CARA MEMOHON PENGELUARAN I-LESTARI AKAUN 2 KWSP

CARA MEMOHON PENGELUARAN I-LESTARI AKAUN 2 KWSP
CARA MEMOHON PENGELUARAN I-LESTARI AKAUN 2 KWSP
PENGENALAN

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik,

KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

Kerajaan Malaysia baharu sahaja mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion.

Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

TUJUAN KERAJAAN MEMBENARKAN PENGELUARAN I-LESTARI AKAUN 2 KWSP

1.Membantu rakyat untuk mempunyai lebihan wang untuk membeli barang keperluan harian.

Melalui inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% yang berkuatkuasa pada bulan April 2020 akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang barang keperluan harian.

Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barangbarang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga. Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing.

2.Memastikan aliran tunai dalam negara lancar

Jika rakyat mempunyai wang untuk berbelanja, maka bidang perniagaan dalam negara juga turut mendapat manfaat ekonomi.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda memang boleh mengeluarkan sebahagian wang dariapda akaun 2 KWSP tetapi hendaklah membuat sebab yang dibenarkan. Berikut adalah senarai 17 sebab yang dibenarkan :

  1. Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP
  2. Pengeluaran Pendidikan
  3. Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah
  4. Bina Rumah
  5. Mengurangkan Atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  6. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  7. Perumahan Fleksibel
  8. Perumahan PR1MA
  9. Pengeluaran KWSP Untuk Haji
  10. Kesihatan
  11. Simpanan Melebihi 1 Juta
  12. Hilang Upaya
  13. Meninggalkan Negara
  14. Meninggal Dunia
  15. Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan
  16. Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun
  17. Pengeluaran KWSP Umur 60 Tahun

CARA MEMOHON PENGELUARAN I-LESTARI AKAUN 2 KWSP

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui tiga saluran berikut:

i. Secara dalam talian(e-Pengeluaran melalui i-Akaun);atau

ii. Secara e-mel kepada [email protected]; atau

iii. Secara pos/pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran iLestari)

Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja.

APAKAH FUNGI FASILITI PENGELUARAN I-LESTARI AKAUN 2 KWSP?

Ia merupakan satu kemudahan pengeluaran wang KWSP dari Akaun 2 ahli.

BERAPA JUMLAH MAKSIMUM PENGELUARAN YANG DIBENARKAN?

Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan

BAGAIMANAKAH CARA PENGELUARAN I-LESTARI AKAUN 2 KWSP?

Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON PENGELUARAN I-LESTARI AKAUN 2 KWSP?

Maklumat akan menyusul nanti.

BILAKAH PENGELUARAN I-LESTARI AKAUN 2 KWSP DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN BANK AHLI ?

Bermula Mei 2020

BILAKAH TARIKH PENDAFTARAN BERMULA?

-Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos

-Bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian

SYARAT MEMOHON PENGELUARAN  I-LESTARI AKAUN 2 KWSP?

Maklumat akan menyusul nanti.

BERAPAKAH TEMPOH MAKSIMUM PENGELUARAN  I-LESTARI AKAUN 2 KWSP?

Tempoh maksimum adalah 12 bulan.

KESIMPULAN MEMOHON PENGELUARAN  I-LESTARI AKAUN 2 KWSP

Disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian kerana proses yang mudah dan cepat (dalam masa 3 hari). Permohonan secara  manual  akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilaksanakan secara manual.

Butiran selanjutnya akan dipaparkan di laman sesawang, Facebook dan Twitter KWSP dalam masa terdekat. Ahli KWSP diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dengan pihak KWSP.

Tags: #BAGAIMANAKAH CARA PENGELUARAN I-LESTARI AKAUN 2 KWSP? #BILAKAH PENGELUARAN I-BESTARI AKAUN 2 KWSP DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN BANK AHLI ? #CARA MEMOHON PENGELUARAN I-BESTARI AKAUN 2 KWSP #CARA MEMOHON PENGELUARAN I-LESTARI AKAUN 2 KWSP #CARA MEMOPENGELUARAN I-LESTARI AKAUN 2 KWSP

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE   Maklumat terkini tentang
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)   APA ITU SISTEM iSEJAHTERA
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN)
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN) Jika
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ   Tourism Malaysia hari
    1. author

      normah bt musa2 years ago

      cara memohon pengeluaran i bistari akaun 2 kwsp.

      Reply
    2. author

      Mohd najib bin khalid2 years ago

      Mna cara ni adoiii

      Reply
    3. author

      Siti aishah balqish bt abdullah2 years ago

      Saya nk mohon pengeluaran i bestari akaun 2 kwsp

      Reply
    4. author

      mohd halim bin [email protected]2 years ago

      pengeluaran kwsp i bestari rm500

      Reply
    5. author

      Mohd Hanafi bin Ngah2 years ago

      Ingin membuat pengeluaran

      Reply
    6. author

      Afiza bt abu bakar11 months ago

      Pengeluaran akaun 1 kwsp

      Reply
    7. author

      mohd faris bin hamdan10 months ago

      “CARA MEMOHON PENGELUARAN i-LESTARIAKAUN 2 KWSP..SAYA INGIN MEMOHON PENGELURAN WANG DARI KWSP BERNILAI RM500..TERIMA KASIH..

      Reply

    Leave a reply "CARA MEMOHON PENGELUARAN I-LESTARI AKAUN 2 KWSP"