CARA TUKAR NO AKAUN  BANK GKP(Kemaskini Nombor Akaun Bank  Yang Aktif)

CARA TUKAR NO AKAUN  BANK GKP(Kemaskini Nombor Akaun Bank  Yang Aktif)

CARA TUKAR NO AKAUN  BANK GKP(Kemaskini Nombor Akaun Bank  Yang Aktif)

 

Kepada penerima GKP sebelum ini, jika ada sebarang perubahan pada maklumat bank anda, anda perlu membuat kemaskini GKP 4.0.Contohnya akaun bank anda sudah tidak aktif atau telah tukar bank lain atau nombor akaun bank berubah,sila buat kemaskini bagi memastikan pembayaran GKP 4.0 berjalan lancar.

Bagaimanakah cara tukar no akaun bank GKP?Berikut adalah cara tukar no akaun bank Geran Khas Prihatin:

 

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG KEMASKINI GKP 4.0?

Berikut adalah butiran penting yang anda perlu tahu:

 

TEMPOH KEMASKINI GKP 4.0

 

Anda boleh membuat kemaskini dalam tempoh berikut: Bermula 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.

 

APAKAH JENIS AKAUN BANK GKP YANG PERLU DIKEMASKINI?

Berikut adalah maklumat penting tentang akaun bank GKP:

  • Akaun hendaklah jenis akaun peribadi,bukan akaun bank perniagaan
  • Akaun adalah atas nama penerima/pemohon GKP
  • Akaun bank mestilah aktif

 

CARA TUKAR NO AKAUN  BANK GKP

Berikut adalah cara mengemaskini maklumat akaun bank melalui portal GKP:

  1. Pergi ke laman web https://gkp.hasil.gov.my
  2. Klik ‘Log Masuk’ di bahagian kanan atas.
  3. Isikan nombor kad pengenalan.
  4. Sahkan kod keselamatan.
  5. Isikan kata laluan.
  6. Kemaskini maklumat akaun bank yang betul.

 

SOALAN LAZIM

Saya lulus GKP 3.0,tetapi duit belum masuk,apa yang perlu saya lakukan?

Sila login GKP dan kemaskini maklumat akaun.

 

Bila tarikh bayaran terbaru jika saya telah kemaskini akaun GKP?

Akan dimaklumkan oleh pihak LHDNM

 

Bilakah tarikh akhir kemaskini GKP?

31 Julai 2021

 

Adakah boleh kemaskini maklumat lain dalam GKP 4.0?

Berikut adalah maklumat yang boleh dikemaskini:

  • Alamat
  • No Telefon
  • Akaun Bank

 

Berapakah jumlah bantuan GKP 4.0?

RM1000

 

Bilakah saya boleh menyemak status kelulusan Geran Khas Prihatin 4.0?

Akan dimaklumkan pihak LHDNM

 

Bilakah tarikh pembayaran GKP 4.0?

Akan dimaklumkan pihak LHDNM

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai cara tukar no akaun GKP, boleh hubungi HasilCare Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Info terkini boleh diperolehi dari Facebook LHDNM di sini: https://www.facebook.com/LHDNM/

 

6 thoughts on “CARA TUKAR NO AKAUN  BANK GKP(Kemaskini Nombor Akaun Bank  Yang Aktif)”

Leave a Comment