CARA MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19

CARA MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19

CARA MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19
Tujuan utama Bantuan Khas Covid-19 adalah bagi membantu pekerja dan majikan untuk mengurangkan kos operasi dengan memberi cuti kepada pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

SYARAT MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19

1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

2.Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

KADAR BANTUAN KHAS COVID-19

RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19.

CARA BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19
Diberikan sekali sahaja(One-Off).

CARA MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19

1.MUAT TURUN DOKUMEN
Muat turun dokumen-dokumen di Portal Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Terdapat 3 jenis dokumen yang perlu dimuat turun :

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

2.HANTAR PERMOHONAN KE NADMA Setelah permohonan anda lengkap, hantar permohonan anda melalui pos ke NADMA di alamat:-


Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Jabatan Perdana Menteri

Aras 7, Blok D5, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

  1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
  2. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
  4. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  5. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
  6. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
  7. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)
  8. Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.

4.Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)

5.Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)

# sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

CARA BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

#NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Tags: #CARA BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 #CARA MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19 #SYARAT MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin
    1. author

      Randall9 months ago

      Very good and fast Service; thank you !!!

      Reply

    Leave a reply "CARA MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19"