CARA MEMOHON PROGRAM SUBSIDI UPAH

CARA MEMOHON PROGRAM SUBSIDI UPAH

CARA MEMOHON PROGRAM SUBSIDI UPAH untuk menerangkan cara memohon program subsidi upah yang diumumkan menerusi PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT 2020.

APAKAH PROGRAM SUBSIDI UPAH?

Program ini merupakan perluasan kepada Program Pengekalan Pekerja( Employment Rention Program-ERP) iaitu bantuan kewangan  segera bagi membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan melebihi 50% supaya dapat mengekalkan pekerja yang bergaji RM4000 dan ke bawah.

Program ini menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan. Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020.

Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan. Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada perkerja. Langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.

CARA MEMOHON PROGRAM SUBSIDI UPAH

KADAR BANTUAN  PROGRAM SUBSIDI UPAH
sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja.

TEMPOH BANTUAN  PROGRAM SUBSIDI UPAH
Tiga bulan sahaja( April, Mei dan Jun)

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH
– majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020

-kelayakan subsidi adalah berdasarkan pekerja yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan(SIP).

– pekerja yang bergaji RM4000 dan ke bawah

– Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan

-Majikan tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada.

CARA MEMOHON PROGRAM SUBSIDI UPAH

Permohonan perlu dilakukan oleh majikan melalui portal PERKESO mulai 1 April 2020.

PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)

Program ini bertujuan untuk membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji (CTG). Tarikh kuatkuasa Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) adalah mulai 1 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan oleh PERKESO.

Melalui Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) ialah bantuan segera (immediate assistance) sebanyak RM600 sebulan kepada majikan bagi setiap pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji akibat penularan Covid-19.

SYARAT KELAYAKAN ERP

  • ERP meliputi semua pekerja sektor swasta yang telah berdaftar dan mencarum dengan SIP termasuk pekerja sambilan yang telah mencarum dengan SIP.
  • Terhad kepada pekerja yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja.
  • Majikan yang melaksanakan CTG (notis yang telah dikeluarkan kepada pekerja bagi tempoh mulai 1 Mac 2020)

    KADAR BANTUAN ERP
    Kadar bayaran bantuan kewangan adalah pada kadar tetap sebanyak RM600 sebulan

    CARA MEMOHON ERP
    Permohonan secara dalam talian yang akan dimaklumkan kemudian melalui Pekeliling Majikan yang dikeluarkan oleh PERKESO. Majikan yang telah memenuhi boleh menghantar permohonan secara dalam talian.Semua permohonan ERP daripada majikan hanya boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020.

          DOKUMEN SOKONGAN ERP

  • Surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat
  • Majikan perlu mengisi maklumat lengkap di Borang Permohonan ERP C19 yang akan diedarkan bersama Pekeliling Majikan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1300-22-8000 atau emel kepada [email protected]

Tags: #APAKAH PROGRAM SUBSIDI UPAH? #Borang Permohonan ERP C19 #CARA MEMOHON ERP #CARA MEMOHON PROGRAM SUBSIDI UPAH #DOKUMEN SOKONGAN ERP #KADAR BANTUAN  PROGRAM SUBSIDI UPAH #PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP) #SYARAT KELAYAKAN ERP #SYARAT KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH #TEMPOH BANTUAN  PROGRAM SUBSIDI UPAH

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah

    Leave a reply "CARA MEMOHON PROGRAM SUBSIDI UPAH"