CARA TUKAR NO HP TABUNG HAJI (Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP TABUNG HAJI (Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP TABUNG HAJI

Sekiranya anda pemilik Tabung Haji dan ingin kemaskini no telefon anda, mesti anda ingin mengetahui bagaimana caranya. Adakah perli pergi ke kaunter tabung haji semata-mata ingin kemaskan no telefon? Disini kami kongsikan cara untuk kemaskini no telefon anda melalui THCC, semoga membantu.

 

APA ITU THCC

Tabung Haji Contact Center (THCC) adalah Inisiatif baru yang disediakan oleh TH bagi menyokong perkhidmatan atas talian dan digital pada masa kini bermula pada 1 saptember 2020.

 

KEMASKINI NO HP TABUNG HAJI MELALUI THCC

Urusan kemaskini maklumat peribadi yang boleh dilaksanakan melalui THCC adalah:

  • Gelaran
  • Nombor telefon rumah/pejabat
  • Alamat Emel
  • Alamat Surat Menyurat
  • Status Perkahwinan
  • Maklumat Pasangan (Nama)
  • Pengesahan Hebahan Promosi & Pemasaran
  • Maklumat Perniagaan/Syarikat

 

TUJUAN THCC

Tabung Haji Contat Center diwujudkan bertujuan untuk:

  • Memberi kemudahan kepada pendeposit yang tidak dapat hadir ke kaunter disebabkan komitmen tugasan dan lain-lain.
  • Menyokong perkhidmatan digitalisasi.
  • Nombor telefon bimbit platform utama perkhidmatan digital THIJARI untuk tujuan penerimaan TAC melalui SMS.
  • Kemaskini maklumat profil pendeposit terkini.
  • Platform penyampaian maklumat dan informasi berkaitan TH.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sekiranya anda ingin mengemaskini no telefon Tabung Haji anda, anda seharusnya menyediakan dokumen seperti berikut terlebih dahulu iaitu:

  • Salinan kad pengenalan berpalang (UNTUK KEGUNAAN TH SAHAJA)
  • Salinan tiga (3) bulan penyata bil telefon terkini atas nama pemohon
  • Memiliki alamat emel sendiri

 

CARA TUKAR NO HP TABUNG HAJI

Setelah anda menyediakan dokumen seperti di atas, anda boleh mengemaskini no hp tabung haji anda seperti berikut:

  • Menghubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-62071919
  • Hantar dokumen yang diperlukan kepada Email THCC: [email protected]

 

SOALAN LAZIM

Adakah urusan kemaskini maklumat peribadi lain memerlukan dokumen yang sama seperti tukar no HP?

  • Tidak. Salinan dokumen yang dinyatakan seperti di atas adalah bagi urusan Kemaskini Nombor Telefon Bimbit sahaja

Adakah sebarang caj atau bayaran yang dikenakan untuk kemudahan ini?           

  • Tiada sebarang caj atau bayaran yang akan dikenakan

Sekiranya pendeposit TH tidak mempunyai nombor telefon bimbit, adakah boleh menggunakan nombor telefon bimbit ahli keluarga yang lain?

  • Tidak. Pendeposit perlu mempunyai nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama pendeposit sendiri kerana melibatkan penerimaan TAC melalui SMS.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan :

  • Menghubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-62071919
  • Laman website Rasmi TH iaitu www.tabunghaji.gov.my

ARTIKEL LAIN 

1 thought on “CARA TUKAR NO HP TABUNG HAJI (Update Mobile Phone Number)”

Leave a Comment