CONTOH SOALAN UKKM MRSM

CONTOH SOALAN UKKM MRSM

CONTOH SOALAN UKKM MRSM

Anda dah buat semakan lokasi ujian UKKM kepada yang buat permohonan kemasukan ke MRSM tahun 2021 untuk tingkatan 1 dan 4?

APA ITU UKKM?

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Untuk pengambilan pelajar MRSM tahun 2021, pelajar Tahun Enam dan pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diwajibkan menduduki ujian ini.

Peperiksaan ini adalah untuk menguji potensi dan minat pelajar sebelum melayakkan diri ke peringkat pertimbangan kemasukan ke MRSM.

Terdapat empat subjek atau ujian yang perlu diambil oleh pemohon serta mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus setiap satu ujian yang diduduki.

Untuk pemohon yang memohon Ulul Albab, anda dikehendaki menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan. Suka diingatkan bahawa keutamaan akan diberi kepada pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Pembatalan peperiksaan awam iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3 menjadikan syarat kelayakan ujian digunakan bagi pemilihan pelajar masuk ke MRSM.

Permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuka kepada semua yang layak bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020,rujuk CARA PERMOHONAN BPN 2.0 ONLINE

Kriteria utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi 2021 adalah wajib lulus Ujian dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES).

MARA masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah pengambilan dalam kalangan golongan B40.

Di bawah merupakan maklumat-maklumat berkenaan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM sebagai rujukan untuk semua. Bagi calon Tingkatan 1, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris Tahap II sekolah rendah.

Manakala bagi calon Tingkatan 4, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris peringkat menengah rendah.

FORMAT UKKM

Berikut merupakan perincian format mengikut subjek yang dikongsikan oleh MARA bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:

  1. Matematik
  • Masa menjawab adalah 30 minit
  • Jumlah soalan Matematik yang perlu dijawab adalah 20 soalan yang berbentuk objektif
  1. Bahasa Inggeris
  • Masa yang diperuntukkan adalah selama 30 minit
  • Calon perlu menjawab sejumlah 15 soalan objektif
  1. Sains
  • Hanya 30 minit diperuntukkan untuk menjawab
  • Terdapat 30 soalan berbentuk objektif
  1. Ujian Keperibadian
  • Sebanyak 100 soalan objektif yang perlu dijawab
  • Calon dikehendaki menjawab dalam masa 30 minit
  1. Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1
  • Masa menjawab yang diperuntukkan adalah 35 minit
  • Khusus untuk calon yang memohon program Ulul Albab, anda diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan dan tulisan jawi.
  • Sebagai rujukan kepada calon, berikut adalah nota berkaitan ujian hafazan pada ambilan sebelum ini:
  • Menghafaz ayat-ayat hafazan dalam masa 25 minit
  • Aspek yang dinilai adalah kelancaran, tajwid dan hafazan.
  • Hafazan wajib pada tahun sebelum ini adalah Ayat 1 hingga 12 Surah Al Mulk.
  • Semakan UKKM Dan Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021
  • Pihak MARA telah mula memanggil calon untuk menduduki Peperiksaan UKKM dan Ujian Hafazan Ulul Albab bermula 16 September 2020.

CONTOH SOALAN UKKM MRSM

Berdasarkan carian kami, sukar untuk mendapatkan contoh soalan UKKM MRSM disebabkan soalan adalah sulit dan tidak didedahkan kepada umum.

Menurut pelajar-pelajar yang pernah menduduki UKKM sebelum ini, soalan Matematik adalah soalan yang pelik-pelik.

Sebenarnya, bukan pelik-pelik, tetapi ia memang menguji minda seseorang itu. Jika pelajar benar-benar faham, mereka pasti akan mendapat jawapannya.

CONTOH SOALAN MATEMATIK UKKM

Seorang petani mempunyai 100 ekor lembu dan ayam. Jumlah kesemua kaki binatang ialah 250. Berapa ekor ayam yang ada?

CONTOH SOALAN SAINS UKKM

Berkenaan soalan Sains, ia lebih kepada Pengetahuan Am. Sekiranya pelajar memang suka membaca dan menonton dokumentari, memang mudah untuk menjawab soalan ini.

CONTOH SOALAN UJIAN KEPERIBADIAN UKKM

Ujian Keperibadian adalah lebih kepada personaliti diri.

CONTOH SOALAN ULUL ALBAB UKKM 

Berikut pula ialah antara contoh soalan UKKM Ulul Albab. Ini adalah ujian khas dan perlu diduduki oleh pelajar.

  • Pelajar akan diberikan ayat-ayat untuk dihafal
  • Masa yang diberikan adalah 25 minit sahaja
  • Contoh ayat hafazan yang diberikan pada tahun-tahun sebelum ini ialah Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12
  • Penilaian akan dibuat berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid dan juga hafazan itu sendiri
  • Ujian Khas Ulul Alab untuk setiap pelajar ialah selama 35 minit sahaja dan perlu mengikut giliran

TARIKH PELAKSANAAN UKKM

Ujian ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 21 September 2020 sehingga Disember 2020 bagi Tingkatan 1 dan 4 di pusat-pusat ujian terpilih

Jemputan untuk menduduki Ujian ini dilaksanakan secara berperingkat dan calon akan dimaklumkan melalui SMS dan emel

CARA BUAT SEMAKAN STATUS TAWARAN MENDUDUKI UKKM

Sehubungan dengan itu, calon adalah diminta untuk menyemak status tawaran menduduki ujian dari masa kesemasa melalui pautan berikut :-

Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1

Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4

Bagi negeri yang sedang dilaksanakan PKPD, tarikh ujian akan hanya dilaksanakan selepas perintah tersebut ditarik semula

Buat masa ini, bagi mematuhi arahan kerajaan, peperiksaan UKKM di Kedah dan Sabah akan hanya diadakan pada tarikh yang akan diberitahu kelak

PERINGATAN KEPADA CALON UKKM

  • Tempoh ujian adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek
  • Ujian akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan
  • Ujian akan diadakan di antara bulan September hingga Disember 2020
  • Pilihan tempat melalui sistem permohonan MyMRSM
  • Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki ujian
  • Pemohon akan dimaklumkan berkaitan Ujian melalui SMS/ e-mel dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan atau maklumbalas boleh emel kepada [email protected] Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk

Layari Portal Rasmi MARA

Hubungi :03-2613 2000

Emel:[email protected]

 

Tags: #CARA BUAT SEMAKAN STATUS TAWARAN MENDUDUKI UKKM #CONTOH SOALAN MATEMATIK UKKM #CONTOH SOALAN SAINS UKKM #CONTOH SOALAN UJIAN KEPERIBADIAN UKKM #CONTOH SOALAN UKKM MRSM #CONTOH SOALAN ULUL ALBAB UKKM

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah
    1. author

      ainn nur fetryea binti abdul rahman8 months ago

      mohon berikan contoh-contoh soalan mrsm tingkatan 1.

      Reply
    2. author

      nafizah8 months ago

      jawapan untuk soalan math itu ialah 100

      Reply
    3. author

      Norkiah binti Zahari8 months ago

      Mohon contoh soalan UKKM MRSM untuk tingkatan 1

      Reply
    4. author

      Azri8 months ago

      Apa jawapan untuk soalan ayam tu?

      Reply
    5. author

      Salina6 months ago

      MOHON SOALAN UKKM TNGKATAN SATU…

      Reply
    6. author

      Anonymous5 months ago

      Jawapan soalan ayam dan kambing , kambing 25, ayam 75

      Reply
    7. author

      Rosnah bte buang5 months ago

      Contoh soalab ulkm mrsm

      Reply
    8. author

      Rozaimi Nurdin5 months ago

      Mohon contoh soalan ukkm mrsm

      Reply

    Leave a reply "CONTOH SOALAN UKKM MRSM"