASSPORT (Berapa Photo Size & Background Putih)

GAMBAR PASSPORT BACKGROUND

Gambar bersaiz pasport antara yang penting dalam urusan rasmi yang kebanyakkan akan digunakan untuk permohonan kerja, kemasukan taska, tadika, sekolah, universiti, permohonan pasport dan sebagainya jika berkaitan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara ambil gambar passport  dan background putih, semoga membantu.

 

 SPESIFIKASI GAMBAR PASSPORT

Berikut adalah merupakan spesifikasi gambar pasport secara asas:

  • Fokus/resolusi tinggi dan jelas.
  • Tiada redeye.
  • Tiada bayang-bayang.
  • Imej dari kepala ke dagu – mestilah antara 34mm dan 39mm tinggi.
  • Tiada garisan putih yang mengelilingi gambar kerana ini mungkin menjejaskan dimensi imej.
  • Gambar harus dicetak secara profesional

 

SAIZ GAMBAR PASSPORT

Gambar pasport mestilah dicetak secara profesional dengan ukuran:

  • Milimeter: 50mm tinggi x 35 mm lebar
  • Centimeter: 5.0cm tinggi x 3.5cm

 

PANDUAN AMBIL GAMBAR PASSPORT

Foto passport yang diambil mestilah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Berikut adalah merupakan panduan untuk mengambil gambar passport iaitu:

  • Ukuran saiz gambar mestilah 50mm X 35mm.
  • Passport photo size mestilah mengikut gambar malaysia yang terkini.
  • Latar belakang passport background mestilah berwarna putih.
  • Mod swafoto adalah dilarang.
  • Hendaklah berpakaian gelap ketika mengambil gambar dan wajah mestilah jelas tanpa halangan cahaya dan aksesori pada bahagian muka.
  • Pemohon yang berkaca mata tidak boleh memakai cermin mata ketika mengambil gambar.

 

CARA AMBIL GAMBAR PASSPORT SENDIRI

Berikut adalah merupakan cara untuk anda mencetak gambar passport sendiri iaitu:

  1. Ambilkan gambar anda. Sebaiknya anda berpakaian Lebih kemas jika berpakaian formal. Untuk memudahkan lagi, seelokknya anda ambil gambar berbacgroud kan dinding yang kosong.
  2. Layari website Remove Image Background https://www.remove.bg/
  3. Pada paparan utama klik pada Upload Image.
  4. Seterusnya masukkan gambar yang anda ambil tadi.
  5. Sekiranya anda ambil gambar yang berlatarkan pemandangan atau sebagainya, ianya akan auto hilang background tersebut
  6. Seterusnya anda klik pada edit dan boleh pilih background biru atau putih mengikut kesesuaian urusan atau tujuan anda
  7. Setelah klik pada anak panah tu untuk muat turun (download) gambar pasport tersebut. Gambar anda tersebut akan masuk dalam galleri phone anda.
  8. Seterusnya anda boleh mencetakkannya menerusi komputer atau laptop di rumah anda
  9. Pastikan setkan gambar saiz 5.0cm x 3.5 cm dan print dengan menggunakan glossy paper.
  10. Selesai, siap gambar pasport anda

 

CONTOH GAMBAR PASSPORT BACKGROUND PUTIH

Berikut adalah merupakan contoh gambar passport bersaiz dan background putih:

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment