CARA TEBUS KREDIT EPENJANA RM50 EWALLET BERMULA 31 JULAI 2020

CARA TEBUS KREDIT EPENJANA RM50 EWALLET BERMULA 31 JULAI 2020

CARA TEBUS KREDIT EPENJANA RM50 EWALLET

Seperti yang diumumkan oleh kerajaan, rakyat Malaysia akan menerima kredit ePenjana RM50 ewallet yang berada di bawah program yang dipanggil ePenjana.

Di sini kami kongsikan cara untuk mendapatkan kredit ePenjana RM50 ini.

APA ITU EWALLET

e-Dompet atau bahasa Inggeris dikenali sebagai eWallet merupakan dompet digital yang mempunyai fungsi penyimpanan wang dan membolehkan aktiviti membeli-belah secara digital.

TARIKH PENEBUSAN RM50 KREDIT EWALLET

Kredit e-dompet berjumlah RM50 akan dipadankan dengan penawaran baucar diskaun dan pulangan tunai bernilai RM50 bagi pembelian fizikal.

Tempoh memohon RM50 kredit ePENJANA adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

SENARAI APLIKASI UNTUK TEBUS KREDIT EPENJANA EWALLET

Untuk pengetahuan, ianya boleh ditebus melalui 3 aplikasi utama eWallet di Malaysia iaitu;

  • Boost
  • Touch n’ Go eWallet
  • Grabpay

CARA TEBUS KREDIT EPENJANA RM50 EWALLET

Cara untuk membuat penebusan adalah, login ke mana-mana 3 daripada aplikasi tertera di atas tadi, dan masukkan maklumat anda dengan buat pengesahan.

Pengesahan dibuat dengan cara memasukkan nama , no kad pengenalan dan juga gambar kad pengenalan anda serta gambar selfie.

Setelah pengesahan berjaya, maka, RM50 akan dikreditkan kepada anda.

Jika anda anda gagal BSH 2020, boleh buat PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 SECARA ONLINE

TAMBAHAN RM50 MELALUI APLIKASI MySEJAHTERA

Selain itu, terdapat juga tambahan kredit sebanyak RM50 bagi mereka yang telah mendaftar pada aplikasi mySejahtera.

Dengan membuat pendaftaran daripada mySejahtera dan tebus daripada aplikasi eWallet, ini menjadikan eTunai yang diperolehi adalah sebanyak RM100.

CARA TEBUS RM50 ETUNAI MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

Jika anda layak, anda perlu mendaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera, jika masih belum berbuat demikian.

Tetapi jika anda sudah mendaftar, pastikan nama anda di dalam aplikasi MySejahtera adalah sama seperti di kad pengenalan.

Ini kerana sistem MySejahtera akan membuat pengesahan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Untuk memastikan semua proses pendaftaran berjalan dengan lancar, anda harus memasukkan nama penuh seperti yang terdapat di dalam kad pengenalan, termasuk Bin atau Binti, A/L atau A/P, S/O atau D/O dan sebarang simbol termasuk ‘-‘ atau ‘@’.

Semua maklumat ini harus sama di dalam pendaftaran aplikasi MySejahtera dan eWallet. Data peribadi ini tidak akan dikongsi dengan penyedia perkhidmatan eWallet.

Mungkin penerima kredit E-Wallet RM50 EPENJANA tertanya-tanya adakah boleh tukar kredit E-Wallet RM50 EPENJANA kepada cash? Ini CARA TUKAR KREDIT E-WALLET RM50 EPENJANA KEPADA CASH

CARA PILIH EWALLET UNTUK MENEBUS RM50 KREDIIT EPENJANA

Kerajaan telah melantik tiga eWallet sebagai saluran untuk menebus RM50 kredit ePenjana iaitu Boost, Grab dan Touch n Go eWallet.

Ini kerana tiga penyedia perkhidmatan ini memiliki pengguna aktif yang besar serta rangkaian kedai yang menyokong pembayaran tanpa sentuh meluas di seluruh negara.

Anda hanya boleh menebus satu sahaja eWallet untuk menerima RM50 kredit ePenjana ini dan pengesahan identiti pengguna (electronic Know Your Customer atau eKYC) perlu dilakukan di dalam aplikasi eWallet tersebut.

Proses ini memerlukan pengguna memasukkan nama penuh yang sama seperti di kad pengenalan, mengambil gambar kad pengenalan dan berswafoto untuk mengesahkan muka pengguna.

Selepas proses eKYC diluluskan, anda boleh mula menebus kredit RM50 ePenjana.

Rupanya kredit EPENJANA boleh guna untuk bayar bil. Ini CARA BAYAR BIL GUNA EPENJANA

CARA TEBUS RM50 EPENJANA DALAM APLIKASI EWALLET

Ia boleh ditebus dengan menekan banner RM50 ePenjana di dalam aplikasi eWallet dan menuruti langkah yang diberitahu.

Hanya satu tebusan yang dibenarkan.

Jika anda membuat lebih dari satu tebusan, tebusan yang lain tidak akan diluluskan.

CARA GUNA/BELANJAKAN KREDIT EPENJANA

Selepas penebusan berjaya, anda boleh melihat kredit RM50 ePenjana di dalam eWallet anda. Tetapi ingat, ia perlu digunakan sebelum 30 September 2020 atau kredit ini akan ditarik semula.

Kredit RM50 ePenjana ini boleh digunakan untuk semua bentuk pembayaran sama ada di dalam aplikasi eWallet, atau di dalam dan di luar talian, di mana-mana kedai yang menyokong pembayaran eWallet tersebut.

Walaubagaimanapun, kredit ini tidak boleh digunakan untuk dihantar kepada kenalan yang lain. Ia hanya boleh digunakan untuk dibelanjakan.

Ada yang gagal tebus kredit ewallet? Ini SEBAB/PUNCA GAGAL TEBUS KREDIT eWALLET RM50 ePENJANA

MASALAH MEMBUAT PENEBUSAN EPENJANA

Jika anda berhadapan masalah untuk menebus RM50 kredit ePenjana atau anda sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi penyedia perkhidmatan eWallet anda menerusi saluran berikut:

1. Boost

Telefon: +603-2260 9494
E-mel: [email protected]
Laman sesawang: https://support.myboost.com.my/hc/enus/requests/new

2. GrabPay

Telefon: +603-2788 1300
E-mel: [email protected]
Laman Sesawang: https://help.grab.com/passenger/enmy/360045705731-ePenjana-(MY)

3. Touch ‘n Go e-Wallet

Telefon: +603-5022 3888
E-mel: [email protected]
Laman sesawang: https://tngd.my/careline-webform

Dapatkan BORANG RAYUAN BSH 2020 

SOALAN LAZIM EPENJANA

Apakah aplikasi yang menyokong ePenjana?

Boost, TNG eWallet, Grabpay

Berapakah jumlah pemberian eWallet percuma?

RM50 + RM50 (daripada mySejahtera)= RM100

Bolehkah tebus lebih dari sekali dari berlainan aplikasi?

Tidak. Hanya sekali sahaja.

Apakah dokumen diperlukan?

kad pengenalan.

Tags: #CARA PILIH EWALLET UNTUK MENEBUS RM50 KREDIIT EPENJANA #CARA TEBUS KREDIT EPENJANA RM50 #CARA TEBUS KREDIT EPENJANA RM50 EWALLET #CARA TEBUS RM50 EPENJANA DALAM APLIKASI EWALLET #CARA TEBUS RM50 ETUNAI MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA #MASALAH MEMBUAT PENEBUSAN EPENJANA #SENARAI APLIKASI UNTUK TEBUS KREDIT EPENJANA EWALLET #SOALAN LAZIM EPENJANA #TAMBAHAN RM50 MELALUI APLIKASI MySEJAHTERA #TARIKH PENEBUSAN RM50 KREDIT EWALLET

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    MyFutureAgro: PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinMyFutureAgro: PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN Programme ini bertujuan untuk
    PERMOHONAN BSH MAHASISWA 2020 RM100 SEBULAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BSH MAHASISWA 2020 RM100 SEBULAN Bagi Tahun 2020, Permohonan BSH Mahasiswa
    BORANG PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN : INSENTIF KEPADA WARIS PENJAWAT AWAM
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBORANG PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN : INSENTIF KEPADA WARIS PENJAWAT AWAM Kerajaan Malaysia
    PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 BAGI ISI RUMAH BERCERAI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 BAGI ISI RUMAH BERCERAI Ramai yang memberi respon
    1. author

      Rositar Binti Mokhtar2 weeks ago

      CARA TEBUS KREDIT EPENJANA RM50 EWALLET BERMULA 31 JULAI 2020

      Reply
    2. author

      Nur Amirah Zafirah Binti Zainudin2 weeks ago

      CARA TEBUS KREDIT EPENJANA RM50 EWALLET BERMULA 31 JULAI 2020.

      Reply
    3. author

      Salihin2 weeks ago

      Asalammualaikum..Nk tanya…tambahan melalui aplkasi mysejahtera tu mcm mana ye?saya dh lma gak guna my sejahtera ni..Mohon pencerahan..Tq

      Reply
    4. author

      Ugentheran2 weeks ago

      How to get this..

      Reply
    5. author

      Norhaliza binti husin2 weeks ago

      Assalam..nak tnya,bagaimana tambahan melalui aplikasi my sejahtera tu yea?mohon pencerahan..tq

      Reply
    6. author

      [email protected]6 days ago

      Yusribinmohamad

      Reply

    Leave a reply "CARA TEBUS KREDIT EPENJANA RM50 EWALLET BERMULA 31 JULAI 2020"