LUPA PASSWORD STR(Cara Dapatkan Kembali)

LUPA PASSWORD STR(Cara Dapatkan Kembali)

CARI SEMULA LUPA PASSWORD

Kepada pengguna yang ingin Log masuk STR dan anda terlupa lupa password yang anda setkan pada BKM sebelumnya, ini membuatkan anda tidak dapat log masuk akaun MySTR anda. Bagaimana cara untuk reset password BKM? Disini kami kongsikan cara untul cari semula sekiranya anda terlupa password BKM tersebut, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU RESET PASSWORD STR

Untuk pengetahuan anda, seharusnya anda mesti reset kembali kata laluan anda supaya anda dapat log masuk akaun STR anda untuk membuat semakan maklumat pembayaran dan status terkini anda berkaitan STR.

 

CARA RESET LUPA PASSWORD STR

Sekiranya anda terlupa kata laluan, berikut adalah panduan untuk menukar kata laluan akaun STR anda:

  1. Layari pautan MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  2. Klik pada Terlupa Kata Lalaun
  3. Masukkan e-mel yang berdaftar pada permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
  4. Kata laluan sementara akan diemelkan pada e-mel yang didaftarkan berkenaan
  5. Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
  6. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
  7. Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu

 

PUNCA GAGAL TUKAR KATA LALUAN STR

Anda mungkin anda gagal menukar kata lalaun STR kerana tidak masukkan email yang anda daftar BKM tempohari

  • Pastikan ingat betul-betul email anda, samada Gmail atau Yahoo!
  • Pastikan ejaan email anda adalah betul

 

CARA DAPATKAN PASSWORD STR DI TELEFON

Untuk makluman anda, Kata Laluan dan email yang terdapat pada STR adalah sama seperti anda daftar BKM sebelum ini. Sekiranya anda lupa password yang anda daftar semasa BKM dahulu, anda boleh cari semula password tersebut berikut adalah cara untuk dapatkan kembali kata laluan STR anda:

  1. Buka aplikasi google chrome di handphone anda
  2. Pada paparan utama google, Klik pada tiga titik bertindah di penjuru kanan atas
  3. Seterusnya klik pada setting dan klik pada Password
  4. Kata laluan anda akan tertera pada kata kunci yang dicari:  contoh BKM
  5. Klik pada mata untuk melihat kata lalaun anda
  6. Salin kata laluan BPR anda tersebut dan anda boleh digunakan semasa Loin BKM nanti.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) LUPA PASSWORD STR

Saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Sila cuba semula selepas 24 Jam”. Jika saya masih lupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, apakah yang perlu saya lakukan?

  • Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaandan akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam.
  • Sekiranya masih terlupa, boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun STR.
  • Selepas akaun STR telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MySTR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

ARTIKEL BERKAITAN:

9 thoughts on “LUPA PASSWORD STR(Cara Dapatkan Kembali)”

  1. saya seorang perniaga dalam bidang pelancongan yang memohon bantuan geran prihatin. keputusan diketahui tidak lulus sebab tiada jualan. saya amat kecewa dengah keputusan dan alasan LHDN bagi. sebab bidang pelancongan amat perlu pertolongan . tapi tidak apa apa bantuan.

    Balas
  2. Saya pemadu teksi. Saya take dapat bantuan rm 3000. Justru macam mana boleh saya nak moon bantuan in Terima kasih.

    Balas
  3. permohonan telah ditutup…bila akan dibuka semula permohonan gpk yang tercicir?harap beri peluang kepada yang belum mohon…

    Balas

Leave a Comment