PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET 2023 (Cara Langgan & Harga)

PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET 2023 (Cara Langgan & Harga)

PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET

Terkini kepada para pengguna telefon mudah alih bakal nikmati pelan Internet mudah alih pada harga rendah, kelajuan internet tiga kali ganda yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Pakej Perpaduan Prabayar Internet. Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai pakej ini.

 

APA ITU PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET

Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan pakej prabayar mudah alih ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar untuk memiliki perkhidmatan internet merupakan utiliti asas yang diperlukan oleh rakyat.

Langkah penurunan harga ini jelas menunjukkan bahawa keperluan rakyat untuk menikmati perkhidmatan telekomunikasi dengan harga lebih murah dan mampu milik diberi perhatian serius Kerajaan Perpaduan

 

KELAYAKAN PAKEJ PERPADUAN 

Berikut adalah merupakan golongan yang layak menikmati pakej ini iaitu:

  • Belia berumur 30 tahun
  • Golongan B40
  • Orang kurang Upaya (OKU)
  • Warga emas
  • Veteran

 

TARIKH PERLAKSANAAN PAKEJ PERPADUAN 

Perlaksanaan pakej ini akan mulai berada di pasaran pada 28 Februari 2023.

 

KADAR HARGA PAKEJ PERPADUAN 

Pakej rabayar Internet Mudah Alih diperkenal pada harga RM30 untuk 6 bulan (180 hari).

 

KELAJUAN & KOUTA INTERNET PAKEJ PERPADUAN 

Kelajuan internet yang bakal diterima adalah 3Mbps dengan kouta internet sebanyak 30GB.

 

KELEBIHAN PAKEJ PERPADUAN 

Pakej ini menawarkan peningkatan kelajuan Internet mudah alih iaitu:

  • Daripada 1Mbps ke 3Mbps
  • Kuota ditingkatkan daripada 20GB untuk tiga bulan (80 hari) kepada 30Gb untuk tempoh enam bulan (180 hari).
  • Pengguna dapat menikmati penjimatan harga sebanyak 50% berbanding pakej sedia ada iaitu dari Rm10 sebulan kepada RM5 sebulan
  • Pelan internet ini dapat digunakan untuk perkhidmatan teks dan panggilan, selain aplikasi dalam talian seperti penghantaran makanan, perbankan, navigasi dan juga carian di internet.
  • Pakej ini merupakan pakej asas yang disediakan dan ia terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini.

 

PERKHIDMATAN TELCO YANG MENAWARKAN PAKEJ PERPADUAN

Berikut adalah merupakan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat menerusi pakej ini iaitu:

  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • U Mobile
  • Telekom Malaysia (TM)
  • YTL Communications.

 

CARA LANGGAN INTERNET PAKEJ PERPADUAN

Berikut adalah merupakan pautan langganan bagi setiap syarikat penyedia perkhidmatan (telco) yang menawarkan iaitu:

 

PAKEJ PERPADUAN JALUR LEBAR TETAP

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap telah diperkenalkan bagi menurunkan kos sara hidup rakyat menerusi penawaran perkhidmatan jalur lebar yang lebih murah kepada rakyat. Berikut adalah merupakan pelaksanaan pakej ini iaitu:

Tarikh Perlaksanaan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap

  • Pakej ini boleh dilanggan mulai Mac 2023.

Harga Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap

  • Harga yang ditawarkan adalah RM69/bulan dengan kontrak selama 24 bulan dengan

Kelajuan & Kouta Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap

  • Internet yang ditawarkan adalah berkelajuan 30 Mbps dengan data tanpa had.

Telco Yang Menawarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap

  • Telekom Malaysia (TM)
  • YTL
  • Maxis
  • CelcomDigi
  • TIME Berhad
  • U Mobile
  • Astro

Cara Langgan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap

  • Anda akan ditawarkan mengenai pakej ini mulai Mac 2023 oleh syarikat penyedia perkhidmatan yang menawarkan pakej ini.
  • Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memeriksa dengan syarikat penyedia perkhidmatan sebelum melanggan pakej ini.

Maklumat Lanjut

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranyan anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pakej ini, anda boleh dapatkan melalui kenyataan media melalui website rasmi Kementerian Komunikasi dan Digital

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment