CARA MOHON BANTUAN IBU TUNGGAL

CARA MOHON BANTUAN IBU TUNGGAL
CARA MOHON BANTUAN IBU TUNGGAL
Sebenarnya ibu tunggal memerlukan pelbagai bentuk bantuan, terutamanya wang tunai dan barang keperluan harian untuk memastikan diri mereka dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan. Namun demikian, ibu tunggal juga memerlukan bantuan dalam bentuk nasihat guaman, pendidikan anak-anak, pemeriksaan kesihatan dan juga bantuan latihan kemahiran serta modal untuk memulakan perniagaan.

Sila buat PENDAFTARAN IBU TUNGGAL, SINGLE MOTHER PADA PORTAL JKM & JPW untuk layak BANTUAN PENJANA TUNGGAL RM300

Malangnya, mereka tidak dapat akses maklumat yang tepat dan mudah untuk memohon bantuan yang disenaraikan tadi. Bagaimanakah cara mohon bantuan ibu tunggal di Malaysia? Untuk memudahkan ibu tunggal di Malaysia, kami akan membantu anda untuk cara mohon bantuan ibu tunggal yang terkini.

1.JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Biasanya setiap daerah/jajahan ada sebuah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Anda boleh hadir ke situ dan tanya tentang bantuan ibu tunggal. Kakitangan JKM akan membantu anda dengan memberi borang dan menyatakan dokumen yang perlu disediakan untuk memohon bantuan ini.

Jika anda tidak dapat hadir ke pejabat JKM, hubungi pejabat JKM dan tanya tentang bantuan ibu tunggal. Muat turun borang permohonan di portal JKM dan hantar permohonan anda.

2. INISIATIF IBU TUNGGAL

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi wanita dan ibu tunggal menyediakan inisiatif kemahiran dalam bidang teknikal untuk mereka. Ini adalah peluang keemasan bagi para ibu tunggal mendapatkan latihan yang betul dan tepat untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih baik lagi.

3.LATIHAN DAN BENGKEL PERNIAGAAN

 

Latihan dan bengkel perniagaan untuk ibu tunggal memulakan perniagaan juga telah lama diwujudkan. Sokongan yang padu dan pertolongan yang rapi dari Persatuan Witus akan memberi impak yang positif kepada para ibu tunggal. Perniagaan berdasarkan minat seperti memasak, buat kek dan lain-lain lagi boleh dilakukan. Jom lihat maklumat yang berkaitan Ibu Tunggal Witus di sini.

4. JABATAN  BANTUAN GUAMAN(JBG)

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) bersedia membantu ibu tunggal :

• Memberikan bantuan guaman dan  khidmat nasihat kepada golongan  yang kurang berkemampuan dalam  semua perkara undang-undang

  • Mewakili atau memberikan bantuan guaman dalam prosiding di semua mahkamah
  • Memberikan khidmat pengantaraan
  • Memberikan kesedaran undang-undang kepada masyarakat tentang hak mereka di bawah undang-undangHubungi JBG berhampiran dengan anda jika memerlukan bantuan.• Ibu Pejabat, Jabatan Perdana Menteri Aras 1, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62692 Putrajaya

Tel: 03-8885 1000 / Faks: 03-88851829/1830/1831

  • JBG Kuala Lumpur -Tel : 03-26942700
  • JBG Selangor – Tel : 03-55106192 / 03-55106298
  • JBG Negeri Sembilan – Tel : 06-7630457 / 06-7637230
  • JBG Melaka -Tel : 06-2345270
  • JBG Johor -Tel: 07-2234960 / 07-2237073
  • JBG Muar – Tel: 06-9522410
  • JBG Pahang- Tel: 09-5161135 / 09-5162639
  • JGB Raub-Tel: 09-3553677
  • JBG Terengganu- Tel : 09-6203244
  • JBG Kelantan -Tel: 09-7482548 / 09-7445075
  • JBG Gua Musang – No Tel: 09-9123688
  • JBG Perak – No Tel: 05-2544027 / 05-2552240
  • JBG Taiping -Tel: 05-8082701 /05-8069452
  • JBG Pulau Pinang -Tel: 04-2290966/04-2295966
  • JBG Kedah -Tel: 04-7001553
  • JBG Langkawi -Tel: 04-9698180 / 04-9698183
  • JBG Perlis -Tel: 04-9767739
  • JBG Sabah-Tel: 088-488434
  • JBG WP Labuan-Tel: 087-412242
  • JBG Sarawak-Tel: 082-258699
  • JBG Miri- Tel: 085-423606
  • JBG Sibu-Tel: 084-343978
  1. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bersedia membantu ibu tunggal
  • Khidmat nasihat dan perundangan
  • Bantuan pendahuluan dana nafkah
  • Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah
  • BSK Transit (menyediakan perkhidmatan rumah)

Hubungi JKSM  berdekatan dengan anda jika memerlukan bantuan :

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)

Tel : 03-22739112 / 8112

Talian perhubungan seksyen BSK negeri-negeri:

  • JKSN Johor Tel: 07-2199000 (9056)
  • JKSN Kedah Tel: 04-7001575
  • JKSN Kelantan Tel: 09-7482206
  • Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka – Tel : 06-2332061
  • JKSN Negeri Sembilan
  • JKSN Pahang Tel: 09-5177966
  • JKSN Perak Tel: 05-5018461 / 05-5018527
  • JKSN Perlis Tel: 04-9774846
  • Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara Tel : 04-5753385
  • JKSN Sabah Tel: 088-253579
  • JKSN Negeri Sarawak Tel: 082-257258
  • JKSN Selangor Tel: 03-55191294
  • JKSN Terengganu Tel: 09-6232323 (2306)
  1. JABATAN PEMBANGUNAN WANITA(JPW)Bantuan di bawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW):
    -Program Peningkatan Kemahiran dan Pendapatan iaitu “Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal” atau I-KIT.

-Bantuan untuk Kesejahteraan Emosi iaitu Perkhidmatan kaunseling

Hubungi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) berhampiran dengan anda :

  • WP KL Tel: 03-26922004
  • Selangor Tel: 03-55118891
  • Perlis Tel: 04-9778400
  • Kedah Tel: 04-7322855 / 7322881
  • Pulau Pinang Tel: 04-2274993 / 2286245
  • Johor Tel: 09-2242299
  • Kelantan Tel: 09-7741005
  • Melaka Tel: 06-2922172
  • Sembilan Tel: 06-7632859
  • Pahang Tel: 09-5681950
  • Perak Tel: 05-2531320
  • Terengganu Tel: 09-620334
  • WP Labuan Tel: 087-426418

7.KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA(KPM)

Bantuan persekolahan (meliputi bantuan pakaian seragam, bantuan yuran persekolahan/ peperiksaan)

Hubungi KPM untuk mendapatkan maklumat bantuan berkaitan ibu tunggal :

Kementerian Pelajaran Malaysia Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604, Putrajaya

Tel : 603-8884 6000/ 603-7723 7070

Faks : 603-8888 8431

Emel : [email protected]

8. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT(KPWKM)

E-Kasih

Satu pengkalan data untuk menyimpan maklumat seluruh golongan berpendapatan rendah yang terdapat di Malaysia. Ibu tunggal di galakkan untuk mendaftar bagi tujuan saluran bantuan daripada pihak kerajaan

a) Bantuan Sara Hidup 2020

Jikalau nama anda tersenarai dalam senarai portal pembasmian kemiskinan e kasih anda layak mendapat bayaran melalui semakan bantuan sara hidup 2020 sebanyak RM1,200 setahun.Dan setiap anak-anak, anda juga dapat tambahan Rm120 setiap seorang.

  1. b) Bantuan Ekasih KWSP Isuri

Ada berita baik untuk anda, jikalau anda tersenarai dalam pengkalan data, secara automatiknya anda selaku isteri akan menerima pembayaran caruman KWSP suri rumah di bawah nama Program Sukarela Insentif (SURI) . Program ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk membantu golongan wanita terutamanya suri rumah di Malaysia.

  1. c) Daftar Ekasih Tnb

Berdasarkan pengumuman pembentangan Bajet 2020 atau Belanjawan 2020 Malaysia, jikalau anda merasakan anda perlu dibantu, dan senarai nama anda lulus untuk dimasukkan dalam portal pembasmian kemiskinan, anda layak mendapat semakan rebat elektrik tnb secara percuma yang bernilai RM40 sebulan.

PERMOHONAN ONLINE E-KASIH IBU TUNGGAL

Seperti dimaklumkan, proses pendaftaran dan permohonan baru eKasih 2020 boleh dibuat terus di portal rasmi https://e-kasih.icu.gov.my

9)LEMBAGA/PUSAT ZAKAT DI NEGERI MASING-MASING

Bantuan zakat yang berkaitan ibu tunggal di negeri masing-masing memang disediakan. Jadi anda perlu hubungi pusat zakat negeri dan bertanya cara memohon zakat berkaitan dengan ibu tunggal.

10) BANTUAN KERAJAAN NEGERI

 

BANTUAN AM NEGERI UNTUK IBU TUNGGAL YANG TIDAK MEMPUNYAI ANAK

Kadar bantuan adalah RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

Ada juga sesetengah negeri ada bantuan khusus untuk ibu tunggal, jadi sila rujuk bantuan ibu tunggal di setiap negeri masing-masing untuk memohon bantuan.

 

11) BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) 

Bantuan daripada badan bukan kerajaan(NGO) berkaitan dengan ibu tunggal banyak disediakan dan jenis bantuan pula pelbagai dan bergantung kepada fungsi badan bukan kerajaan(NGO) itu sendiri. Jika anda perlukan bantuan, hubungi mereka dan tanya berkaitan bantuan yang diperlukan. Sebaiknya anda hubungi melalui nombor telefon pejabat dan datang ke pejabat NGO terbabit dengan dokumen yang lengkap bagi memudahkan urusan anda.

 

6 thoughts on “CARA MOHON BANTUAN IBU TUNGGAL”

  1. Saya ibu tunggal ada 4 orang ank saya seorang sahaja yang menaggung semua macam mana ye saya nak mohon bantuan ini

    Balas
  2. Saya ibu tunggal dua orang anak.. mereka bersama saya macam mana saya nak mohon bantuan ni.. dan saya nak tanya ada kah kursus untuk ibu tunggal yang nak mula bisnes kecil-kecilan seperti berniaga atau lain² untuk mendapat pendapatan bulanan.. saya tidak berkerja agak susah nak tinggal kan anak tidak ada siapa yang jaga.. saya nak mohon untuk mencari pendapatan untuk saya dan ank².. sekian terima kasihh

    Balas
  3. Sya seorang ibu tunggal, anak seorang bersama sya.. Sya tidak dapat apa wang saku daripada bakal suami sya.. Boleh ke sya dpt bantuan ibu tunggal?

    Balas

Leave a Comment