CARA PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP SECARA ONLINE

CARA PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP SECARA ONLINE

CARA PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP SECARA ONLINE

Berdasarkan Inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari, ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran wang sebanyak  RM500 sebulan selama 12 bulan untuk menangani impak penularan virus Covid-19. Bagaimanakah cara pengeluaran akaun 2 KWSP secara online?

Semua pihak sedia maklum, sekarang ini kita digalakkan untuk mengurangkan interaksi secara langsung dengan orang  lain dan mengekalkan jarak selamat untuk mengekang penularan virus Covid-19, cara yang lebih selamat dan sesuai adalah mengemukankan permohonan anda secara online sahaja.

a)DAFTAR i-AKAUN KWSP EPF

i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dengan menggunakan i-Akaun KWSP, ahli mahupun majikan tidak perlu lagi untuk hadir ke kaunter cawangan pejabat KWSP untuk melakukan urusan-urusan tertentu.

CARA MENDAFTAR DAN AKTIFKAN i-AKAUN KWSP EPF SECARA ONLINE

1.Hanya Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah yang layak mendaftar i- akaun KWSP EPF

2.Ahli perlu mengunjungi mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan ID Ahli. Atau

3.Ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

4.Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut

b) e- PENGELUARAN KWSP EPF
Selepas selesai mendaftar dan login akaun i-akaun anda,sila ke ruangan e-Pengeluaran untuk urusan Pengeluaran i-Lestari.

FASILITI PENGELUARAN I-BESTARI AKAUN 2 KWSP

Kemudahan pengeluaran i-Lestari:

  • Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli
  • Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan
  • Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Mei 2020
  • Untuk tempoh maksimum 12 bulan

Anda perlu mengisi dan melengkapkan  satu borang pengeluaran secara atas talian dengan menggunakan e-Pengeluaran melalui i-Akaun. Permohonan anda akan diproses oleh pihak KWSP.


TARIKH PENDAFTARAN BERMULA

-Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos

-Bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian (Akan dibuka dalam masa terdekat)

SYARAT KELAYAKAN MEMBUAT PENGELUARAN i-LESTARI

  • Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari:
  • Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
  • Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)

TEMPOH PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN DI PROSES

Permohonan secara dalam talian akan di proses dalam masa 3 hari.

Ahli KWSP diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dengan pihak KWSP.

Tags: #CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP EPF #CARA MENDAFTAR DAN AKTIFKAN i-AKAUN KWSP EPF SECARA ONLINE #CARA PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP SECARA ONLINE #FASILITI PENGELUARAN I-BESTARI AKAUN 2 KWSP #SYARAT KELAYAKAN MEMBUAT PENGELUARAN i-LESTARI

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin
    1. author

      Nor munirah binti mohd razali12 months ago

      Blance akaun ke dua kwsp

      Reply
    2. author

      muhammad naqiyuddin12 months ago

      Saya dah lulus. Tapi dia cakap lulu tapi gagal dikreditkan

      Reply
    3. author

      Khairul hazmi bin kamarul hadi9 months ago

      Tidak lulus

      Reply

    Leave a reply "CARA PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP SECARA ONLINE"