COVID-19: HAK PEKERJA YANG PERLU MAJIKAN PATUHI

COVID-19: HAK PEKERJA YANG PERLU MAJIKAN PATUHI

COVID-19: HAK PEKERJA YANG PERLU MAJIKAN PATUHI

COVID-19: HAK PEKERJA YANG PERLU MAJIKAN PATUHI

Bagi mengendalikan isu yang berkaitan pekerja ekoran penularan Covid-19. Majikan dikehendaki mematuhi Akta Kerja 1955.  Majikan yang gagal mematuhi garis panduan dalam pengendalian isu berhubung penularan COVID-19 di tempat kerja, khususnya membabitkan perintah kuarantin, cuti sakit dan pemberhentian kerja boleh dikenakan hukuman mengikut Akta Kerja 1955.

Pekerja pula hendaklah mengambil tahu hak mereka supaya tidak berlaku penindasan yang dilakukan oleh pihak majikan yang hanya memikirkan keuntungan berbanding keselamatan dan hak pekerja.

Berdasarkan makluman daripada Kementerian Sumber Manusia , majikan perlu mengikut garis panduan berhubung perintah kuarantin, pemberhentian kerja, kelayakan cuti dan pemeriksaan kesihatan dalam kalangan pekerja sepanjang Covid-19  termaktub mengikut Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955.

SEKSYEN 60F DAN SEKSYEN 60E (1B) AKTA KERJA 1955

1.Majikan perlu memberikan cuti sakit bergaji atau kelayakan hospitalisasi sepanjang tempoh rawatan di hospital bagi pesakit yang disahkan mempunyai simptom jangkitan covid-19.

Pekerja yang diberi arahan kuarantin melebihi tempoh kelayakan cuti sakit atau hospitalisasi, hendaklah diberikan kemudahan bayaran tambahan, selain diarahkan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan atas pembiayaan majikan.

2. Pekerja yang diberi perintah kuarantin atau perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tidak boleh dipaksa menggunakan cuti tahunan sepanjang tempoh berkenaan.

GARIS PANDUAN CUTI SAKIT BERGAJI

1.Tempoh kelayakan cuti sakit bergaji dalam setahun adalah 14 hari jika tempoh bekerja kurang dua tahun.

2. Tempoh kelayakan cuti sakit bergaji dalam setahun adalah 18 hari jika bekerja antara dua hingga lima tahun

3.Tempoh kelayakan cuti sakit bergaji dalam setahun adalah 22 hari jika tempoh bekerja melebihi lima tahun.

Sekiranya majikan tidak membenarkan cuti sakit bergaji, ia adalah suatu kesalahan mengikut seksyen itu.

Kementerian menegaskan, majikan juga tidak boleh melarang pekerja datang bekerja tanpa perintah kuarantin atau perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah yang dikeluarkan pengamal perubatan berdaftar.

Bagaimanapun, majikan boleh mengarahkan mana-mana pekerja yang tidak sihat untuk tidak hadir bekerja dan membenarkan cuti bergaji dibayar kepada pekerja itu.

LANGKAH YANG WAJAR DILAKUKAN OLEH MAJIKAN UNTUK ELAK PEMBERHENTIAN PEKERJA DISEBABKAN COVID-19

1.Hadkan kerja lebih masa

2.Mengurangkan hari bekerja dalam seminggu

3.Mengurangkan bilangan kerja seminggu

4.Pemberhentian kerja sementara dengan menawarkan gaji berpatutan dan membantu mereka mendapatkan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula.

5.Majikan membuat saringan terhadap pekerja termasuk, membantu mengenal pasti sama ada terdapat dalam kalangan mereka yang menghadiri mana-mana perhimpunan tabligh dan perhimpunan keagamaan di Pulau Pinang.

6.Sekiranya ada, kerjasama majikan dipohon supaya mengarahkan pekerja berkenaan untuk mengisytiharkan diri dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran bagi mendapatkan nasihat serta tindakan lanjut.

GARIS PANDUAN  PENGURUSAN PEMBERHENTIAN PEKERJA

Menggunakan Borang Pemberhentian (PK) bagi tujuan melapor pemberhentian kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia  (JTK)  terdekat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum mengambil tindakan pemberhentian pekerja termasuk secara sukarela, sementara atau pengurangan gaji.

Sebagai peringat kepada majikan, kegagalan majikan mengikut undang-undang berdasarkan akta berkenaan boleh dikenakan hukuman, termasuk denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

Semoga artikel COVID-19: HAK PEKERJA YANG PERLU MAJIKAN PATUHI memberi manfaat kepada anda.

 

Tags: #Akta Kerja 1955 #COVID-19: HAK PEKERJA YANG PERLU MAJIKAN PATUHI #GARIS PANDUAN  PENGURUSAN PEMBERHENTIAN PEKERJA #GARIS PANDUAN CUTI SAKIT BERGAJI #LANGKAH YANG WAJAR DILAKUKAN OLEH MAJIKAN UNTUK ELAK PEMBERHENTIAN PEKERJA DISEBABKAN COVID-19 #SEKSYEN 60F DAN SEKSYEN 60E (1B) AKTA KERJA 1955

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM Kepada

    Leave a reply "COVID-19: HAK PEKERJA YANG PERLU MAJIKAN PATUHI"