CARA PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

CARA PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

CARA PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

APAKAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL?

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL adalah pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah. Bantuan ini akan disalurkan kepada semua rakyat yang layak bermula April dan Mei 2020.

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

JUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Bantuan ini terbahagi kepada empat kategori iaitu :

  • RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
  • RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
  • RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
  • RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.Penerima BPN yang TIDAK PERLU memohon atau mengemukakan permohonan baharu :

     

  • Isi rumah yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Isi rumah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM
  • Individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM

CARA PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my

2) Bantuan Sara Hidup (BSH)

3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Selain daripada mengisi borang atas talian, pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan. Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan.

TARIKH BAYARAN UNTUK
  PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
Sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

Kementerian Kewangan

No telefon

03-8882 9087
03-8882 9191
03-8882 4565
03-8882 4566

Waktu operasi

Jam 9 pagi – 5 petang
Ahad – Jumaat
(Mulai 29 Mac 2020)

Atau

LHDNM

1-800 882 747
03-8911 1000
Jam 9 pagi – 5 petang
Ahad – Jumaat
(Mulai 30 Mac 2020)

Tags: #CARA PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL #DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL #Penerima BPN yang TIDAK PERLU memohon atau mengemukakan permohonan baharu #TARIKH BAYARAN UNTUK  PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    TRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000 Untuk makluman kepada PKS,Bank
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan

    Leave a reply "CARA PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL"