KEMASKINI STR 2024 ONLINE (Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah)

KEMASKINI STR 2024 ONLINE (Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah)

KEMASKINI STR

Pasti anda tertanya-tanya, macam mana cara kemaskini STR 2024. Adakah masih perlu kemaskini kalau sudah layak STR 2023? Apakah maklumat yang perlu dikemaskini? Disini kami akan kongsikan kepada anda berkenaan maklumat kemaskini STR ini, semoga membantu.

 

TUJUAN KEMASKINI STR 

Tujuan kemas kini maklumat Permohonan STR 2024 adalah bagi membenarkan Permohonan STR yang berstatus Lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas

 

SIAPA YANG PERLU KEMASKINI STR 2024?

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  • Tidak mengemaskini permohonan 3 tahun berturut-turut sepanjang perlaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023
  • Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

 

ADAKAH PERLU KEMASKINI STR JIKA TIADA PERUBAHAN?

Bagi pemohon yang tidak perlu mengemaskini maklumat STR adalah seperti berikut:

  • tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat;
  • tidak perlu kemas kini permohonan bagi pemohon kategori Warga Emas dan pedalaman sekiranya tiada perubahan maklumat.

 

MAKLUMAT ASAS KEMASKINI STR

Berikut adalah merupakan maklumat asas yang perlu dikemaskini iaitu:

  1. Nombor Telefon Rumah Pemohon
  2. Nombor Telefon Bimbit Pemohon
  3. Pilihan Pekerjaan
  4. Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
  5. Pilihan Status Perkahwinan Pemohon
  6. Nombor Poskod Pemohon
  7. Pilihan Nama Bank Pemohon
  8. Masukkan Nombor Akaun Bank
  9. Alamat e-mel

 

TEMPOH KEMAS KINI STR

Tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah 2024 akan dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023

 

CARA KEMASKINI STR 2024 SECARA ONLINE

Ikut langkah di bawah untuk buat proses kemaskini yang ringkas:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
  2. Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2024
  4. Klik butang Kemas Kini setelah berjaya log masuk MySTR.
  5. Pada bahagian Maklumat Pemohon, lengkapkan yang diperlukan Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
    • Maklumat permohonan akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat terkini permohonan yang dihantar secara dalam talian atau berdasarkan permohonan BKM 2022.
    • Kemas Kini ruangan berikut jika ada perubahan maklumat:
      • Nombor Telefon Rumah Pemohon
      •  Nombor Telefon Bimbit Pemohon
      • Pilihan Pekerjaan
      • Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
      • Pilihan Status Perkahwinan Pemohon:-
        • Kahwin
        • Cerai
        • Kematian Pasangan
        • Bujang
      •  Jika pilihan Status Perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian
        Pasangan, isikan maklumat Tarikh Status Perkahwinan. Ruangan tarikh ini
        merujuk kepada Status Perkahwinan,

        • Jika Kahwin, masukkan tarikh perkahwinan
        • Jika Cerai, masukkan tarikh perceraian
        • Jika Kematian Pasangan, masukkan tarikh kematian pasangan
      •  Alamat Surat-Menyurat Pemohon.
        • Maklumat Bandar dan Negeri akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat Poskod yang diisi.
      • Nombor Poskod Pemohon.
      • Pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif. Rujuk lampiran Senarai Bank. Masukkan Nombor Akaun Bank
      • Alamat e-mel
  6. Pada bahagian Maklumat Pasangan, Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
    • Pilih Jenis Pengenalan Pasangan
      • No. MyKad / MyPR / MyKAS
      • Sijil Lahir
      • No. Pasport
    •  Masukkan Nombor Pengenalan Pasangan.
      • Jika nombor pengenalan pasangan wujud pada data JPN, maklumat Nama
        dan Jantina akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda.
      • Jika tidak wujud pada data JPN, permohonan tidak boleh diteruskan dan
        paparan berikut akan dipaparkan:
      • Jika jenis pengenalan pasangan adalah Sijil Lahir / No. Pasport, ruangan
        Nama dan Jantina perlu diisi oleh pemohon. Salinan dokumen pengenalan
        pasangan perlu dikemukakan ke LHDNM.
      • Sekiranya maklumat pasangan telah wujud pada permohonan lain,
        permohonan tidak boleh diteruskan. Sila rujuk LHDNM berhampiran.
    • Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
    • Isikan pilihan Pekerjaan
    • Isikan pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih
      aktif. Rujuk lampiran Senarai Bank. Masukkan Nombor Akaun Bank
  7.  Pada bahagian Maklumat Anak, perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
    • Pemakluman mengenai Maklumat Anak
    •  Tindakan seterusnya seperti berikut:
      • Masukkan Nombor Pengenalan Anak (MyKad / MyKid sahaja).
      • Jika nombor pengenalan Anak wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Umur
        akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda. Salinan Sijil Kelahiran
        Anak perlu dikemukakan ke LHDNM berhampiran.
      • Jika tidak wujud pada data JPN, maklumat anak tidak boleh diisi.
    •  Pilih Status Anak
      • Anak Kandung
      • Anak Angkat
    •  Anak terhad kepada 5 orang sahaja untuk diisi.
  8. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
  9. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha
  10. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang berikut
  11. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan
  12. . Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

 

CARA KEMASKINI STR SECARA  MANUAL

  • Borang kemas kini boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi MySTR  atau boleh didapati di Cawangan / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.
  • Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan STR 2023 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.

Nota: Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat Permohonan STR 2023 secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) KEMAS KINI STR

Apa yang boleh dikemaskini STR 2024?

  • Secara amnya, cara kemas kini BKM  ini adalah berdasarkan berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda boleh update di MySTR

Nombor akaun bank STR terkini

  • Ini adalah bahagian yang paling penting sekali dalam kemas kini. Jika akaun bank tidak aktif, duit tidak dapat dimasukkan

Status perkahwinan STR terkini

  • Jika anda sudah berkahwin, sila kemas kini maklumat anda  jika status masih bujang.
  • Jika anda sudah bercerai atau berpisah, jangan lupa kemas kini jika status masih berkahwin.
  • Bagi golongan Bujang, tidak perlu buat apa-apa jika status masih lagi bujang.

Nombor telefon STR terkini

  • Jika anda ada menukar nombor telefon baru, anda perlu mengemaskini.
  • Jika gagal untuk kemaskini dengan nombor telefon yang baru, ada kemungkinan anda tidak akan terima SMS dan notifikasi berkenaan pembayaran dan lain-lain lagi perkara yang penting.

Maklumat anak STR terkini

  • Jika jumlah anak bertambah; contohnya dari 1 kepada 2; anda perlu mengemaskini juga
  • Selepas mengikuti panduan dan cara kemas kini ini; dan hanya selepas proses kemas kini diterima oleh pihak LHDN, barulah anda boleh buat semakan SEMAKAN STR untuk melihat status samada lulus atau tidak apabila dibuka kelak.

 Ada Masalah Nak Kemaskini STR?

  • Jika ada sebarang pertayaan, sila hubungi nombor hotline STR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
    • 1-800-88-2747
  • Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
    • 03- 89111000

ARTIKEL LAIN

31 thoughts on “KEMASKINI STR 2024 ONLINE (Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah)”

  1. Rumah sewa saya ingin berniaga pehatar gas masak saya ada kemahiran meniaga dan saya ada. Pelanggan gas pun saya ada saya amat berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan saya.

    Balas
  2. Bpn saya tidak lulus ,,, alasan pndapatan melebihi 8k,, sedangkan saya baru berhnti kerja pada bulan Januari 2020,, sekarang bekerja pmbntu di kedai makan,,bsh tiada dlam rekod sedangkan saya sudah isi online,, cuma tunggu keputusan ,, tahu2 dapat jawapan tiada dalam rekod bsh,,

    Balas
  3. nama saya norashan bin pindi
    saya ingin mohon..betul ke orang bujang tak layak dapat duit bsh itu..kenpa ya..boleh thu..

    Balas
  4. Kemasukan bsh sya rm460 saja.. tiada tambahan, utk bayaran anak pn tiada.. harap pihak lhdn ada jawapan utk masaĺah ini..

    Balas
  5. Apesal suit FASA 1dan2 ..boleh masuk dalam account bank automatic.. Fasa3 dalam process.. Lagi suit FASA 3ade dapat me take.ape maksuk dalam process… Take faham langsun

    Balas

Leave a Comment