Cara Simpan Daging Korban(Nasihat KKM)

Tips Cara Simpan Daging Segar Selamat Tak Busuk

Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati agar semua orang berhati-hati dalam menyimpan daging korban semasa musim perayaan ini.Bagaimanakah cara simpan daging?

Menerusi perkongsian di laman Facebook KKM, orang diajak untuk memastikan penyimpanan daging korban dilakukan dengan betul bagi mengelakkan pencemaran oleh kuman dan bahan pencemar lain.

Cara Simpan DagingKorban(Nasihat KKM)

KKM menambah, terdapat beberapa tip penyimpanan daging korban yang betul:

  1. Jangan masukkan daging secara langsung bersama plastik yang tidak bersih ke dalam peti sejuk.
  2. Buang bahan asing seperti daun pisang, pasir, dan serpihan kayu yang melekat pada daging.
  3. Pisahkan daging dari bahan makanan lain, seperti ais krim, untuk mengelakkan pencemaran silang.
  4. Potong daging kepada bahagian kecil dan simpan dalam bekas plastik berpenutup di rumah.
  5. Letakkan daging dalam bahagian sejuk beku peti sejuk dengan suhu sama atau kurang dari 18 darjah Celsius.
  6. Pastikan daging disimpan dalam keadaan bersih dan pada suhu yang sesuai untuk mengekalkan kualiti dan kesegaran.
  7. Amalkan prinsip lihat, hidu, dan rasa sebelum memakan.

Umat Islam yang menerima daging korban disarankan untuk mematuhi panduan penyimpanan tersebut untuk memastikan kualiti, kebersihan, dan kesegaran daging sepanjang tempoh penyimpanan.

Artikel Lain > Cuci Perut Lembu(Cara Tips Rebus)

Leave a Comment