CHECK BAKI TABUNG HAJI:SEMAKAN BALANCE ONLINE(THIJARI & MAYBANK2U)

CHECK BAKI TABUNG HAJI:SEMAKAN BALANCE ONLINE(THIJARI & MAYBANK2U)

CHECK BAKI TABUNG HAJI

Sekiranya anda mempunyai Akaun Tabung Haji, anda boleh membuat penyemakan akaun dengan lebih mudah menggukan Portal Thijari. Bagaimana cara ingin daftar Thijari? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU THIJARI

 

THiJARI ialah sebuah aplikasi yang memaparkan maklumat berkaitan dengan Tabung Haji. Selain itu fungsi THiJARI adalah merupakan sebuah portal online yang memaparkan berita semasa dan updates mengenai musim haji.

 

Selain itu, pengguna juga boleh mengemaskini urusan akaun pendeposit termasuk pindahan wang, pendaftaran dan semakan keahlian Kelab TaHa, informasi , direktori, berita dan promosi terkini.

 

MUAT TURUN APLIKASI

 

Anda juga seharusnya memuat turun (download) aplikasi Thijari untuk memudahkan urusan anda seharian:

  • Bagi penggunan Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.thijari.app&hl=en&gl=US
  • Bagi pengguna IOS: https://apps.apple.com/ca/app/thijari-my/id1497670808

 

CARA DAFTAR THIJARI

 

NOTA: Penyimpan perlu memastikan bahawa telah mengemas kini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di mana-mana kaunter TH. Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan. Penyimpan TH diminta untuk mengesahkan nombor telefon bimbit untuk mengelakkan masalah semasa proses log masuk pada sistem THiJARI.

 

Selepas anda daftarkan No Telefon,  anda boleh daftar Portal Thijari untuk memudahkan anda menyemak secara online. Berikut adalah merupakan cara daftar Thijari:

  1. Layari pautan portal Thijari: https://www.thijari.com.my/
  2. Pada paparan Utama, klik pada DAFTAR
  3. Isikan maklumat yang diperlukan:
    1. Nombor Kad Pengenalan
    2. Nombor Akaun TH
  4. Tekan seterusnya. Apabila maklumat sepadan, Isi Nombor Telefon Berdaftar
  5. Seterusnya semak dan sahkan:
    1. Nombor Kad Pengenalan
    2. Nombor Akaun TH
    3. Nombor Telefon Bimbit
  6. Masukkan nombor TAC yang diterima dalam hanphone anda.
  7. Isikan butiran yang diperlukan seperti:
    1. Kata Nama – sebagai Key Pharase
    2. Kata Laluan – ciptakan kata laluan anda
    3. Nama Pengguna – masukkan ID Pengguna ada
    4. Negeri Terkini – isikan negeri terkini anda berada
  8. Tick kan pada Terma & Syarat
  9. Tahniah, Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna THiJARI!

 

 

CARA LOGIN THIJARI

 

Selepas proses pendaftaran seperti di atas, anda boleh Login akaun Thijari anda. Berikut adalah merupakan cara Login:

  1. Layari pautan portal Thijari: https://www.thijari.com.my/
  2. Masukkan ID Pengguna anda
  3. Tekan Log Masuk
  4. Pastikan kata Nama anda akan terpapar
  5. Masukkan Kata Laluan anda
  6. Tekan Log Masuk
  7. Anda telah berjaya Login akaun Thijari anda

 

CHECK BAKI TABUNG HAJI ONLINE GUNA THiJARI

Anda tidak perlu lagi untuk pergi ke TH bagi dapatkan baki Tabung Haji yang ada. Anda hanya perlu log in THiJARI sahaja. Disana akan dipaparkan jumlah baki yang ada.

Caranya : THiJARI > Ringkasan Akaun > Dipaparkan jumlah baki yang tersimpan di dalam akaun Tabung Haji

 

CHECK BAKI TABUNG HAJI ONLINE GUNA MAYBANK2U

Berikut adalah langkah semakan baki Tabung Haji melalui Maybank2u :

  1. Buka laman web Maybank2u yang baru https://www.maybank2u.com.my/
  2. Login macam biasa (masukkan ID dan password).
  3. Skrol ke bawah nanti akan ada jumpa Akaun Tabung Haji
  4. Tekan link tu dan maklumat Akaun Tabung Haji akan dipaparkan.

 

SOALAN LAZIM

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan THiJARI?

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

  • Semak Baki Tabung Haji
  • Senarai Transaksi
  • Pendaftaran Haji
  • Segala Urusan Berkaitan Haji
  • Segala Urusan Berkaitan Kelab TaHa/[email protected]

 

Apakah syarat untuk mendaftar dengan THiJARI?

Pendeposit mesti memiliki akaun aktif dan dikemas kini dengan TH. Kemas kini maklumat boleh dilakukan di kaunter TH terdekat. Hanya akaun dewasa yang dibenarkan mendaftar dengan THiJARI.

 

Apa yang perlu dilakukan sekiranya pendeposit lupa ID pengguna / kata laluan?

Penyimpan perlu menukar kata laluan mereka dengan mengklik “Lupa Maklumat Masuk”.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai check baki Tabung Haji, anda boleh layari web rasmi Tabung Haji di pautan www.tabunghaji.gov.my atau hubungi:

  • Phone : +603 – 6207 1919
  • SMS : TH < space > query and send it to 33990
  • Email : [email protected]

Artikel Lain :

TEMUJANJI TH BORANG ONLINE:CARA BUAT JANJI TEMU TABUNG HAJI

AKAUN TH SECARA MAYA:CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI SECARA VIRTUAL ACCOUNT OPENING(VAO)

DUIT TABUNG HAJI:CARA KELUARKAN DUIT DI KAUNTER,ATM & ONLINE

BONUS TABUNG HAJI 2020:TARIKH PENGUMUMAN & KADAR PERATUS DIVIDEN

CARA LINK TABUNG HAJI DENGAN CIMB CLICKS/MAYBANK2U/i- RAKYAT/BANK ISLAM

THiJARI LOGIN:DAFTAR,LOG MASUK,KEMASKINI & SEMAKAN RAYUAN HAJI(thijari.com.my)

Tags: #CHECK BAKI TABUNG HAJI #CHECK BAKI TABUNG HAJI GUNA MAYBANK2U #CHECK BAKI TABUNG HAJI GUNA THIJARI #CHECK BAKI TABUNG HAJI maybank2u.com.my #CHECK BAKI TABUNG HAJI thijari.com.my #CHECK BAKI TH #CHECK BAKI TH maybank2u.com.my #CHECK BAKI TH ONLINE #SEMAKAN BALANCE TABUNG HAJI ONLINE(THIJARI & MAYBANK2U)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "CHECK BAKI TABUNG HAJI:SEMAKAN BALANCE ONLINE(THIJARI & MAYBANK2U)"