CTF DANA UJIAN COVID-19

CTF DANA UJIAN COVID-19

DANA UJIAN COVID-19

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) hari ini melancarkan Dana Ujian COVID-19 (CTF) bagi menjalankan ujian pemeriksaan kepada lebih 26,600 rakyat Malaysia

Dana itu akan subsidi kos ujian bagi pemegang polisi yang paling berisiko untuk COVID-19 dengan bayaran maksimum sebanyak RM300 setiap ujian (terhad kepada satu bayaran balik bagi setiap individu)

Pemegang polisi dan pemegang sijil akan dapat mengemukakan tuntutan mereka dalam talian melalui portal di laman web MyCTF,  dari hari Sabtu, 11 April 2020, manakala pusat panggilan bebas tol 24/7 di seluruh negara akan beroperasi mulai hari Rabu, 8 April 2020

Untuk maklumat lanjut mengenai CTF, layari www.MyCTF.my atau hubungi nombor hotline MyCTF 15500 / 1-300-22-11-88

APA ITU CTF?

CTF ialah satu tabung bernilai RM8 juta yang ditubuhkan oleh industri insurans dan takaful bagi menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengendalikan lebih banyak ujian saringan COVID-19.

Tabung ini akan menyalurkan pembayaran balik tunai tetap sehingga RM300 untuk kos ujian saringan COVID-19, bagi individu yang dilindungi di bawah polisi insurans/ sijil takaful perubatan individu atau kelompok.

SENARAI PRODUK YANG LAYAK

Produk-produk Insurans /Takaful Perubatan dan Kesihatan yang layak untuk pulangan balik RM300 dari Tabung Saringan COVID-19 adalah termasuk di bawah produk-produk yang ditakrifkan di bawah Garis panduan Insurans/ Takaful Perubatan dan Kesihatan oleh Bank Negara Malaysia.

Ini termasuk pelan perbelanjaan perubatan, pelan hospital dan pembedahan, pelan pendapatan hospital, pelan penyakit kritikal/pelan penyakit yang amat ditakuti dan pelan-pelan insurans/ Takaful lain yang memberi manfaat yang sama.

Tabung Saringan COVID-19 hanya untuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang menetap di Malaysia. Walau bagaimanapun, CTF tidak meliputi Skim Hospitalisasi Pekerja Asing

SIAKAH YANG LAYAK MEMBUAT TUNTUTAN

CTF hanya boleh diguna pakai bagi pemegang polisi insurans dan sijil takaful di bawah pelan insurans / takaful perubatan individu atau kelompok*, yang telah dirujuk oleh doktor yang berdaftar untuk ujian saringan COVID-19 di makmal swasta yang diperakui/diiktiraf dan disenaraikan di laman web COVID-19 KKM.

* untuk kelompok pekerja sahaja, tidak termasuk tanggungan

TARIKH KUAT KUASA CTF

Polisi insurans / sijil takaful anda mestilah masih berkuatkuasa pada 27 Mac 2020 dan pada masa ujian saringan COVID-19 dilakukan.

SIAPAKAH YANG LAYAK  UNTUK MEMBUAT  UJIAN SARINGAN COVID-19

Individu yang layak untuk membuat tuntutan dari CTF wajib dirujuk oleh doktor yang berdaftar dan adalah:

Dianggap sebagai Orang yang Disiasat (PUI) seperti ditakrifkan oleh KKM (versi yang terbaru seperti di bawah), atau

(ii)Mempunyai hubungan dengan kes positif COVID-19 (takrifan KKM seperti di bawah).

Takrifan kes Orang yang Disiasat (PUI) dikeluarkan oleh KKM, dikemaskini pada 25 Mac 2020

Annex 1 di Garis panduan COVID-19 KKM dikemaskini dari semasa ke semasa:

Jangkitan pernafasan akut (serangan tiba-tiba bagi jangkitan pernafasan dengan salah satu: kesesakan bernafas, batuk atau sakit tekak) dengan demam atau tidak DAN

Ada sejarah perjalanan ke / menetap di luar negara dalam masa 14 hari sebelum bermulanya sakit ATAU

Hubungan rapat* dalam masa 14 hari sebelum bermulanya sakit dengan kes sah COVID-19** ATAU

Menghadiri majlis umum yang dikaitkan dengan wabak COVID-19

* Hubungan rapat ditakrifkan sebagai:

Petugas kesihatan berkaitan yang terdedah tanpa Kelengkapan Perlindungan Peribadi yang lengkap (termasuk memberikan rawatan terus untuk pesakit COVID-19, bekerja dengan pekerja penjagaan kesihatan yang dijangkiti COVID-19, melawat pesakit or menetap bersama pesakit COVID-19 di persekitaran tertutup).

Bekerja bersama dalam jarak dekat atau berkongsi persekitaran yang sama dengan pesakit COVID-19.

Pernah berada dalam perjalanan bersama denga pesakit COVID-19 di dalam apa jenis kenderaan/pengangkutan.

Menetap di rumah yang sama dengan pesakit COVID-19.

**Kes sah COVID-19 ditakrifkan sebagai :

seorang yang telah mendapat pengesahan makmal mempunyai jangkitan COVID-19

Nota: CTF tidak akan mengambil kira ujian Pandu Lalu yang disediakan oleh sebahagian makmal / hospital swasta.

Tabung CTF adalah dikhaskan untuk ujian saringan COVID-19. Jika anda memerlukan rawatan lanjut, anda boleh menghubungi syarikat insurans / pengendali takaful anda untuk mengetahui lebih lanjut sama ada rawatan tersebut dilindungi di bawah polisi insurans / sijil takaful anda.

CTF dibuka bagi ujian saringan yang dibuat bermula dari 27 Mac 2020, berdasarkan tuntutan yang dibuat terlebih dahulu. Sekiranya dana RM 8 juta telah habis, tabung ini akan dihentikan.

TEMPAT UJIAN SARINGAN

Anda boleh pergi ke mana-masa doktor berdaftar di klinik atau hospital kerajaan atau swasta, dan jika anda menepati kriteria yang ditetapkan serta dinasihatkan oleh doktor yang berdaftar untuk membuat ujian saringan, sampel ujian akan diambil serta-merta pada waktu itu.Sila ambil maklum bahawa pada masa ini hanya saringan PCR COVID-19 (Polymerase Chain Reaction) diterima seperti makmal yang diiktiraf oleh KKM. Kit Ujian Pantas tidak akan diterima. Ataupun, anda akan diarahkan untuk pergi ke mana-mana makmal yang diperakui/diiktiraf dan disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di laman web mereka.

CARA UNTUK MEMOHON UJIAN SARINGAN COVID-19

Tabung CTF adalah dikhaskan untuk ujian saringan COVID-19. Jika anda memerlukan rawatan lanjut, anda boleh menghubungi syarikat insurans / pengendali takaful anda untuk mengetahui lebih lanjut sama ada rawatan tersebut dilindungi di bawah polisi insurans / sijil takaful anda.

CTF dibuka bagi ujian saringan yang dibuat bermula dari 27 Mac 2020, berdasarkan tuntutan yang dibuat terlebih dahulu. Sekiranya dana RM 8 juta telah habis, tabung ini akan dihentikan.

Anda boleh pergi ke mana-masa doktor berdaftar di klinik atau hospital kerajaan atau swasta, dan jika anda menepati kriteria yang ditetapkan serta dinasihatkan oleh doktor yang berdaftar untuk membuat ujian saringan, sampel ujian akan diambil serta-merta pada waktu itu.Sila ambil maklum bahawa pada masa ini hanya saringan PCR COVID-19 (Polymerase Chain Reaction) diterima seperti makmal yang diiktiraf oleh KKM. Kit Ujian Pantas tidak akan diterima.

Ataupun, anda akan diarahkan untuk pergi ke mana-mana makmal yang diperakui/diiktiraf dan disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di laman web mereka.

CARA MEMBUAT TUNTUTAN CTF

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) hari ini melancarkan Dana Ujian COVID-19 (CTF) bagi menjalankan ujian pemeriksaan kepada lebih 26,600 rakyat Malaysia

ana itu akan subsidi kos ujian bagi pemegang polisi yang paling berisiko untuk COVID-19 dengan bayaran maksimum sebanyak RM300 setiap ujian (terhad kepada satu bayaran balik bagi setiap individu)

Pemegang polisi dan pemegang sijil akan dapat mengemukakan tuntutan mereka dalam talian melalui portal di laman web MyCTF, www.MyCTF.my dari hari Sabtu, 11 April 2020, manakala pusat panggilan bebas tol 24/7 di seluruh negara akan beroperasi mulai hari Rabu, 8 April 2020

Untuk maklumat lanjut mengenai CTF, layari www.MyCTF.my atau hubungi nombor hotline MyCTF 15500 / 1-300-22-11-88

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pengesahan dari Doktor melalui borang di www.MyCTF.my ATAU Salinan surat rujukan doktor yang menyatakan bahawa anda perlu melakukan ujian saringan COVID-19 ATAU Salinan Borang Arahan Supervision And Observation At Home (Seperti Annex 14a Garis panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.05/2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia). Tekan di sini untuk melihat contoh

  • Resit asal atau salinan imbas resit asal
  • Salinan kad pengenalan

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN CTF

Anda boleh menyemak status tuntutan anda dalam masa 14 hari bekerja selepas menghantar tuntutan.. Syarikat insurans atau pengendali Takaful akan memaklumkan tentang status permohonan anda.

CARA PEMBAYARAN TUNTUTAN CTF

Wang tuntutan anda akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank yang anda berikan. Jika anda memberi alamat emel, anda akan diberitahu melalui emel setelah bayaran dibuat.

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah

    Leave a reply "CTF DANA UJIAN COVID-19"