COVID-19 :SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN KONTAK RAPAT?

COVID-19 :SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN KONTAK RAPAT?

COVID-19 :SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN KONTAK RAPAT?

APAKAH MAKSUD KONTAK RAPAT?

Berikut adalah senarai kriteria yang dikira sebagai kontak rapat :

1.Pendedahan berkaitan penjagaan kesihatan (Healthcare associated exposure) tanpa pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) yang sesuai termasuk

– memberi penjagaan kesihatan secara langsung kepada pesakit Covid19

– bekerja dengan petugas kesihatan yang positif Covid19

– melawat pesakit Covid19

– berada dalam ruang tertutup bersama-sama pesakit Covid19

2.Bekerja bersama dalam jarak yang dekat bersama pesakit Covid19, atau berkongsi persekitaran bilik darjah yang sama bersama pesakit

3.Membuat perjalanan bersama dengan pesakit Covid19 dalam apa jua bentuk kenderaan

4.Tinggal sebumbung dengan pesakit Covid-19

KATEGORI KONTAK RAPAT

Kotak rapat ini dibahagikan kepada beberapa kategori :

A) First Generation Contact

B) Second Generation Contact

C) Third Generation Contact

Bagi memudahkan anda memahami kategori ini, berikut adalah contoh situasi :

Ada 3 orang, Encik A, Encik B dan Encik C. Encik A ada terdedah kepada pesakit Covid19, kemudian Encik B terdedah dengan Encik A, dan Encik C terdedah dengan Encik B. Maka;

– Encik A menjadi 1st Generation Contact

– Encik B menjadi 2nd Generation Contact

– Encik C menjadi 3rd Generation Contact

Generasi kontak ini penting untuk dikenalpasti oleh sebab cara pengurusan  yang berbeza.

Bagi mengelakkan kekeliruan, anda hendaklah memahami dan boleh membezakan perkara ini :

APA MAKSUD PEOPLE UNDER SURVEILLANCE(PUS)?

Positif Covid-19

– Pesakit yang didapati positif melalui ujian makmal

Apakah Maksud Person Under Investigation (PUI)?

Kriteria PUI:

1.Demam ATAU jangkitan pernafasan akut (jangkitan pernafasan secara tiba-tiba yang sekurangnya ada salah satu dari berikut; batuk, sakit tekak, sesak nafas)

DAN pergi ke negara yang terkesan dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom,

ATAU,

2) Ada kontak rapat (close contact) dengan pesakit positif Covid19 dalam tempoh 14 hari

Jika anda kontak rapat, KKM perlu ambil sampel kali pertama secepat mungkin, dan sekiranya negatif sampel akan diulang pada hari ke-14 dari tempoh kontak.

Jika anda PUI, perlu dikuarantin di rumah. Pantau keadaan kesihatan untuk sebarang gejala dan maklumkan terus kepada Pejabat Kesihatan Daerah sekiranya ada.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL JIKA ANDA ADA KAITAN DENGAN PESAKIT, PERSON UNDER INVESTIGATION(PUI) DAN KONTAK RAPAT.

1.Pastikan dapat maklumat sahih tentang Covid-19. KKM ada menyediakan talian CPRC untuk bertanya dan dapatkan kepastian (Nombor 03-88810200, 03-88810600 atau 03-88810700). Kalau malas sangat telefon, boleh guna portal doctor oncall.

2.Sekiranya ada kenalan rapat atau tempat yang anda kunjungi/bekerja/belajar ada kes POSITIF Covid-19, dapatkan maklumat bila individu didapati positif. Jika dalam tempoh 2 minggu anda ada berjumpa dengan individu tersebut, sila SEGERA ke hospital berdekatan dan berjumpa dengan petugas kesihatan yang menguruskan kes Covid19.

3.Patuhi arahan pihak KKM sekiranya anda perlu dikuarantin. Kuarantin bukannya untuk saja-saja, tapi untuk meminimumkan pendedahan dekat orang lain. Lagi panjang tempoh anda di tenpat awam, makin ramai orang awam yang terdedah dan makin ramai jugak berisiko untuk dijangkiti. Pening nanti nak buat contact tracing oii..

4.Sila ambil cakna tentang mana korang pergi, dengan siapa korang pergi, siapa korang berjumpa, apabila berada dekat tempat awam bermula harini. Sebab bila dah jadi Pesakit/PUI/Close Contact Covid-19 ni, maklumat-maklumat ni penting untuk petugas kesihatan membuat Contact Tracing. Sekiranya perlu, individu yang terlibat perlu dikesan dan tempat yang dilawat perlu ditutup untuk dibersihkan.

KESIMPULAN COVID-19 :SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN KONTAK RAPAT?
Semoga penjelasan ini membantu anda memahami dengan lebih jelas tentang kontak rapat.

 

 

Tags: #APAKAH MAKSUD KONTAK RAPAT? #Apakah Maksud Person Under Investigation (PUI)? #COVID-19 :SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN KONTAK RAPAT? #LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL JIKA ANDA ADA KAITAN DENGAN PESAKIT #PERSON UNDER INVESTIGATION(PUI) DAN KONTAK RAPAT. #Pesakit/PUI/Close Contact Covid-19

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin

    Leave a reply "COVID-19 :SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN KONTAK RAPAT?"