CARA PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP SECARA MANUAL
Berdasarkan Inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari, ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran wang sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan untuk menangani impak penularan virus Covid-19. Bagaimanakah cara pengeluaran akaun 2 KWSP secara manual ? Secara ONLINE
Kita memahami kebimbangan ahli KWSP tentang penipuan atas talian telah menghakis kepercayaan masyarakat untuk melakukan urusan atas talian dan lebih selesa dan selamat melakukan urusan secara manual.
1.MUAT TURUN /DAPAT BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN I-BESTARI AKAUN 2 KWSP
Anda boleh mendapatkan borang permohonan dengan muat turun di laman web KWSP atau boleh kunjungi mana-mana Kios atau Kaunter KWSP yang berdekatan dengan anda.
2.LENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN
Pastikan maklumat yang diisi benar dan betul. Lengkapkan borang dengan teliti dan cermat. Sediakan dokumen sokongan atau lampiran yang diperlukan untuk urusan pengeluaran menerusi i-Lestari.
3.HANTAR BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap perlu dipos kepada alamat berikut :
Secara pos/pos berdaftar ke alamat:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari)
FASILITI PENGELUARAN I-BESTARI AKAUN 2 KWSP
Kemudahan pengeluaran i-Lestari:
- Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli
- Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan
- Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Mei 2020
- Untuk tempoh maksimum 12 bulan
TARIKH PENDAFTARAN BERMULA
-Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos
SYARAT KELAYAKAN MEMBUAT PENGELUARAN i-LESTARI
- Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari:
- Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
- Berumur di bawah 55 tahun
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
- Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
TEMPOH PERMOHONAN SECARA MANUAL
Permohonan secara manual memakan masa yang lebih lama untuk urusan pengesahan secara manual. Namun demikan,permohonan anda tetap akan diproses oleh KWSP.
PERINGATAN KEPADA AHLI KWSP
Ahli KWSP diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dengan pihak KWSP. Jadi anda perlu waspada kerana penipuan boleh berlaku secara manual dan juga secara dalam talian.
Tags: #CARA PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP SECARA MANUAL #MUAT TURUN /DAPAT BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN I-BESTARI AKAUN 2 KWSP #SYARAT KELAYAKAN MEMBUAT PENGELUARAN i-LESTARI