CONTOH SURAT KEBENARAN BEKERJA SEKTOR AWAM DAN SWASTA SEMASA PKP
Berdasarkan permintaan dan kajian kami tentang contoh surat kebenaran bekerja daripada sektor kerajaan dan juga sektor swasta, tiada lagi surat yang mudah dan senang untuk dimuat turun untuk dijadikan sebagai contoh dan boleh disalin terus(Copy Paste) sahaja, tetapi perlu diubah suai untuk kegunaan majikan dan individu yang memelukan .
Jika anda bekerja dengan syarikat,boleh je cetak SURAT KEBENARAN MITI/MITI’s Approval Letter untuk pergerakan dalam daerah/negeri
Semua sedia maklum tentang kepentingan surat ini untuk mendapat pelepasan perjalanan dan melindungi diri kita daripada ditahan kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang sedang dilaksanakan di negara ini. Contoh Surat Kebenaran Bekerja ini terdiri daripada sektor awam dan juga swasta untuk memudahkan anda.
Sebenarnya mudah sahaja untuk membuat surat ini, kita boleh tulis surat menggunakan format surat rasmi yang kita belajar di sekolah dahulu sahaja, tetapi maklumat dan perincian dalam surat ini penting dan benar untuk mengelakkan timbul masalah kepada majikan dan pekerja.
Adakah korang tahu apa PERBEZAAN PKPD & PKPD PENTADBIRAN?
Anda boleh muat turun/download/ copy paste secara percuma contoh surat kebenaran bekerja sektor awam dan swasta semasa pkp yang boleh dijadikan surat pelepasan perjalanan semasa keluar rumah bagi melaksanakan tugas rasmi.
CIRI-CIRI UTAMA YANG PERLU ADA DALAM SURAT KEBENARAN BEKERJA SEMASA PKP
Antara ciri utama yang perlu ada dalam surat kebenaran bekerja semasa pkp adalah:
- Tajuk surat (tajuk surat penting sebab PDRM akan tengok yang ini)
- Tujuan kebenaran( tujuan dibenarkan bekerja)
- Had kebenaran (jarak/ tempat bekerja)
- Tempoh masa kebenaran (sehari/seminggu/sebulan/sepanjang pkp)
- Surat ditulis dengan taip komputer dan dicetak(bukan tulis tangan)
- Ada rujukan untuk dihubungi
- Menggunakan letterhead majikan (kepala surat)
Nak cari format terkini Surat Permohonan RENTAS DAERAH/NEGERI?
TUJUAN SURAT KEBENARAN BEKERJA SEMASA PKP
Ini bagi mengelakkan sesetengah pihak sengaja bergerak bebas keluar tanpa alasan munasabah yang sebahagiannya mendakwa perlu memenuhi tuntutan kerja, oleh itu Surat seperti ini diperlukan. Setiap kementerian terlibat akan mengeluarkan surat pelepasan perjalanan akan dikeluarkan kepada kakitangan awam.
Jangan sesekali anda mahu keluar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP tidak membawa surat. Jika tidak anda akan menghadapi masalah oleh anggota polis atau tentera samada diarahkan untuk berpatah balik ataupun dikenakan tindakan susulan. Sehingga tempoh PKP berlangsung, jika anda bawa surat ini ketika tempoh anda bertugas anda sama sekali tidak akan mempunyai masalah melalui sekatan polis dan tentera.
Anda terlupa nombor ahli KWSP? bagaimanakah cara CHECK NO AHLI KWSP GUNA NOMBOR IC?
CONTOH SURAT KEBENARAN BEKERJA SEKTOR AWAM
(Print guna letterhead kementerian / jabatan )
Rujukan surat
Tarikh :
SEMUA KAKITANGAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH ( nama daerah)
(SURAT ARAHAN INI HANYA SAH DIKEMUKAN BERSAMA PAS PENGENALAN PEKERJA)
Tuan/Puan,
ARAHAN MENJALANKAN TUGAS SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PADA 18 MAC 2020 HINGGA 12 MEI 2020.
Saya diarah merujuk kepada perkara diatas dan Perintah Kawalan Pergerakn yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dala perutusan khas pada 23 April 2020 berdasarkan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
- Adalah dimaklumkan bahawa tuan/puan dikehendaki bertugas di jabatan/bahagian/ unit tuan/puan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
- Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasi.
Sekian
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah
___________________
(nama )
(jawatan)
CONTOH SURAT KEBENARAN BEKERJA SEKTOR SWASTA
(Print guna letterhead majikan/syarikat)
Alamat Syarikat
Nombor telefon
Kepada;
Yang Berkenaaan
Rujukan Kami : (Nombor rujukan surat majikan/syarikat) TARIKH :
Tuan/Puan,
PERKARA : SURAT PENGESAHAN / SURAT KEBENARAN BEKERJA
Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa syarikat dan individu seperti yang dinyatakan di bawah :
Nama Syarikat :
Nama pekerja :
No Kad Pengenalan :
Adalah syarikat dan salah seorang pekerjanya yang terlibat dalam menguruskan perniagaan dan pemasaran produk yang dihasilkan oleh (Nama syarikat) ini bertanggunjawab untuk memastikan bekalan (sektor pekerjaan yang dibenarkan bekerja) di Malaysia tidak terputus dan cukup.
Untuk makluman pihak tuan/puan, (nama syarikat ) melalui surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industrri (MITI) bertarikh ( tarikh kelulusan) (nombor rujukan kebenaran MITI ) telah mendapat kelulusan dari MITI untuk beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).
Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik Tuan/Puan untuk memberi kebenaran kepada syarikat dan pekerja yang dinyatakan dalam surat ini untuk meneruskan perjalanan dan melaksanakan tugas rasmi beliau bagi tujuan yang dinyatakan di atas.
Untuk sebarang pertayaan lanjut, sila hubungi Jabatan Sumber Manusia di talian bernombor 03XXXXXXXX (Encik Abu)
Terima Kasih
Yang Benar
(nama syarikat)
_________________
(nama ketua sumber manusia syarikat/ pengarah syarikat)
boeh juga rujuk SURAT KEBENARAN BEKERJA SEMASA PKPB
CONTOH BORANG RENTAS DAERAH
Disini kami juga serta contoh borang rentas daerah yang disedikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk urusan rentas/keluar daerah bagi tujuan kecemasan. Muat turun contoh borang rentas daerah disini.
CONTOH SURAT PELEPASAN UNTUK COD BARANG DALAM TEMPOH PKP
Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan kami, sekarang ini pihak berkuasa tempatan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengeluarkan garis panduan kepada khidmat penghataran makanan /rider ini. Jadi lebih baik anda rujuk untuk melancarkan urusan anda.
Ini pula CONTOH SURAT PANGGILAN BEKERJA OLEH MAJIKAN
MAKLUMAN
Segala isi surat dan maklumat yang dikongsi ini adalah berdasarkan rujukan daripada contoh surat sektor awam dan contoh surat sektor swasta yang digunakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk pihak yang berkenaan seperti MKN dan PDRM.
CONTOH SURAT KEBENARAN BEKERJA SEKTOR AWAM DAN SWASTA SEMASA PKP
CONTOH SURAT KEBENARAN BEKERJA SEKTOR AWAM DAN SWASTA SEMASA PKP
Assalam, jika seseorang perlu pergi ke luar negara pada masa ini contohnya ke Iraq untuk tujuan perbincangan terhadap sesuatu projek yang akan dijalankan, apakah prosedur yang mesti diikuti supaya dapat melakukan perjalanan penerbangan pergi dan balik. Tk