CARA MENDERMA KEPADA TABUNG COVID-19

CARA MENDERMA KEPADA TABUNG COVID-19

 

CARA MENDERMA KEPADA TABUNG COVID-19

CARA MENDERMA KEPADA TABUNG COVID-19



Ekoran kepada penyebaran wabak Covid-19 yang semakin menganas dan melibatkan banyak mangsa yang terjejas, kerajaan Malaysia telah melancarkan Tabung Covid-19 untuk membantu mangsa kuarantin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan melancarkan Tabung COVID-19 dengan dana permulaan RM1 juta, bagi bantu rakyat yang terjejas akibat tidak dapat bekerja kerana dikuarantinkan.

Perdana Menteri berkata, semua pihak sama ada orang ramai dan syarikat diminta menyumbang kepada tabung berkenaan yang akan diagihkan semula kepada pihak yang memerlukan.

Sudah menjadi kebiasan kepada rakyat Malaysia, mereka semua sangat peka kepada kesusahan dan musibah yang melanda di negara ini mahupun di luar negara. Rakyat Malaysia sangat prihatin dan saling membantu bagi meringan beban dan kesusahan yang ditanggung oleh mereka yang dilanda musibah dan bencana.

CARA MENDERMA KEPADA TABUNG COVID-19

Dalam tempoh yang terdekat, kerajaan biasanya akan memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia nombor akaun untuk disalurkan derma kepada Tabung Covid-19.

Maklumat akaun Tabung Bantuan Bencana Negara

1601-0001138-71-4
BANK MUAMALAT

Anda sebagai warganegara yang bertanggungjawab hendaklah menyebarkan maklumat yang tepat dan betul tentang maklumat yang berkaitan Tabung Covid-19.

Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan nombor akaun yang salah untuk kepentingan peribadi. Perkara seperti ini telah berlaku semasa kewujudan tabung harapan suatu ketika dahulu.

GALAKAN DARIPADA KERAJAAN UNTUK MENDERMA KEPADA TABUNG COVID-19

Kita sebagai rakyat Malaysia berharap pihak kerajaan memberi galakan kepada rakyat untuk menderma kepada tabung ini. Contohnya galakan adalah seperti pengecualian cukai dan insentif khusus untuk mengalakkan rakyat dan syarikat untuk menderma dan seterusnya membantu mangsa wabak Covid-19.

Biasanya pihak kerajaan akan mengumunkan jumlah kutipan secara berkala juga mengalakkan semangat rakyat Malaysia untuk terus membantu mangsa Covid-19.

Media elektronik dan media cetak tempatan juga perlu bersungguh-sungguh membantu menganjurkan kempen derma kepada Tabung Covid-19 untuk menjayakan Tabung Covid-19 di Malaysia.
Semoga rakyat Malaysia menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat dunia dalam usaha saling membantu meringankan beban mangsa Covid-19 di Malaysia. Untuk maklumat lanjut berkaitan wabak Covid-19 layari portal Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Tags: #CARA MENDERMA KEPADA TABUNG COVID-19 #GALAKAN DARIPADA KERAJAAN UNTUK MENDERMA KEPADA TABUNG COVID-19 #TABUNG COVID-19

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM Kepada

    Leave a reply "CARA MENDERMA KEPADA TABUNG COVID-19"