CARA LANGGAN Apple TV+ (DAFTAR, DOWNLOAD & TENGOK DI TV)

CARA LANGGAN Apple TV+ (DAFTAR, DOWNLOAD & TENGOK DI TV)

CARA LANGGAN Apple TV+

Mungkin kita sudah biasa dengan saluran Nextflix, apa kata anda cuba untuk melihat apa yang ditawarkan oleh Apple TV+.

 

Untuk itu, anda boleh cuba cara langgan Apple TV+ seperti dibawah ini. Mungkin ada yang menarik atau lagi seronok jika anda adalah pengguna Apple.

 

APA ITU APPLE TV+

 

Ramai sudah tahu yang Apple adalah salah satu syarikat teknologi terbesar dipasaran malahan Apple mempunyai ramai peminat diserata dunia. Manakala Apple TV+ pula adalah salah satu saluran penstriman online yang mana pengguna boleh menonton filem, drama ataupun rancangan terpilih secara online streaming melalui Apple TV+. Mula dilancarkan pada 1 November 2019, anda boleh menikmati siri drama, rancangan keluarga, dokumentari, komedi dan banyak lagi melalui Apple TV+.

 

Jom terokai lebih lanjut mengenai Apple TV+!

 

CHECKLIST SEBELUM DAFTAR APPLE TV+

 

Sebelum membuat pendaftaran, anda perlu menyediakan beberapa perkara iaitu :

 

  • Apple ID. Pastikan anda sudah mempunyai akaun Apple ID
  • Kad kredit/debit untuk bahagian payment method. Anda kena masukkan butiran kad tersebut pada bahagian payment method.
  • Jika anda mempunyai peranti Apple TV+ itu lebih memudahkan untuk membuat sambungan. Namun, anda juga boleh menonton melalui web browser, PC, Playstation ataupun Xbox.

 

CARA LANGGAN APPLE TV+

 

Untuk melanggan Apple TV+, anda perlu mempunyai Apple TV app. Namun, jika anda pengguna Apple, aplikasi tersebut sudah tersedia dalam perantai anda. Jangan risau, aplikasi Apple TV boleh di muat turun, atau boleh menonton melalui web browser.

 

Berikut adalah cara untuk melanggan Apple TV+ :

  1. Sediakan Apple ID anda, jika belum anda diminta untuk mendaftar Apple ID terlebih dahulu.
  2. Jika anda sudah mempunyai aplikasi Apple TV, tekan butang Start Watch. Kemudian pergi ke Setting.
  3. Klik pada butang Accounts dan tekan Sign In.
  4. Masukkan ID dan kata laluan Apple anda.
  5. Jika and belum mempunyai langganan Apple TV+. Tekan butang Watch Now, skrol ke bawah untuk Saluran dan klik butang Apple TV+.
  6. Pilih tawaran Free Trial.
  7. Jika anda diminta untuk masukkan butiran bayaran, kemaskin maklumat bayaran pada maklumat bayaran di Apple ID anda. Selepas tawaran percuma ditamatkan, anda akan dikenakan secara automatik melalui kad debit/kredit yang telah didaftarkan.
  8. Tekan butang Confirm dan anda boleh mula menonton.

 

SOALAN LAZIM

 

Berapakah bayaran langganan Apple TV+?

Langganan Applet TV+ hanya sebanyak RM19.00 sahaja sebulan. Ianya termasuk kedalam pakej Apple One iaitu merangkumi Apple music, Apple TV+ dan Arcade(permainan) dan tambahan sebulan percuma jika anda pengguna baharu.

 

Boleh tak saya kongi Apple TV+?

Semestinya boleh. Anda boleh berkongsi sehingga lima orang/peranti.

 

Perlu ke saya beli APPLE TV 4K untuk tengok Apple TV+?

Tidak, anda tiak perlu berbuat demikian, Apple TV+ boleh ditonton dimana -mana peranti atau Smart TV.

 

Boleh tak saya download Apple TV+?

Boleh, anda boleh muat turun dan boleh menonton dimana sahaja sekalipun tiada talian internet.

 

Semoga dengan cara langgan Apple TV+ ini anda dapat menikmati rancangan kegemaran melalui Apple TV+. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Apple TV+, klik pada pautan ini Apple TV+

Artikel Lain :

CARA LANGGAN ASTRO NJOI
CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO
CARA DAFTAR SOOKA PLATFORM STRIM SIARAN LANGSUNG(Sukan & Hiburan Tempatan)
CARA LANGGAN NJOI HD

CARA LANGGAN NEXFLIX MALAYSIA

CARA LANGGAN iQIYI Video (DAFTAR , DOWNLOAD & TENGOK DI TV)

CARA LANGGAN VIU (DAFTAR , DOWNLOAD & TENGOK DI TV)

CARA LANGGAN iFLIX (DAFTAR , DOWNLOAD & TENGOK DI TV)

 

 

Tags: #APA ITU APPLE TV+ #Berapakah bayaran langganan Apple TV+? #Boleh tak saya download Apple TV+? #Boleh tak saya kongi Apple TV+? #CARA BELI Apple TV+ #CARA DAFTAR Apple TV+ #CARA LANGGAN Apple TV+ #CARAREGISTER Apple TV+ #CHECKLIST SEBELUM DAFTAR APPLE TV+ #Perlu ke saya beli APPLE TV 4K untuk tengok Apple TV+?

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "CARA LANGGAN Apple TV+ (DAFTAR, DOWNLOAD & TENGOK DI TV)"