CARA MOHON BPR 2021(ONLINE & BORANG)

CARA MOHON BPR 2021(ONLINE & BORANG)

CARA MOHON BPR 2021

Siapakah yang perlu mohon BPR?Berikut adalah golongan yang perlu mohon BPR iaitu tidak pernah terima BSH, BPN, BPN 2.0 dan juga tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN.

APA ITU BPR ?

Bagaimanakah cara mohon BPR 2021?

CARA MOHON BPR 2021 SECARA ONLINE

Klik portal rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my

Atau klik terus ke link permohonan  https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx

Terdapat 3 bahagian yang perlu dilengkapkan semasa mohon BPR 2021 secara online.

Permohonan BPR ini terbahagi kepada 3 bahagian yang boleh dilihat di bahagian atas laman iaitu:

  • Permohonan
  • Pengesahan
  • Hantar

Korang tahu ke cara nak mohon i-Sinar Interim RM1,000 yang bakal dibayar pada 26 Januari 2021?

BAHAGIAN A ( PERMOHONAN BPR)

  1. Sila lengkapkan Maklumat Pemohon seperti berikut:
  • No MyKad (tekan butang Semak untuk sahkan Nombor Kad Pengenalan)
  • Nama
  • Umur
  • Jantina
  • No Telefon Rumah
  • No Telefon Bimbit
  • Pekerjaan
  • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon dan Pasangan)
  • Status Perkahwinan
  • Alamat
  • Poskod
  • Negeri
  • Bandar
  • Nama Bank
  • No Akaun Bank
  • Alamat Emel
  1. Pemohon juga dikehendaki muat naik dokumen sokongan seperti:
  • Sijil Kahwin
  • Sijil Cerai
  • Sijil Kematian Pasangan
  • Pengesahan Pasangan
  • Pengesahan Bank
  1. Klik Muat Naik
  2. Bagi Maklumat Wakil, sila pilih salah satu:
  • Ada Wakil
  • Tiada Wakil
  1. Klik Teruskan

BAHAGIAN B( PENGESAHAN PERMOHONAN BPR)

  1. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
  2. Sila isi Captcha seperti yang tertera
  3. Klik Sahkan Captcha
  4. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut( jika anda bersetuju dengan syarat permohonan)

BAHAGIAN C ( HANTAR PERMOHONAN BPR)

  1. Klik butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian
  2. Jika anda belum daftar BPR, klik Ya untuk mendaftar akaun BPR
  3. Rujuk CARA DAFTAR MyBPR
  4. Jika anda sudah daftar BPR seperti di atas, klik Tidak
  5. Sila CETAK borang permohonan BPR yang telah didaftarkan

Jika anda penerima BSH/BPN 2020,sila buat KEMASKINI BPR 2021 ONLINE

CARA MOHON BPR 2021 SECARA BORANG

  1. Sila dapatkan borang permohonan BPR.
  2. Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
  3. Portal Rasmi BPR LHDNM (atau muat turun di bawah ini)
  4. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
  5. Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  6. Kemudian isi dan lengkapkan borang permohonan.
  7. Sediakan dokumen sokongan permohonan
  8. Hantar borang permohonan

Anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:

  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
  • Pejabat Daerah / Pejabat Residen
  • Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:

Peti Surat BPR,GPO Shah Alam,40800 Selangor

*Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima

Sila muat turun BORANG PERMOHONAN BPR 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) 1-800-88-2747

Sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut: 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut 03- 89111000

 

11 thoughts on “CARA MOHON BPR 2021(ONLINE & BORANG)”

  1. Boleh kah memohon baru bpr 2021 cara online tanpa akaun bank. Sebab belum ada akaun bank. Tolong balas segera. Hari ini tarikh tutup permohonan bpr. Kampung jauh dari bandar.

    Balas

Leave a Comment