CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK MAYBANK,BANK CIMB,PUBLIC BANK,BANK RAKYAT & BANK ISLAM

CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK MAYBANK,BANK CIMB,PUBLIC BANK,BANK RAKYAT & BANK ISLAM

CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK

Sebelum mula membuat permohonan lanjutan moratorium,baca tentang LANJUTAN MORATORIUM & BANTUAN BANK BERSASAR:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

BANK MAYBANK

Maybank menyediakan tiga pilihan mudah untuk pelanggan memohon Pakej Bantuan Pembayaran Balik pinjaman mulai hari ini, dengan berakhirnya tempoh moratorium selama enam bulan pada 30 September ini.

CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK MAYBANK

Pelanggan boleh memohon secara dalam talian melalui Maybank2u (untuk pelanggan individu tidak termasuk sewa beli); melalui emel kepada [email protected] (untuk pelanggan individu) atau [email protected] (untuk pelanggan PKS).

Pelanggan juga boleh mengunjungi atau menghubungi mana-mana cawangan, Pusat PKS atau Pusat Pembiayaan Auto seluruh negara.

TERKINI: Pengeluaran i-Sinar KWSP ditambahbaik iaitu: PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR RM10,000 kepada semua ahli yang terjejas pendapatan.

Pakej Bantuan Pembayaran Balik akan disesuaikan mengikut keperluan pelanggan dan menangani cabaran yang mereka hadapi sama ada kehilangan pekerjaan, pengurangan gaji atau gangguan dalam operasi perniagaan.

Kepada peminjam dari kalangan B40 dan perusahaan mikro yang layak menerima Bantuan Bayaran Balik Pinjaman (TRA),sila rujuk LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR.

Ini mungkin termasuk pelanjutan moratorium untuk mereka yang kehilangan pekerjaan pada 2020, penjadualan semula untuk melanjutkan tempoh kemudahan pinjaman/pembiayaan atau menyusun semula pinjaman/pembiayaan kepada struktur yang lebih sesuai dengan kemampuan pembayaran mereka.

Jika tahap kesihatan anda terganggu dan perlukan bantuan alat perubatan,anda sebenarnya layak dapat SARINGAN KESIHATAN PERCUMA KEPADA PENERIMA BSH 2020

Memandangkan tarikh akhir permohonan ialah pada 30 September, bank menyarankan agar pelanggan mula memohon seawal mungkin supaya pengaturan pembayaran balik boleh diluluskan dan dilaksanakan sebelum berakhirnya moratorium.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari www.maybank2u.com.my/covid19 atau menghubungi talian hotline Pelanggan Maybank di 1-300 88 6688, dan tekan *1 untuk “Bantuan Pembayaran Balik”.

Kini para pekerja / majikan boleh membuat SEMAKAN BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO RM600 SEBULAN jika anda layak 

BANK CIMB

CIMB akan mempermudah dan mempercepatkan proses permohonan lanjutan moratorium dan bantuan bersasar kepada pelanggannya yang terkesan.

Satu SMS akan dihantar kepada lebih 300,000 individu dan 10,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bermula hari ini dan mereka dinasihatkan untuk mengikuti arahan mudah serta melengkapkan permohonan sebelum 20 Ogos ini.

Kepada yang layak, sila buat PERMOHONAN i-SINAR ONLINE melalui (isinar.kwsp.gov.my)

CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK CIMB

Pelanggan yang tidak menerima SMS daripada kami, tetapi merasakan berdepan kesukaran untuk meneruskan pembayaran selepas 30 September ini adalah digalakkan untuk berhubung dengan pihak bank dari 7 Ogos ini hingga 7 September depan sama ada menerusi telefon di +603 6204 7788, emel di [email protected] atau kunjungi mana-mana cawangan CIMB.

Pelanggan juga dijamin kelulusan secara automatik, dengan syarat bukti dokumen yang diberikan adalah memuaskan mengesahkan keadaan mereka.

Bantuan lanjutan moratorium ini tidak akan memberi kesan terhadap status laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) mereka selagi peminjam terus membuat pembayaran pinjaman atau pembiayaan dengan segera berdasarkan jadual pembayaran disemak semula yang telah dipersetujui

Bank itu berkata, kepada mereka yang tidak terjejas, CIMB amat menggalakkan mereka supaya meneruskan pembayaran pinjaman atau pembiayaan mereka bermula Oktober ini.

Semua pelanggan sama ada yang terkesan atau tidak akan dimaklumkan menerusi surat daripada bank, memberitahu mereka langkah seterusnya

Kepada yang memerlukan pinjaman modal, sila rujuk TRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000

PUBLIC BANK

Public Bank bersedia memberi bantuan pembayaran balik pinjaman kepada pelanggannya yang terus berdepan masalah untuk membayar balik pinjaman apabila tamatnya tempoh moratorium pinjaman selama enam bulan pada 30 September ini.

Public Bank telah merangka program bantuan pembayaran balik pinjaman untuk membantu pelanggan individunya yang kehilangan kerja atau dipotong gaji, dan pelanggan PKS yang berdepan masalah aliran tunai berikutan pandemik Covid-19.

Bantuan pembayaran balik itu terdiri daripada pelbagai pakej pembayaran balik yang bersesuaian dengan keadaan kewangan pelanggannya.

Malah, bank itu juga mewujudkan platform digital untuk membolehkan pelanggan yang layak menghantar permohonan bagi penjadualan semula pelan pembayaran balik mereka secara dalam talian.

Platform digital itu membolehkan proses permohonan dan kelulusan yang mudah, cekap dan berkesan untuk para pelanggan.

Pelanggan Public Bank dinasihatkan agar mengemukakan permohonan dalam talian menggunakan platform digital bank melalui laman web Public Bank mulai 7 Ogos 2020.

Untuk pelanggan individu yang kehilangan kerja pada 2020 dan yang kini tidak bekerja, Public Bank akan menawarkan lanjutan tempoh moratorium pinjaman selama tiga bulan bermula pada 1 Oktober 2020.  Pelanggan-pelanggan ini yang ingin memohon lanjutan moratorium ini boleh menghubungi Public Bank dan mengemukakan permohonan menggunakan dokumen berkaitan

CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM PUBLIC BANK

Pelanggan yang berhasrat untuk memohon bantuan pembayaran balik pinjaman dan pembiayaan mereka diminta mengunjungi mana-mana cawangan Public Bank, atau melayari laman web https://apply.pbebank.com/pbrnr untuk maklumat lanjut.  Pelanggan juga boleh menghantar e-mel kepada [email protected] untuk nasihat dan bantuan.

BANK RAKYAT

Apakah kriteria pelanggan yang layak menikmati lanjutan moratorium 3 bulan selepas tempoh moratorium tamat pada 30 September 2020?

Pelanggan yang layak adalah seperti berikut:

  1. Pelanggan yang telah diberhentikan kerja dalam tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu.
  2. Pelanggan yang masih dalam tempoh bercuti tanpa gaji dan berlanjutan sehingga Disember 2020.

Apakah bantuan bersasar yang ditawarkan oleh Bank kepada pelanggan yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji?

Bank menawarkan pengurangan ansuran selaras dengan kadar pengurangan gaji untuk tempoh minimum selama enam bulan.

Apakah bantuan bersasar yang ditawarkan oleh Bank kepada pelanggan individu lain yang bekerja sendiri dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas dengan pandemik COVID-19?

Bank menawarkan fleksibiliti atas bayaran ansuran pelanggan seperti berikut:

  1. Membayar keuntungan sahaja untuk satu jangka masa yang ditetapkan; atau
  2. Memanjangkan tempoh keseluruhan pembiayaan bagi mengurangkan ansuran bulanan.

*Tertakluk pada terma dan syarat

Layari laman web korporat di www.bankrakyat.com.my untuk maklumat lanjut.

Apakah bantuan bersasar yang ditawarkan kepada pelanggan yang mempunyai kemudahan sewa beli kenderaan?

Pelanggan yang mempunyai kemudahan sewa beli ditawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli.

Contohnya, memanjangkan tempoh bayaran ansuran pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah.

CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK RAKYAT

Pelanggan boleh menghubungi Bank melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut:

  1. E-mel ke [email protected]

(Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi)

  1. Pusat Panggilan di talian 1300800800.

iii. Mengunjungi cawangan yang berdekatan.

Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh pelanggan untuk memohon Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bersasar ini?

Pelanggan perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan pekerjaaan atau perniagaan terjejas seperti berikut (yang mana berkenaan):

i. Surat penamatan/pemberhentian kerja.

ii. Surat cuti tanpa gaji

iii. Surat pemotongan gaji dan salinan penyata gaji sebelum dan selepas pemotongan.

iv. Penyata bank selama 6 bulan terkini sebagai sokongan permohonan.

Bilakah tarikh mula permohonan Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bersasar ini?

Pelanggan boleh memohon Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bersasar ini bermula 7 Ogos 2020

BANK ISLAM

Para pelanggan boleh mengunjungi rangkaian cawangan bank itu di seluruh negara bermula 7 Ogos untuk membincangkan penyelesaian yang paling sesuai mengikut keadaan kewangan mereka dan melengkapkan borang permohonan untuk menikmati kemudahan tersebut.

CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK ISLAM

Bank Islam telahpun mula menghubungi semua pelanggan melalui khidmat pesanan ringkas dan mengemas kini maklumat secara berkala di pelbagai platform komunikasi.

Di bawah bantuan pembayaran semula bersasar itu, Bank Islam menawarkan lanjutan moratorium selama tiga bulan dari penghujung tempoh berakhirnya moratorium sedia ada kepada individu yang kehilangan pekerjaan pada 2020 dan kini tidak bekerja.

Individu yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan yang signifikan akibat waktu bekerja yang dikurangkan, pemotongan gaji dan sebagainya akan ditawarkan pengurangan ansuran bulanan bersesuaian dengan pengurangan gaji, tertakluk kepada jenis pembiayaan.

Mereka juga akan ditawarkan fleksibiliti pembayaran selama enam bulan dari penghujung tempoh berakhirnya moratorium sedia ada.

Tags: #CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK CIMB #CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK ISLAM #CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK MAYBANK #CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK RAKYAT #CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM PUBLIC BANK

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    TRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000 Untuk makluman kepada PKS,Bank
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    1. author

      Irwan7 months ago

      Bagaimana nak buat permohonan lanjutan moratorium

      Reply
    2. author

      Razali bin Kasim6 months ago

      Permohonon lanjutan Morotarium

      Reply
    3. author

      Siti aisah binti sulaiman5 months ago

      Bagaimana nak buat permohonan lanjutan moratorium

      Reply
    4. author

      Rosminah Bt Hajatil5 months ago

      Macam mana isi permohonan moratirium

      Reply
    5. author

      A.R.Khairul Nizam Bin Ahmad4 months ago

      Lanjutan moratarium sampai 30 Disember 2020

      Reply
    6. author

      MUHAMAD SYAHRIM BIN MUHAMAD SHARIP4 months ago

      moratorium automatik ke kena buat permohonan

      Reply
    7. author

      [email protected] bin [email protected]3 months ago

      Bank rakyat

      Reply
    8. author

      ROSLINDA RADZOAN3 months ago

      bagaimana nak buat lanjutan lanjutan moratarium bagi golongan M40 yang terjejas? Bank islam, bank Rakyat, Bank MBSB dan CIMB Bank

      Reply
    9. author

      SURIANI BINTI TARIN3 months ago

      Lanjutan Moratorium Bank Rakyat

      Reply
    10. author

      Lee Carolian Listiana3 months ago

      Tersalah klik katogeri Moratorium ke M40
      sepatutnya B40
      boleh semak balik ka?

      Reply
    11. author

      Johnsam723 months ago

      Salam semua rakan,mohon khidmat bantu,bagaimana mau membuat permohonan perlanjutan moratorium Bank Maybank.
      Bila tarikh akhir permohonan..

      Reply
    12. author

      Farhana BT Mohamad ahajidi3 months ago

      Pengurangan moratarium

      Reply
    13. author

      marya binti mohammed mokhtar3 months ago

      mohon borang utk lanjutan moratorium ( bank rakyat)

      Reply
    14. author

      SITI MARIAM BINTI MOHAMAD JAIMI3 months ago

      Mohon borang untuk isi moratorium mayb ank

      Reply
    15. author

      mohamad jeahan bin tai3 months ago

      permohonan lanjutan moratorium bank islam

      Reply

    Leave a reply "CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK MAYBANK,BANK CIMB,PUBLIC BANK,BANK RAKYAT & BANK ISLAM"