PERMOHONAN KAD KREDIT(APPLY CREDIT CARD ONLINE)

PERMOHONAN KAD KREDIT:APPLY CREDIT CARD ONLINE(MAYBANK/CIMB BANK/BANK RAKYAT/RHB BANK/BSN/ AEON CREDIT)

CARA MOHON KAD KREDITAPPLY CREDIT CARD ONLINE(MAYBANKCIMB BANKBANK RAKYATRHB BANKBSN AEON CREDIT)

 

Selain penggunaan Kad Debit, penggunaan Kad kredit pun amat menggalakan. Ini adalah kerana kad kredit membenarkan pengguna berbelanja terlebih dahulu dan kemudian membayar kemudian, berbeza dengan menggunakan kad debit yang memerlukan setiap pengguna mempunyai wang yang cukup untuk berbelanja.

 

Kad kredit menawarkan kemudahan yang menarik sehingga korang mahu membuat permohonan kad kredit bank. Bagaimana cara mohon card kredit? Disini kami tunjukan cara permohonan. Semoga membantu

 

 

APA ITU KAD KREDIT

 

Kad kredit ialah sejenis bayaran ansuran yang membolehkan anda untuk membeli barangan atau servis tanpa menggunakan wang tunai di pelbagai jenis kedai di seluruh dunia. Apabila anda menggunakan kad kredit anda, pengeluar kad kredit anda akan membayar bagi pihak anda dan hantarkan bil kepada anda dalam bentuk kenyataan bulanan. Contoh kad kredit yang biasa digunakan ialah Visa dan Master card.

 

Anda dihendaki membayar sekurang-kurangnya bayaran minimum sebelum tarikh tamat. Pengeluar card kredit akan mengenakan caj faedah ke atas jumlah bayaran yang belum dijelaskan selepas tarikh tamatnya.

 

CARA MOHON KAD KREDIT MAYBANK

 

Sekiranya anda berminat untuk memiliki kad kredit daripada maybank, di sini kami ingin tunjukkan cara bagaimana anda boleh memiliki credit card anda secara online melalui maybank2u. Berikut adalah caranya:

  1. Login akaun MAYBANK2U anda.
  2. Pada bahagian home tekan pada menu APPLY ONLINE.
  3. Kemudian klik pada bahagian CREDIT CARD APPLICATION.
  4. Isikan Maklumat yang diperlukan (Tentang Anda/Pekerjaan/gaji/pendidikan/perbankan)
  5. Pada bahagian SELECTED KREDIT CARD anda akan diberikan pilihan untuk memilih jenis card credit anda sama ada visa,master card atau America Express.
  6. Masukkan (UPLOAD) softcopy ic dan maklumat kewangan anda.
  7. Permohonan anda akan diluluskan selepas beberapa hari.

 

CARA MOHON KAD KREDIT CIMB BANK

 

Sekiranya anda berminat untuk memiliki kad kredit daripada CIMB Bank, di sini kami ingin tunjukkan cara bagaimana anda boleh memiliki credit card anda secara online. Berikut adalah caranya:

  1. Layari website Kredit Card CIMB Bank: https://www.cimb.com.my/bm/personal/day-to-day-banking/cards/credit-card.html
  2. Terdapat pelbagai PILIHAN Kad Kredit terpapar yang setiap satunya mengandungi syarat tersendiri.
  3. Setelah anda membuat pilihan, klik pada Ketahui Lebih Lanjut
  4. Kemudian tekan pada MOHON SEKARANG
  5. Akan terpapapar satu paparan I CONFIRM THAT, dan jika tidak anda tekan Confirm
  6. Isikan Maklumat yang diperlukan seperti Nama (berdasarkan kad pengenalan), Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon dan Emel(pastikan yang aktif).
  7. Setelah isi semuanya, tekah Proceed
  8. Kemudian anda perlu ikut arahan selanjutnya.

 

 

CARA MOHON KAD KREDIT  BANK RAKYAT

 

Sekiranya anda berminat untuk memiliki kad kredit daripada Bank Rakyat, di sini kami ingin tunjukkan cara bagaimana anda boleh memiliki credit card anda secara online. Berikut adalah caranya:

  1. Layari website Kredit Card Bank RAKYAT: https://www2.irakyat.com.my/personal/eapplication/e_credit_card_public.do
  2. Masukkan WORD yang terpapapar, tekan Confirm.
  3. Baca TERMS AND CONDITIONS. Tick pada ruangan disediakan, tekan Next.
  4. Akan terpapar BORANG PERMOHONAN.
  5. Anda dikehendaki membuat PILIHAN card kredit yang ada dan setiap satunya mengandungi syarat tersendiri.
  6. Kemudian isi kan kesemua MAKLUMAT yang diperlukan dalam borang permohonan tersebut.
  7. Setelah isi semuanya, tekah Next
  8. Kemudian anda perlu ikut arahan selanjutnya.

 

CARA MOHON KAD KREDIT  BANK BSN

 

Sekiranya anda berminat untuk memiliki card kredit daripada Bank BSN, di sini kami ingin tunjukkan cara bagaimana anda boleh memiliki credit card anda secara online. Berikut adalah caranya:

  1. Layari website Kredit Card Bank BSN: https://www.bsn.com.my/page/personal-banking-index
  2. Pada bahagian HIGHLIGHTS, pilih Credit Cards Agreement for BSN Credit Cards
  3. Terdapat dua pilihan card kredit ISLAMIC/CONVENTIONAL, baca penerangan yang diberikan.
  4. Selepas anda membuat pilihian, scroll di bawah dan clik Here
  5. Seterusnya anda dikehendaki membuat PILIHAN card kredit yang ada dan setiap satunya mengandungi syarat tersendiri.
  6. Tekan FIND OUT MORE, kemuadian tekan Apply Now
  7. Isikan Maklumat yang diperlukan seperti Nama (berdasarkan kad pengenalan), Nombor Telefon, Emel(pastikan yang aktif) dan pendapatan tahunan.
  8. Setelah isi semuanya, tekan Submit
  9. Kemudian anda perlu ikut arahan selanjutnya.

 

 

CARA MOHON CARD KREDIT AEON CREDIT

 

Sekiranya anda berminat untuk memiliki card kredit daripada AEON Credit, di sini kami ingin tunjukkan cara bagaimana anda boleh memiliki credit card anda secara online. Berikut adalah caranya:

  1. Layari website Kredit Card AEON Credit: https://www.aeoncredit.com.my/application-forms/credit-card
  2. Pilih bahasa anda samada English/Malaysia
  3. Tick pada HANTAR PERMOHONAN YANG BARU, Kemudian tekan Teruskan
  4. Terdapat TIGA PILIHAN card kredit AEON Card/AEON BIG Card/ NEW AEON Card.
  5. Setelah anda membuat pilihan, tekan Pilih
  6. Seterusnya terdapat dua pilihan yang perlu dipilih:
    1. Gold atau Classic
    2. Mastercard atau Visa
  7. Akan terpapar sedikit penerangan, setelah anda membuat pilihan tekan teruskan.
  8. Isikan Maklumat yang diperlukan seperti Nama (berdasarkan kad pengenalan), Nombor Telefon dan Emel(pastikan yang aktif)
  9. Setelah isi semuanya, tekan Teruskan
  10. Kemudian anda perlu ikut arahan selanjutnya.

 

CARA MOHON CARD KREDIT  RHB BANK

 

Sekiranya anda berminat untuk memiliki card kredit daripada RHB Bank, di sini kami ingin tunjukkan cara bagaimana anda boleh memiliki credit card anda secara online. Berikut adalah caranya:

  1. Layari website Kredit Card RHB Bank: https://www.rhbgroup.com/personal/cards/credit-cards/overview/index.html
  2. Seterusnya anda dikehendaki membuat PILIHAN card kredit yang ada dan setiap satunya mengandungi syarat tersendiri.
  3. Setelah anda membuat pilihan klik I’m Interested
  4. Isikan MAKLUMAT yang diperlukan seperti Nama (berdasarkan kad pengenalan), Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon dan Emel(pastikan yang aktif).
  5. Tick pada Privacy Policy, kemudian tick pada I’M Not A Robot.
  6. Setelah isi semuanya, tekan Submit
  7. Kemudian anda perlu ikut arahan selanjutnya.

 

SOALAN LAZIM

Apakah perbezaan antara VISA dan MasterCard?

Visa dan MasterCard adalah syarikat yang menawarkan teknologi untuk memproses transaksi card kredit yang digunakan oleh institusi kewangan seperti bank yang menawarkan produk card kredit.

Kedua-dua syarikat ini tidak menawarkan card kredit secara terus kepada pelanggan. Jika card kredit anda adalah card kredit Visa, ini bermaksud setiap transaksi anda akan diproses oleh syarikat Visa. Begitu juga dengan card kredit MasterCard. Jadi, tidak ada perbezaan antara Visa dan MasterCard.

Kedua-duanya cuma adalah sistem transaksi pembayaran card kredit (credit card payment gateway).

 

Apakah caj-caj lain yang dikenakan untuk card kredit?

Selain caj kadar faedah, terdapat beberapa caj lain yang dikenakan untuk card kredit. Caj-caj ini selalunya dinyatakan pada syarat dan terma yang perlu anda persetujui ketika memohon card kredit. Oleh itu penting untuk anda buat research sebelum mohon untuk mengelakkan anda dikenakan caj-caj ini. Berikut adalah antara caj-caj lain yang dikenakan untuk card kredit.

 

Apakah jenis-jenis card kredit yang ada?

Pada amnya, terdapat tiga jenis card kredit, iaitu Klasik, Emas dan Platinum. Kad-kad kredit tersebut dikeluarkan berdasarkan kepada tahap pendapatan seseorang dan kriteria-kriteria lain yang ditetapkan oleh syarikat pengeluar card kredit.

 

Apakah perlu saya buat jika nombor PIN  card kredit saya sudah diketahui oleh orang lain?

Jika anda percaya nombor PIN anda telah diketahui oleh orang yang tidak berkenaan, maka anda hendaklah merujuk kepada pengeluar card kredit anda.

Macam mana nak semak PENYATA KAD KREDIT((Maybank Bank Islam BSN CIMB Bank Rakyat PUBLIC BANK RHB BANK)

Leave a Comment