CARA MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN
Kerajaan sedar bahawa PKS merupakan tunjang utama ekonomi negara. Sektor ini menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40 peratus kepada ekonomi. Oleh itu, adalah penting kita pastikan sektor PKS dapat terus cekal dan mampan dalam menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi yang melanda kita semua pada waktu ini.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN(GKP)?
Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
TERBARU : TARIKH BAYARAN i-LESTARI KWSP
NILAI GERAN KHAS PRIHATIN
Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.
SEMAKAN KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
– Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
– Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
- Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia
TARIKH PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN
Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.
APA ITU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)?
KAEDAH BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.
CARA MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.
TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020.
CONTOH SITUASI
Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon Geran Khas PRIHATIN?
Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon
BACA DISINI UNTUK PANDUAN LENGKAP : DAFTAR, LOGIN,PERMOHONAN & SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN
Tags: #APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN(GKP)? #CARA MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN #GERAN KHAS PRIHATIN(GKP) #PORTAL GKP #SEMAKAN KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN #TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN #TARIKH PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN
Rodzila binti mohd basir2 tahun ago
Sy memerlukan geran khas prihatin
Nor izani binti kamaruzaman2 tahun ago
Nor izani binti kamaruzaman
Saya memerlukan geran khas prihatin
Ewe Beng Imm2 tahun ago
kami mempunyai 2 buah syarikat bagaimana caranya untuk memohon?
TAVANESWARAN DASARAJAN2 tahun ago
Boleh tolong untuk memohon geran khas prihatin…