CARA TUNTUTAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN (PSP) PERKESO

CARA TUNTUTAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN PSP PERKESO

CARA TUNTUTAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN PSP PERKESO

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan tentang SUBSIDI SARINGAN COVID-19 KEPADA MAJIKAN sebanyak RM150  yang menjalankan ujian saringan Covid-19. Disini, kami akan kongsikan CARA TUNTUTAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN PSP PERKESO

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SUBSIDI SARINGAN COVID-19 KEPADA MAJIKAN

Program ini masih memberikan tumpuan dan keutamaan saringan Covid-19 melibatkan pekerja-pekerja yang berisiko tinggi jangkitan COVID-19 seperti :

Pekerja warga asing pencarum PERKESO di dalam sektor pembinaan dan kawalan keselamatan yang beroperasi di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Oleh itu, majikan-majikan di sektor pembinaan dan kawalan keselamatan di Selangor dan Kuala Lumpur boleh menjalankan saringan Covid-19 bagi pekerja-pekerja warga asing mereka yang mencarum kepada PERKESO di mana- mana klinik atau hospital yang menawarkan perkhidmatan saringan tersebut.

JENIS UJIAN SARINGAN COVID-19 YANG DIGUNAKAN UNTUK PSP  

Ujian saringan COVID-19 yang ditawarkan dibawah PSP adalah menggunakan kaedah Reverse Transcriptase Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) sebagaimana pengesyoran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

SENARAI PENYEDIA PERKHIDMATAN SARINGAN

Program Saringan Prihatin (PSP)  PERKESO boleh membuat saringan di mana – mana penyedia perkhidmatan (klinik / hospital) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

TARIKH KUAT KUASA SUBSIDI SARINGAN COVID-19 KEPADA MAJIKAN

Berkuatkuasa bagi ujian yang dijalankan bermula 1 Jun 2020

CARA TUNTUTAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN (PSP) PERKESO

Pihak majikan boleh mengemukakan permohonan bagi subsidi ujian saringan tersebut, yang akan dibayar pada kadar maksima RM150 setiap ujian. Tatacara permohonan subsidi tersebut adalah majikan perlu daftar terlebih dahulu pada laman portal PSP.

DAFTAR PSP PERKESO

Layari laman portal PSP PERKESO

Majikan perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan.

Pendaftaran majikan bagi sistem tuntutan subsidi PSP memerlukan maklumat- maklumat berikut:

Profil

1) Kod majikan

2) Nama majikan

3) Alamat perusahaan

4) Nombor telefon

5) Emel

6) Industri

Maklumat bank

1) Nama bank

2) Nombor akaun bank

3) Bank registration number (BRN)

Wakil majikan

1) Nama

2) Jawatan

3) Nombor Mykad

4) Nombor telefon

5) E-mel

Apakah Bank Registration Number (BRN)?

Bank Registration Number (BRN) adalah nombor yang diperolehi daripada bank ketika pembukaan akaun bank syarikat oleh majikan. Majikan perlu memastikan nombor BRN tersebut SAH sehingga kini.

Nombor BRN yang dilengkapkan di dalam portal permohonan subsidi mestilahmenggunakan Huruf Besar (Capital letter) dan angka (alphanumeric) sahaja serta tidak mengandungi special character atau spacing.

KEPUTUSAN SARINGAN

Pekerja boleh memperolehi keputusan saringan secara langsung melalui penyedia perkhidmatan yang dilantik atau klinik berdasarkan pilihan saringan yang dibuat.

Keputusan saringan perlu dinyatakan didalam sistem tuntutan bagi membolehkan bayaran balik bersubsidi dibuat. Dengan membuat tuntutan ini, majikan dan pekerja telah memberi persetujuan untuk mendedahkan keputusan ujian saringan kepada PERKESO

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Pertubuhan Keselamatan Sosial Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan Tingkat 15, Menara PERKESO 281, Jalan Ampang 50538 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia

Telefon: (+6) 03 – 4264 5089

E-mel: [email protected]

Waktu Urusan: 8.30 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Jumaat)

Tags: #CARA TUNTUTAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN (PSP) PERKESO #DAFTAR PSP PERKESO #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SUBSIDI SARINGAN COVID-19 KEPADA MAJIKAN #SUBSIDI SARINGAN COVID-19 KEPADA MAJIKAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    GKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN APA ITU GKP 2.0 Bantuan
    GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN Bagi anda yang ingin
    CARA KEMASKINI BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA KEMASKINI BPN 2.0 Untuk makluman bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan
    CARA DAFTAR BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA DAFTAR BPN 2.0 Jika anda tidak pernah buat permohonan BPN pertama
    1. PROGRAM SARINGAN PRIHATIN PSP PERKESO - Jom Simpan1 week ago

      […] Untuk mengetahui tentang subsidi yang disediakan,baca disini […]

      Reply

    Leave a reply "CARA TUNTUTAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN (PSP) PERKESO"