CARA MEMOHON BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ (RM300)

CARA MEMOHON BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ (RM300)

BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ (RM300)

Bantuan Khas Musaadah Khaira adalah satu inisiatif PPZ-MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ DILANCARKAN

Ia dilancarkan pada 1 April 2020 dengan dana permulaan RM1juta diperuntukkan oleh PPZ-MAIWP dalam usaha membantu semua warganegara Malaysia yang memerlukan tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

PENGENALAN BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ

Bantuan Khas Musaadah Khaira ini adalah khusus untuk warganegara Malaysia yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

TUJUAN BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.
  • Menyahut seruan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar Institusi Zakat lebih proaktif dalam membantu mereka yang memerlukan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.
  • Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
  • Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.

CARA MEMOHON BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ(RM300)

Permohonan perlu dibuat hanya melalui atas talian sahaja (online) dengan melayari musaadahkhaira.zakat.com.my. Permohonan boleh dibuat bermula pada 1 April 2020.

TUTORIAL MEMOHON BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ

Berikut adalah tutorial untuk memohon :

BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ (RM300)BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ (RM300)BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ (RM300)BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ (RM300)BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ (RM300)BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ (RM300)BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ (RM300)

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan
  • Bagi Peniaga / Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen
  • Akaun Bank – Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.
  • Dokumen sokongan boleh diserahkan dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dokumen dan muat-naik (upload) di dalam borang permohonan.

 

KADAR BANTUAN BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ

Kadar bantuan adalah berbentuk ‘one off ‘ (sekali dapat) berjumlah RM 300 sahaja bagi setiap keluarga. Permohonan kali kedua adalah tidak dibenarkan demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.

CARA  SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ

Untuk mengetahui status permohonan bantuan Musaadah Khaira-PPZ ini, anda boleh menyemak dengan memasukkan pengenalan diri di laman utama.

CARA BAYARAN BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ

Bayaran bantuan akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang update atau pertanyaan mengenai permohonan ini, sila ajukan pertanyaan melalui medium berikut:

Facebook Page: Khaira PPZ

Laman web rasmi Musaadah Khaira PPZ

Tags: #BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ #BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ (RM300) #CARA  SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ #KADAR BANTUAN BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ #SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ #SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    eRumah Johor 2022:DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
    eRumah Johor 2022:DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR   APA ITU eRumah
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP (Bulan Disember 2022)
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP (Bulan Disember 2022)   APA ITU ePenyata
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)   Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    DELIMa KPM 2022 (Cara Log Masuk Guna ID)
    DELIMa KPM 2022 (Cara Log Masuk Guna ID)   APA ITU DELIMa KPM
    1. author

      [email protected] bin ab halim2 tahun ago

      Di sebabkan covid19 ni sy telah kehilangan perkerjaan,jadi dengan bantuan ini dapat lah meringankan beban pebelanjaan keluarga saya.

      Reply

    Leave a reply "CARA MEMOHON BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ (RM300)"