CARA MOHON i-CITRA KWSP: APPLY ONLINE i-CITRA
KWSP menjelaskan, i-Citra diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli menghadapi cabaran dan diusahakan selepas ia dipertimbangkan dengan teliti.
SEMAKAN KELAYAKAN MOHON i-CITRA KWSP
I-Citra layak dimohon oleh Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap. Ahli hendaklah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
CARA MOHON i-Citra KWSP
Ini ialah cara untuk buat permohonan pengeluaran i-Citra tanpa perlu login i-Akaun. Buat masa ini, link rasmi i-Citra akan dibuka pada 12 Julai 2021.
- Layari portal rasmi i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/
- Tekan butang PERMOHONAN.
- Baca notis yang dipaparkan. Tekan butang TUTUP.
- Masukkan nombor Mykad / MyPR dan lain-lain
- Pilih kod nombor telefon bimbit yang tersenarai.
- Masukkan nombor telefon bimbit yang aktif.
- Tekan butang TERUSKAN
- Tunggu nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi.
- Masukkan nombor OTP tersebut.
- Tekan butang SAHKAN OTP
- Jawab soalan keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan.
- Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Citra.
- Pilih Amaun Pilihan, amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM 5,000.
- Anda akan dapat lihat amaun kelayakan keseluruhan yang anda boleh keluarkan
- Gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki.
- Jika anda ingin keluarkan amaun maksimum iaitu RM 5,000, tarik slider ke hujung sebelah kanan
- Jadual bayaran akan dipaparkan. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM 1,000 sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan anda.
- Setelah itu anda akan dapat lihat bayaran bulan pertama dan seterusnya iaitu : Bayaran bulan kedua, ketiga, keempat dan kelima
- Tekan butang TERUSKAN.
- Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan
- Isikan nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan
- Isikan nombor MyKad
- Isikan nombor telefon bimbit
- Isikan alamat email
- Isikan alamat rumah
- Isikan poskod
- Isikan bandar
- Pilih negeri
- Teruskan cara mohon i-Citra ini dengan melengkapkan Maklumat Pembayaran
- Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Citra online.
- Masukkan nombor akaun bank (Simpanan/Semasa) yang dipilih tadi
- Pastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif dan tiada ada sebarang kesalahan.
- Tekan butang TERUSKAN.
- Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan & Pembayaran
- Tick kotak Perakuan Terma & Syarat untuk persetujuan
- Tick ‘saya bukan robot’ bagi meneruskan permohonan pengeluaran online
- Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
- Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan.
- Contohnya, gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi.
- Jika tidak ada gambar, klik langkau
- Pastikan pilihan semua selesai
- Klik hantar.
- Pastikan keluar paparan yang tertulis “Terima Kasih . Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai .”
- Tekan butang CETAK & SIMPAN untuk simpan rekod permohonan i-Citra anda.
- Permohonan baru pengeluaran i-Citra tanpa i-Akaun kini sudah selesai.
Tambahan : Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat melalui portal rasmi KWSP.
SOALAN LAZIM
Bilakah permohonan i-Citra boleh dibuat?
Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?
Boleh, tertakluk kepada kelayakan seperti yang dinyatakan.
Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT
Sebarang pertanyaan mengenai cara mohon i-Citra KWSP anda boleh layari portal KWSP di www.kwsp.gov.my . Melalui media sosial rasmi KWSP (FACEBOOK) dan talian hotline i-Citra 03-89224848.
Artikel lain i-CITRA KWSP
>PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN i-CITRA KWSP ONLINE
> i-CITRA ONLINE(Mohon Online)
>Bagaimana cara permohonan i-CITRA?
>CARA APPLY i-CITRA(Register Online)
>Bila duit i-CITRA masuk bank?
> Macam mana nak Semakan Bayaran i-CITRA?
Saya tidak ada kerja sekarang kerana sop
Saya memohon bantuan i citra
Ingin memohon bantuan i citra
Ramat bin sarudin
Ingin memohon bantuan i citra
Memohon bantuan I Citra
Saya tada kerja
Apply online i citra