CARA PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 2

CARA PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 2

CARA PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 2

Kepada yang telah membuat semakan i-Sinar kategori 1 dan permohonan anda gagal,maka anda boleh membuat permohonan i-Sinar kategori 2 bermula 11 Januari 2021.

anda mohon interim i-Sinar? Sila check status permohonan interim i-Sinar RM10000.

Bagaimanakah cara permohonan i-Sinar Kategori 2?

APA ITU i-SINAR KATEGORI 2?

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Jika tersilap isi amaun pengeluaran i-Sinar , boleh buat KEMASKINI AMAUN i-SINAR KWSP

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN i-SINAR KATEGORI 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

TARIKH PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 2

Bagi anda yang tergolong dalam i-Sinar Kategori 2, permohonan boleh dibuat bermula  dari 11 Januari 2021.

CARA PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 2

Permohonan i-Sinar hanya dibuka secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my.Permohonan akan dibuka mulai 11 Januari 2021.

Bagi permohonan baru, sila klik pada PERMOHONAN BARU

Klik  https://isinar.kwsp.gov.my/

Bagi yg dah pernah memohon (semasa Kategori 1) dan permohonan anda sedang DIPROSES serta dikehendaki memuat naik dokumen sokongan, sila kemaskini permohonan anda pada “SEMAK STATUS PERMOHONAN”, pilih “KEMASKINI”

Klik  https://isinar.kwsp.gov.my/

  1. YA utk Kategori 1 / TIDAK utk Kategori 2.
  2. Tgok AMAUN yg layak dan PILIH amaun yg dikehendaki.
  3. Set Jadual Pembayaran seperti yg dikehendaki.
  4. Isi atau semak maklumat permohonan.
  5. Masukkan maklumat Pengurangan Pendapatan.

A.- Masukkan pendapatan SEBELUM pengurangan.

– Muat naik slip gaji, klik “PILIH FAIL” (Mana2 slip gaji dalam 12 Bulan dari Tarikh Permohonan)

*Tambah fail jika ingin memuat naik lebih dari 1 dokumen.

B.- Masukkan pendapatan SELEPAS pengurangan.

– Muat naik slip gaji, klik “PILIH FAIL” (Mana2 slip gaji antara April’20 hingga Bulan Semasa)

*Tambah fail jika ingin memuat naik lebih dari 1 dokumen.

C.- Muat naik Dokumen Sokongan seperti Surat Pengesahan Majikan / Notis Pemotongan Elaun / Penyata Bank / Surat Berhenti Kerja dan lain2 dokumen yg berkaitan. – Klik “PILIH FAIL”

  1. Semak semula permohonan sebelum sahkan.
  2. Sekiranya anda sudah berpuas hati dgn jumlah yang dipohon, jadual pembayaran, dokumen2 sokongan yg dimuatnaik, maka klik HANTAR.
  3. Cetak dan Simpan untuk tujuan rujukan.

CONTOH DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR KATEGORI 2

Permohonan i-Sinar Kategori 2 ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  1. Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan-
  2. Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

SEMAKAN STATUS i-SINAR KATEGORI 2

  • Bagi i-Sinar Kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
  • Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  • Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

KADAR AMAUN KELAYAKAN PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 2

Berikut adalah kadar Amaun kelayakan pengeluaran Akaun 1 KWSP:

CARA PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 2

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848.

Untuk sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu KWSP secara online

Layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

8 thoughts on “CARA PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 2”

Leave a Comment