CARA PENGELUARAN RM500 SEBULAN DARIPADA ASB

CARA PENGELUARAN RM500 SEBULAN DARIPADA ASB

CARA PENGELUARAN RM500 SEBULAN DARIPADA ASB

Sebagai rakyat Malaysia, kita sungguh bertuah kerana dikala rakyat sedang menghadapi beban kewangan ekoran penularan wabak Covid-19. Pelbagai kemudahan kewangan disediakan untuk membantu rakyat. Contohnya Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan. Selain itu, rakyat Malaysia juga mendapat kemudahan kewangan seperti penangguhan bayaran balik pinjaman bank selama  6 bulan dan pelbagai kemudahan kewangan yang lain.

Bermula 20 April 2020, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) memberi  kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk tabung unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myASNB.

MENGAPA MENERUSI  my ASNB  DALAM TALIAN?

Hal ini bersesuai dengan keadaan di Malaysia sekarang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dan sesetengah kawasan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Segala urusan secara langsung tidak digalakkan sekarang. Maka inisiatif ASNB ini sangat bertepatan dengan kehendak dan keperluan pelanggan.

CARA PENGELUARAN RM500 SEBULAN DARIPADA ASB

Cara pengeluaran RM500 sebulan daripada ASB hanya boleh dilakukan menerusi dalam talian atau online sahaja. Bagaimanakah ia dilaksanakan? Semestinya dengan menggunakan myASNB.

APA ITU PORTAL myASNB?

Portal MyASNB adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ia adalah sebuah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

DAFTAR myASNB

Bagi menggunakan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian, pelanggan perlu mendaftar di Portal myASNB. Berikut adalah cara daftar ASB secara online :

Langkah 1 – Kemas kini maklumat peribadi (nombor telefon) anda di cawangan atau ejen ASNB

Langkah 2 – Ikuti langkah mudah untuk pendaftaran myASNB

Langkah 3 – Aktifkan akaun myASNB anda

Langkah 4 – Mula melabur dalam unit amanah ASNB

Apabila anda selesai mendaftar, kata laluan sementara akan diberikan. Sila cetak/ simpan/ catat kata laluan sementara berkenaan untuk log masuk kali pertama.

Anda diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.

TERLUPA KATA LALUAN myASNB

Anda berkemungkinan telah terlupa ID Pengguna atau Kata Laluan akaun portal myASNB yang pernah anda daftar sebelum ini. Sila layari laman web portal myASNB (www.myasnb.com.my) dan klik ‘Lupa ID Pengguna’ atau ‘Lupa Kata Laluan’ dan ikuti langkah seterusnya untuk mengakses akaun portal anda.

AKAUN  myASNB TIDAK AKTIF

Akaun myASNB yang tidak diakses selama lebih 1 tahun akan menjadi dorman. Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 untuk mengaktifkannya semula.

SEMAKAN KELAYAKAN PENGELUARAN RM500 SEBULAN DARIPADA ASB

CARA PENGELUARAN RM500 SEBULAN DARIPADA ASB

1.Sila log in ke laman web https://www.myasnb.com.my/

2.Kemudian, klik ‘Portfolio’ dan klik pada ‘Transaksi’ yang dikehendaki. Pilih ‘Jualan Balik’.

3.Pastikan maklumat bank anda betul dan klik ‘Seterusnya’.

4.Baca tanda kotak pengisytiharan dan klik ‘Seterusnya’.

5.Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik ‘Seterusnya’.

6.Semak semula butiran bank anda di notifikasi dan klik ‘Teruskan’.

7Klik ‘Permintaan TAC’, isikan dan klik ‘Seterusnya’.

8.Tranksasi anda berjaya.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, para pemegang unit boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim di www.asnb.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

Tags: #AKAUN myASNB TIDAK AKTIF #APA ITU PORTAL myASNB? #CARA PENGELUARAN RM500 SEBULAN DARIPADA ASB #DAFTAR myASNB #TERLUPA KATA LALUAN myASNB

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN  Program Rumah Mesra Rakyat(RMR)
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang
    1. author

      mohd aizuddin bin mansor2 months ago

      macam mana saya hendak buat pinjaman asnb

      Reply

    Leave a reply "CARA PENGELUARAN RM500 SEBULAN DARIPADA ASB"