CONTOH SURAT PANGGILAN BEKERJA OLEH MAJIKAN

CONTOH SURAT PANGGILAN BEKERJA OLEH MAJIKAN

CONTOH SURAT PANGGILAN BEKERJA OLEH MAJIKAN

 

Jika anda majikan yang perlu memanggil pekerja untuk bertugas atau mula bekerja dalam masa terdekat, anda perlu menyediakan satu surat rasmi iaitu SURAT PANGGILAN BEKERJA OLEH MAJIKAN untuk memudahkan urusan perjalanan pekerja anda melapor dan hadir bekerja.

Semua sedia maklum, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), banyak aktiviti dan kegiatan ekonomi tidak boleh dilakukan  seperti biasa. Maka ramai pekerja yang bercuti di kampung dan bersama keluarga masing-masing.

Nak cari format terkini Surat Permohonan RENTAS DAERAH/NEGERI?

Bagi tujuan memanggil pekerja untuk hadir bekerja semula, sebaiknya, majikan sediakan satu surat untuk mengesahkan tentang panggilan bekerja oleh majikan. Surat ini juga diperlukan untuk tujuan pergerakan pekerja yang ingin kembali bekerja. Pihak PDRM akan meminta anda menunjukan surat ini untuk membuktikan anda dipanggil untuk bekerja/bertugas

Baca juga CONTOH SURAT KEBENARAN BEKERJA SEKTOR AWAM DAN SWASTA SEMASA PKP

Untuk memudahkan urusan majikan, kami sediakan CONTOH SURAT PANGGILAN BEKERJA OLEH MAJIKAN, edit sahaja dan boleh diemel kepada pekerja anda.

 

CONTOH SURAT PANGGILAN BEKERJA OLEH MAJIKAN

(Print guna letterhead majikan/syarikat)

Alamat Syarikat

Nombor  telefon
______________________________________________

Kepada;

Tuan/Puan,                                                 TARIKH :

(NAMA PEKERJA)

PERKARA : SURAT PANGGILAN  BEKERJA OLEH MAJIKAN

Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa syarikat akan memulakan operasi semula pada (tarikh) . Maka, anda perlu hadirkan diri untuk bekerja pada tarikh yang dinyatakan. Berikut adalah butiran maklumat berkaitan hari mula bekerja syarikat  :

Tarikh   : > tarikh mula bertugas <

Alamat  : > tempat bekerja <

Waktu mula bertugas : > waktu hadir/pulang bertugas

Jadual bertugas/ kerja : > jika ada <  atau sediakan lampiran

Adalah menjadi tugas syarikat / majikan  untuk menyediakan suasana dan persekitaran kerja yang selamat dan bebas daripada virus Covid-19, maka anda perlu membaca, memahami dan mengamalkan SOP yang berkaitan dengan bidang tugas anda bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung.

Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak syarikat/majikan telah mengikuti segala SOP dan arahan daripada  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industrri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)  untuk beroperasi  sepenuhnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB).

Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik Tuan/Puan untuk hadir bekerja seperti maklumat yang  dinyatakan dalam surat ini untuk melancarkan urusan operasi syarikat/majikan.

Untuk sebarang pertayaan lanjut, sila hubungi Jabatan Sumber Manusia di talian bernombor  03XXXXXXXX (Encik Ali)

Terima Kasih

Yang Benar

(nama syarikat)

_________________

(nama ketua sumber manusia syarikat/ pengarah syarikat)

 

 

1 thought on “CONTOH SURAT PANGGILAN BEKERJA OLEH MAJIKAN”

Leave a Comment