DAFTAR & CARA ISI LAPORAN HARIAN SOP PKPB

DAFTAR & CARA ISI LAPORAN HARIAN SOP PKPB

LAPORAN HARIAN SOP PKPB

LAPORAN HARIAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ingin memaklumkan bahawa mulai 20 Mei 2020, Laporan Harian Program Pencegahan Wabak COVID-19 di Tempat Kerja perlu dilaporkan melalui “one stop centre” di pautan:-

http://notification.miti.gov.my/

RINGKASAN TENTANG PEMBUKAAN SEMULA EKONOMI

Mulai 4 Mei 2020, Kerajaan Malaysia akan membuka semula (restart) ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh.

Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhan kepada Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan di dalam dokumen ini.

SOP yang disediakan adalah untuk memastikan aspek kesihatan diutamakan dan terjamin dalam persekitaran di mana penularan wabak Covid-19 masih merupakan ancaman yang benar. SOP ini berhasrat untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada orang awam dan di premis perniagaan, sekaligus mengelakkan perkhidmatan kesihatan negara dibebani sehingga tahap yang luar kawalan.

Kegagalan untuk mematuhi SOP boleh membawa kepada tindakan undang-undang, penarikan balik kebenaran beroperasi atau apa-apa tindakan yang berkaitan. Kerajaan, melalui kerjasama antara Kementerian Kesihatan, PDRM, dan lain-lain badan penguatkuasa akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan dalam usaha memastikan SOP dipatuhi. Perniagaan diingatkan untuk memastikan sentiasa berhubung dengan badan Kerajaan seliaan yang bertanggungjawab untuk sebarang perkembangan terkini.

MUAT TURUN SOP PEMBUKAAN SEMULA EKONOMI

TUJUAN LAPORAN SOP PKPB

Laporan ini bertujuan untuk mendapatkan status pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) – [4 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020]

TARIKH KUATKUASA PELAPORAN HARIAN

Pelaporan harian ini berkuatkuasa daripada tarikh 4 Mei 2020

CARA DAFTAR AKAUN CIMS

1.Layari portal CIMS

  1. Cari butang DAFTAR, Daftarkan akaun anda terlebih dahulu

Pendaftaran

Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa saya akan memenuhi kesemua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

Antara butiran yang perlu disi semasa pendaftaran :

  • Nama Penuh *
  • Email *
  • Kad Pengenalan (Baharu) atau Pasport *
  • Cth: 888888776666
  • Lesen Pengilang
  • Pendaftaran SSM
  • Ahli Badan Profesional
  • Kata laluan *
  • Minimum 8 kombinasi aksara, nombor dan simbol (contoh: abcd123!)
  • Ulang Kata laluan *

Tekan DAFTAR

3.Pilih kotak laporan harian

4.Mulakan pengisian maklumat.

CARA ISI LAPORAN HARIAN SOP PKPB

Majikan atau penyelaras yang dilantik di tempat kerja bertanggungjawab untuk melengkapkan laporan ini dan mengemukakannya SETIAP HARI.

Satu laporan bagi satu tempat kerja yg beroperasi (walaupun terdapat seorang pekerja yang bertugas)

Pelaporan perlu dikemukakan berdasarkan kehendak Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994. Tanggungjawab majikan setakat yang praktik memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya.

 

Tags: #DAFTAR & CARA ISI LAPORAN HARIAN SOP PKPB #LAPORAN HARIAN SOP PKPB

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM Kepada

    Leave a reply "DAFTAR & CARA ISI LAPORAN HARIAN SOP PKPB"