CHECK BAYARAN i-SINAR TERKINI:DUIT i-SINAR DAH MASUK?
Selepas proses pindaan pengeluaran i-Sinar pada bulan Mac 2021,bayaran bulanan i-Sinar untuk kategori 1,2 dan tanpa syarat sudah berubah.Jadi bagaimana nak check bayaran i-Sinar terkini?
ADAKAH BAYARAN BULANAN i-SINAR TELAH BERUBAH?
Ya, selepas proses pindaan pengeluaran i-Sinar telah dibuat,tarikh bayaran bulanan i-Sinar telah berubah dan tidak mengikut jadual pembayaran i-Sinar.
Tarikh terbaru dan terkini hanya boleh disemak melalui i-Akaun sahaja.Maka anda perlu daftar i-Akaun KWSP.
KENAPA DUIT i-SINAR DAH TOLAK TETAPI BELUM MASUK KE AKAUN BANK?
Penolakan wang daripada akaun 1 tetapi bayaran i-Sinar ke akaun bank masih belum masuk,kenapa ia berlaku?
Melalui i-Akaun KWSP,ahli boleh menyemak jumlah akaun 1 mereka telah ditolak daripada baki akaun 1,ini bermakna wang i-Sinar telah dikreditkan kepada pihak bank.Berdasarkan SOP bank,ia mengambil masa sehingga ke 5 hari untuk proses kredit ke akaun penerima.Ia juga mengambil masa sehingga jam 9 – 10 malam untuk urusan kredit ke akaun penerima.
KENAPA STATUS i-SINAR EXPIRED?
i-Sinar expired bermaksud i-Sinar anda telah luput. Ia bermakna tiada lagi bayaran bulanan i-Sinar.Bagaimanakah nak semak status i-Sinar?Ahli perlu log masuk i-Akaun KWSP dan buat semakan status i-Sinar.
Jika bayaran i-Sinar bulan April jatuh pada 9/4/2021(Jumaat),maka bayaran i-Sinar bulan Mei jatuh pada 11/5/2021(Selasa)
Berdasarkan maklumkan terkini pihak KWSP,bayaran mula dikreditkan bermula 3/5/2021 sehingga 11/5/2021.
Ia dibayar secara berperingkat dan bergantung kepada bank pula menyelesaikan pembayaran kepada penerima.
Biasanya ia mengambil masa 1 hingga ke 5 hari untuk proses pembayaran.
SOALAN LAZIM
Bila duit i-Sinar bulan April?
Sila login i-Akaun KWSP untuk buat semakan bayaran i-Sinar.
Kenapa duit i-Sinar belum masuk?
Proses pengkreditan ke akaun ahli KWSP mengambil masa sehingga 5 hari bekerja.
Adakah mungkin duit i-Sinar masuk selepas waktu bekerja?
Ya,duit i-Sinar mungkin masuk ke akaun bank sehingga jam 10 malam.
Apa yang saya perlu lakukan untuk memudahkan urusan i-Sinar?
Sila daftar i-Akaun KWSP
Bagaimanakah cara daftar i-Akaun KWSP?
Rujuk CARA REGISTER i-AKAUN KWSP
Macam mana nak check bayaran i-Sinar terkini?
Melalui i-Akaun KWSP
Bilakah tarikh akhir pembayaran bulan April akan selesai?
Sebelum atau pada 16 April 2021
Tags: #ADAKAH BAYARAN BULANAN i-SINAR TELAH BERUBAH? #Adakah mungkin duit i-Sinar masuk selepas waktu bekerja? #Apa yang saya perlu lakukan untuk memudahkan urusan i-Sinar? #Bagaimanakah cara daftar i-Akaun KWSP? #Bila duit i-Sinar bulan April? #Bilakah tarikh akhir pembayaran bulan April akan selesai? #CHECK BAYARAN i-SINAR TERKINI #DUIT i-SINAR DAH MASUK? #Kenapa duit i-Sinar belum masuk? #KENAPA DUIT i-SINAR DAH TOLAK TETAPI BELUM MASUK KE AKAUN BANK? #KENAPA STATUS i-SINAR EXPIRED? #Macam mana nak check bayaran i-Sinar terkini?
Uma moopan2 tahun ago
Bila masuk i-sinar bulan April boleh semakan sy
Uma moopan2 tahun ago
Lestari boleh semakan sdh msk account sy
Mohd makhbul b abd rahman Abd rahman2 tahun ago
??
Mohd makhbul b abd rahman Abd rahman2 tahun ago
Nk semak baki i sinar
RAJAN A/L PANNIRSELVAM2 tahun ago
Duit pindaan i sinar belum masuk akaun bank sudah 2minggu lebih
MOHD AIMAN BIN ABDUL Aiman2 tahun ago
Bilakah pembayaran I lestari sy yg terakhir?? I-sinar bulan April bila ia dimasukkan dalam akaun.. Tolong berikan sy maklumbalas sebab sy tidak dapat menyemak i-akaun sy..
Muhammad Fahdirul Fahdirul2 tahun ago
Woi,,duit aku mana,,selalu 4hb dah masuk,,ini dah 4hb,,tak masuk lagi,,ikut jelah tarikh nya,,gaji orang kwsp pun ikut tarikh,,ini duit kita orang itu je tarikh,,jangan asyik nak makan duit rakyat,,
Muhammad Fahdirul Fahdirul2 tahun ago
Ini dah petang,,hari bekerja,,bukan hari cuti,,aku dari pagi sampai sekarang cek akaun bank aku,,duit tak masuk lagi,,benda gila kau orang ini,,apa lagi alasan kau orang,,itu duit,,duit aku,,bukan duit kerajaan,,kerajaan sendiri pun tak ada duit,,benda tak susah,,ada dalam sistem,,hujung jari je,,sampai time masukkan duit rakyat,,
Mohd Najib bin Alu2 tahun ago
Tak masuk pun duit?Mcm lama sgt jer??
Roslee Lee2 tahun ago
Check bayaran isinar terkini
Siti Aisyah Binti Zakaria2 tahun ago
Maaf saya nak tanya kenapa pindaan duit kwsp saya belum masuk bulan 5 dan 6padahal masih tertungak 1500 lagi.
Muhammad Kamal bin Ahmad basir2 tahun ago
Txk tau lgi bila nxk kemana pi sana pi sini
Duit txk mai mai…dah mula terasa terhegeh hegeh di lihat rakyat pelbagai soalan biasa …kemana lgi nxk pi ,sudah nye yg di belakang bayar saman …
Uma moopan2 tahun ago
Tlg check bayaran i-sinar duit dah masuk bank bsn